Monday, 18 March 2013

The Man Who Sold The World

Aku, Bali, Jijie dan Dayath. Malam itu semua duduk bersembang cerita bercampur-campur. Bising tak bising sangat lah. Bising cara orang bujang ini biasa-biasa saja. Setakat sampai nak pecah bilik yang besar dia serupa bilik hotel murah pun dianggap biasa. Asap rokok dah berkepul-kepul melangit. Sambil sembang mulut berasap. Kebetulan malam itu ada gosip sensasi antara Jijie dengan seorang makwe nama Bubu bukan nama sebenar.

So, aku nak kasi tahu pun rasa macam bersalah pulak. Tapi lantak lah kan. Aku nak kasi tahu jugak. Hal ini berlaku sebulan yang lalu apabila si Jijie leka tuit-menuit dengan Bubu di laman sosial Twitter. Rancak mereka bersembang. 
Bubu tuit Jijie. 
Jijie balas tuit Bubu. 
Jijie lambat balas, Bubu marah. 
Bubu lambat balas, Jijie gembira. 
Begitu lah selanjutnya. 


*


Bila dah masuk hari kelima keenam dan ketujuh, si Bubu macam dah fall in love sama Jijie. Memang terkejut sekejap la Jijie. Niat asal cuma nak bergurau senda saja. Tetiba jadi macam ini. Fikir sejenak si Jijie. Sudah lah Bubu ini boleh dikatakan makwe paling femes dalam carta makwe-makwe di kotaraya Kuala Lumpur. Mana nak sepadan. Jijie pun sedar siapa diri dia. Bak kata orang dulu-dulu, "bagai gagak takel merak, burung kasawari gelak dalam hati". Nampak tak bertapa jauh darjat mereka?.

Bubu ini baik orangnya, pengasih, penyayang, pencinta haiwan. Kadang-kadang hantu, jembalang, hawaq, loqlaq pun dia jugak. Tapi ramai orang suka dia, suka menyumpah. Tak kurang jugak yang menyampah. Aku dah lama kenal si Bubu ni. Pernah lepak sekaki dulu. Cuma tak rapat saja. Kalau boleh malas nak rapat. Bukan meluat. Cuma malas. 

Kalau nak cerita pasal fizikal, dia punya kapasiti bak kata Dafi. Memang baik punya. Bukan nak tipu lah, ramai lelaki dia dah kerjakan. Apa kau fikir zaman sekarang makwe tak boleh kerjakan lelaki ke?. Andai kata si Jijie ini ditakdirkan bercinta dan beramas mesra dengan Bubu, cuma satu saja aku nak tanya, boleh ke Jijie nak peluk dia? Serius aku musykil dan ragu-ragu tahap gaban. Kau tahu serupa cicak berangan nak peluk pokok balak? Dan dari sudut situ kau bayangkan lah apa akan jadi. Mahu mati lemas si Jijie. Tak pun kejang terus tulang belakang. Aku memang tak sanggup. Kalau Jijie sanggup, dia memang the man who sold the world !.


*


Berdekah-dekah kami gelak. Aku gelak kuat jugak kot. Tak rasa belas kasihan langsung. Sebab aku tak dapat terima kenyataan ini. Bali paling eksaited gelak sakan. Aku nampak tahi lalat dekat bawah hidung dia pun tumpang gelak sekaki. Berani betul. Dayath pulak gelak-gelak cover. Konon nak jaga hati Jijie. Aku tengok muka Jijie macam relax tak relax sangat. Naik merah muka dia sebab pendam malu. 

