Skip to main content

Dialog Halusinasi Peri


Lagi jawapan mati yg aku dapat , sungguh menembak di tengah-tengahnya , perihnya mengancam . Aku menitis lagi. Seraya aku kalahkan badan lemah ini ke kamar , mendepakan dua tangan .

Pari-pari : Kenapa kau depakan tangan kau ? Eh kau nangis ye ?

Aku : kenapa kau nak tahu ?

Pari-pari : aku tahu ape kau rasa , ape yg memanah sampai kau mcmni

Aku : kau tu halusinasi aku je , tak perlu nak sebok-sebok

Pari-pari : kenapa kau kejar lagi bayang-bayang tu , kau tewas lagi

Aku :  kenapa kau tiba-tiba ada ni ? selalu tak pernah pun kau datang

Pari-pari : Buku tu , setiap tulisan kau . ape kau tulis kat situ , sbnarnye telepati dgn aku .

Aku : Macam pelik jer , kau cakap buku bertali aku ni ? Ngarutlah kau ni .

Pari-pari : Takde ape nak pelik . Kau slalu mengharap ade orang mendengar kau kan .

Aku : Rasenye kau takkan paham ape aku rase , hari-hari aku rase kalah weh .

Pari-pari : Jadi apesal kau depakan kedua belah tangan kau

Aku : aku bayangkan dia peluk aku , dan lupekan kekasih dia

Pari-pari : kau jahat . apesal kau ni ?

Aku : kadang pikiran kite terdesak peri . apepun aku harap dia bahagia . Maaf . aku emosi tadi.

Pari-pari : Kau dah lame mengaku silap kau kan

Aku : Tapi kesilapan tak boleh tebus keadaan seperti skrg . Pilihan aku skrg , adalah pilihan yg ditentukan dia. Aku bukan sape-sape lagi da . Ibaratnye aku sorang pengemis , mengengsot meminta sebulat syiling . Arghh aku tak daya , setiap malam aku pikirkan . aku ni macam betul-betul pengemis kan.

Pari-pari : Setiap malam , bintang-bintang sentiasa berdoa mereka dpt tontonkan diri mereka di layar angkasa . Kau pilihlah satu . Kau tiupkan spora halus jiwa kau , dan aku akan datang . Aku perlu pergi .

Aku : sape name kau ?

Pari-pari : aku Olivia ( lenyap bila aku pejam mata)

Aku : Jumpe lagi

Dan aku terus tertimbus , hidup-hidup .

Comments

Popular posts from this blog

Ulangtahun Terakhir

Setiap ulangtahun aku cuba menanda.
Walau tidak selalunya bermakna.
Adakalanya, sekeping nota - mampu memberi bahagia.

Kita manusia, suka perkara-perkara kecil; untuk dicinta.
Kita manusia, alpa perkara-perkara kecil; lalu dilupa.

Akhirnya, kita di mana ?


| M. Rafi San


Kehilangan Mimpi

Pagi ini aku kehilangan mimpi. Paling aku khuatiri, hati sedang melonggar. Dek leka hujan berlarian tanpa endah seluruhnya. Sedikitpun aku tidak nikmati. Sungguh, ia meresahkan.

Kenangan apakah telah mati dan menjadi hantu ?

Aku diburu, terburu-buru.
Malam, adakah kau telah menjadi musuhku ?

Tak ada lagi yang indah, tentangmu.
Tak ada lagi yang manis, tentangmu.
Tak ada yang setenang separuh jiwamu - dibahuku,

Aku sedang kehilangan mimpi.

| M Rafi San

Bukan Perempuanku I

Dia.
Bukan perempuanku.

Asing. Katakan sahaja dia seorang asing. Dan, pisahnya daripada sebuah pasung mimpi, lalu kebiasaan itu biasa. Katakan lagi, dia bukan perempuanku. Cuma, aku gemarkan sia-sia.

Nanti--
Lihat aku dulu. Aku sedang kalah. Kalah dengan ghairah.
Mata bundarmu yang menjegil tika aku menewaskan egomu. Senyum lebihan yang tidak tahu dimana habisnya. Kau, peragut masa. Si gadis yang merampas tuan hati, yang dipenghuni sunyi. Dan, separuh jiwa kau telah lolos - tak henti mengunjungi. Nah, akhirnya kita dilahap dengan kata-kata sendiri. Kata-kata yang saling berbunuhan. Seperti aku katakan, kau sudah jadi tuan. Seperti aku telah lupakan, kau bukan perempuanku.

Tolol bukan? Jatuh pada yang bukan milik kita. Tak ada satu hati yang muat dua.

Bukan perempuanku.
Kau harus tahu ketika lampu membisu
gelap jadi sahabatku - ketika,
aku rindu tapi aku beku
aku mahu tapi tak mampu.

Engkau yang sebenar-benarnya telah jauh. Aku dipagar bentak mahukanmu. Aku menyantun diriku, haruslah b…