Tuesday 26 May 2020

Berteleku

Kini di lembaran baharu,
aku menukil lagi,
sisa yang tertinggal,
di persembunyian rindu.

Apakah kita yakin segalanya telah pergi?
Begitu sahajakah?

Betapa inginnya aku berteleku,
mendamba dirimu.

Sunday 19 April 2020

Dungu

Dua hari seperti tempoh yang lama.
Terlalu panjang kita untuk saling menegur.

Ini dungu atau rindu ?

Nota Mimpi

Terjaga daripada mimpi.
Kerana sebuah nota telah dijumpai.

“I’d like you, I probably loved you,
but we can’t just be together in the future”.

Monday 16 March 2020

Kita

Setiap masa yg datang,
adalah pemergian masa-masa yg lalu.

Dan kita terus tempuh masa baru.
Sehingga ia basi lalu dilupakan.
Begitulah ia berulang-ulang.

Kita telah lama meninggalkan - kita.

Berteleku

Kini di lembaran baharu, aku menukil lagi, sisa yang tertinggal, di persembunyian rindu. Apakah kita yakin segalanya telah pergi? Begi...