"Dah ah ! Aku malas nak layan tuit Bubu lagi lepas ni. Babi ahh". Jijie menyesal
"Hahahahahahaha!!!". Kami sambung gelak

Selain itu, kami buka jugak kisah pasal cerita Mamak Murder Mystery dalam novel KL Noir, sembang pasal bebudak black metal, pasal stoned lah apa benda merapu lagi sampai masing-masing diam tak ada cerita. Yang bestnya, entah dari mana datang lagu Nirvana sipi-sipi mencelah waktu kami bersembang. Kurt Cobain menyanyi langsung tak hirau orang sekeliling. Aku syak dia ambil weed. Sepuluh lagu jugak dia perform malam tu. Steady betul. Aku terharu. Aku nak ucapkan terima kasih pada Kurt Cobain dan kawan-kawan dia !. 



|Didi.Andra

Mengekori belakang waktu

Aku lelahi telah
mengekori belakang waktu
lintasan lalu, berpusu-pusu
lalui relung jantung
membantai jiwa

Sekiannya
di malam yg panjang
aku berkelana nafas
meneka udara, udara rimba
udara yg menekap
lihat, betapa sepi aku miliki

Sudahnya
aku meminjam-minjam ceria
dari orang pelipur lara
dari mereka yg tak lokek cerita
kemudian tampal lekat pada muka
aku hargainya, masa

Aku pelajari suka
kekadang mengonar juga duka
bergelut dengan masa
mencuba menjuarai lupa
tentang betapanya semalam

***

di satu daerah ini
yg nyata, terlalu nyata selalu bukan milik kita
dunia tetap bukan syurga


|Andika

Saturday, 16 March 2013

Burung Layang-layang


Dingin pagi. Kymu duduk tulang belakang menegak di sofa. Menghadap tv buruk yang tak pernah dia tukar siaran sejak antena sepuluh ringgit patah dipanah kilat seminggu yang lepas. Bintik hitam putih kabur jadi tatapan. Bingit menyemut ke telinga. Sikit demi sikit jadi pekak. Tuli. 

Diam tanpa seribu bahasa. Bukan seribu malah satu pun tak kedengaran. Tak bisu tapi dia jadi bisu. Ibu jari Kymu mula bergerak. Anak jari kaki pun turut tiru. Nak jugak bergerak-gerak. Bebola mata kaler hitam terpaku tajam. Boleh tahan hebat juga dia punya renungan. 

Dengan perlahan sekujur tubuh mula berdiri. Dua tiga empat lima langkah menghampiri kotak tv. Secara tak disangka, tangan yang tak sekuat kudrat seorang lelaki gagah menumbuk tembusi muka tv. Walaupun hanya tv jenama Sharp, tujahan kaca pecah tu tetap pedih. Jari-jemari erat dalam genggaman. Darah memancut keluar di celahan jari berkulit halus. 

Titis air mata Kymu bergenang. Mengalir melintasi pipi lalu singgah ke lantai. Nak saja aku tanya kenapa kau menangis Kymu? kau dah mental sampai teringat ke pakwe lama ke? bakal mak mertua demand tanah kebun manggis seratus ekar ke? Tapi malangnya aku tak ada dalam cerita ni. Tak boleh nak cakap apa la. So, aku diam.

Kepala si perempuan bermasalah ini terus pandang ke pintu tolak-tolak. Dalam bahasa omputeh, sliding door. Aku syak dia mesti tengah fikir pasal balkoni. Tempat yang paling best kalau nak kasi jiwa raga tenang. Boleh sembang dengan bulan kalau mau. Boleh sahut-menyahut salakan anjing. Boleh ludah atas kepala sesapa kat bawah tu.

Kaki Kymu yang keding cuba mengatur langkah seribu merempuh tirai biru yang baru pasang waktu raya haji dua bulan lepas. Sepenuh hati yang terneves bercampur kecewa gila babi tahap atasan, dia lompat melepasi besi penghadang balkoni. Kelihatan tubuh separuh bogel sedang terbang di udara. Macam burung layang-layang yang nak terbang menjunam. Paling laju dalam sejarah acara terjun. Kalah si Pandalela. Kalah si Bryan Lomas. Dia ja menang. Dia punya hebat sampai menjunam ke atas bumbung kereta kancil. Nasib baik jatuh atas kereta kancil. Tak la tuan empunya kereta terasa marah sangat. Nanti dapat duit ganti boleh modified jadi kereta Satria Neo. Siapa tahu kan?

Riuh siren memekak. 

Patah riuk tulang seksi-nya

Sia-sia; celaka !



|Didi.Andra

Wednesday, 13 March 2013

Bawah Selimut

bawah selimut ini
aku sarung tubuh separuh bogel
lindungi dari serangan
dingin bertalu-talu

bawah selimut ini
banyak yang terkorban
nyamuk aku bunuh
pepijat aku lunyai

bawah selimut ini
aku pernah bercerita
kisah curang yang pahit
kisah cinta yang manis

bawah selimut ini
pipi aku basah
linangan titis demi titis
terserap ke muka bantal

bawah selimut ini
kaki aku bergesel
bulu roma aku terpacak
semua pacak berselingan

bawah selimut ini
tersimpan berjuta rahsia
satu daripada-nya
bakal xx dan xy

bawah selimut kau
aku tak tahu



|Didi.Andra

Thursday, 7 March 2013

Rasa-sisa

Bila mana tiada sesiapa menyayangi kau ; selain Tuhan.
Itu berarti sepenuhnya kau perlu mencinta diri mu tanpa kira.



| M Rafi San

Sunday, 3 March 2013

Inspiro


Beliau adalah seorang lelaki hensem dan stylo yang dilahirkan pada 26 Disember 1971, merupakan seorang pelakon dan pemuzik dari Amerika yang aku minati. Beliau memulakan kerjayanya sebagai model sebelum mempelajari bidang seni, dan kemudian, filem dan video. Beliau mula terkenal semasa memegang watak Jordan Catalano dalam My So-Called Life. Beliau adalah vokalis, gitaris dan penulis lagu untuk band rock Amerika. Tak perlu aku mensi. Tentu umum dah tahu pabila habis baca ini. Beliau adalah campuran Sepanyol kerana keturunan datuknya berasal dari Sepanyol.

Setelah tamat pembelajaran pada gred 10, beliau memutuskan untuk kembali dan memberi tumpuan pada pendidikan di Sekolah swasta Flint Hilll di Oakton, Virginia dan lulus di Emerson Preparatory School di Washington, DC, pada tahun 1989. Ketika tamat waktu persekolahan, beliau mendaftar di Philadelphia Universiti of Arts untuk mempelajari  bidang lukisan. Namun, beliau kemudian dipindahkan ke New York City School of Visual Arts selepas mengembangkan minat dalam bidang ini.

Pada tahun 1992, beliau berpindah ke Los Angeles untuk mengejar karier dalam bidang muzik, tetapi juga menerima beberapa kerja sambilan. Dua tahun kemudian, beliau mendapat watak dalam satu rancangan tv, My So-Called Life, di mana beliau menjadi Jordan Catalano yang berlawan dengan Claire Danes. Kemudian beliau belakon dalam beberapa filem seperti How to Make an American Quilt,The Last of the High Kings, Girl Interrupted, Urban Legend, The Thin Red Line, Prefontaine dan Fight Club.

Selain bekerjaya dalam bidang filem, beliau adalah vokalis, gitaris dan penulis lagu irama dari sebuah band. Beliau memulakan bidang muzik ini pada tahun 1995 dan bergerak secara serius pada tahun 1998 dengan saudaranya yang merupakan drummer band. Pada bulan Mei 2007, band ini telak melakukan tour di sekitar Eropah. Pada bulan Ogos 2008 pulak, Virgin Records mengemukakan tuntutan $30 juta terhadap beliau tetapi band ini menolak untuk memberikan tiga album sesuai dengan kontrak. Beliau juga mengarahkan beberapa muzik video lagu band dibawah naungan syarikat Bartholomew Cubbins dan Angakok Panipaq.

Pada tahun 1996 dan 1997, beliau terpilih sebagai salah seorang daripada 50 Orang Paling Kacak di dunia. Kedua-dua gelaran itu diberikan oleh majalah People. Selain itu, beliau pernah mendapat penghargaan untuk "Prince of Darkness" di Fuse Fangoria Chainsaw Awards pada 28 October 2006 dan Breakthrough Crossover Artist di 6th Annual Hollywood Life Awards pada December 2006.

Usai sudah sedikit kisah inspiro aku.



|Didi.Andra

Friday, 1 March 2013

Delusinafsi

Malam kelmarin, aku cuai. Aku tikam dada aku sendiri, aku tumbuk lumat isinya. Sumpah seranah ; bacaan mantera mengecam buai-buai rasa. Bingung. Marah, geram, rindu, sayang atau keliru. Aku sendiri rasa gawal. Aku sudah cuba lari, jauhi, dan hampir mati. Tiada siapa berhak berubah melainkan niat atas diri sendiri dan tempo pemahaman sendiri. Siapa percaya pada setia ? Aku sedih. Bila, sesuatu yg kau lepaskan. Kau layarkan jauh tanpa talinya lagi, di sesuatu tangan yg lainnya. Demikian jugalah sesuatu yg tidak patut dimurkakan. Agaknya begitu senangkah kita memuja satu bintang di waktu malam, tapi melupakan awan di waktu siang. Aku takut, kau kenal sesalnya terlalu lewat. Aku ertikan, siang terlalu singkat untuk kau bermimpikan, utk kau dakapkan yg indah-indah. Aku bimbang, bilamana kau bahagia dengan bintang-bintangmu, siang tak kunjung tiba lagi, dan pastinya bintang-bintang akan berguguran jatuh, cukup masanya, cukup gantungannya. Adakah aku terlalu menyibuk dalam percaturan hidup oranglain ? Kesemua rasa telah aku lelongkan.

Benar.
Aku sendiri buat silap. Khilafan bodoh. tapi sampai bila aku perlu diam, dan pandang seolah alam ini rata, cakerawala ini lompong, udara ini nipis. Aku sedut udaranya, dan aku sedar ini adalah realiti. Perkiraan kau, aku masih belum cukup membayar salah aku. Ya, kesalahan bukan sesuatu kalkulatif. Observasi dari Tuhan, aku harap aku sudah lunaskan bayarannya pada kau. Aku bukan mau ulangi gaduh-gaduh permusuhan. Aku cuma mau ajak berfikir, mengapa kita masih ditakuk lama meskipun kita tahu itu adalah merugikan ; kelak.Selepas beberapa lama, aku mendekati kau semula, cuba sehabis baik menjadi pendamping sementara walau siang itu masih ada. Tak apa, aku cuma mau melihat, mendengar, menjaga dan aku tahu usaha aku ini tak ubah hanya campuran air-minyak. Aku tahu ianya mungkin memudaratkan aku, aku akan sakit. Sekeliling yg rapat dari aku,maupun kau, soal-soalnya aku cuma senyum - tak apalah, aku cuma sementara. Apa sahaja yg aku rasa dia belum cukup bahagia, aku cuba sertakan. Aku tulis penuh senarainya dalam buku buat sesuatu tua nanti aku kenang. Oportuniskah si dia ? Sini, aku cuma membayangkan, aku cuba mengerti. Atas dasar sunyinya, aku berani mati. Aku cuba meletakkan dia sebagai satu mangsa, mangsa kehampaan dalam ruang waktu menanti siang. Yg jauh dari matanya. Aku tegar membantunya apapun sekali, agar ianya mudah selesai dan dia gembira. 

Hari-hari berlalu hingga penghabisannya. Akhirnya siang akan menjelang. Inilah masanya, aku kena pergi. Aku harap siang nanti kau tidak ketiduran, dan hayati masa-masanya. Aku mau kau senang nanti, aku tau masa kita telahpun lama tamat. Ianya kerja Tuhan. Dan perlahan-lahan aku rela kau balik ke dimensi yg aku mohon kau bahagia, dan lebih setia. Aku harap jangan ada lagi seperti kita. Tidak sepatutnya kan. Tapi itulah hidup. Di sebalik niat baik, ada syaitannya. Malangnya, ia tak seperti mimpi, seperi fantasi. Inilah hidup, inilah realiti. Malam buat kau curang, dan bintang membuat kau terbang ke sana. Melupakan siang buat sebentar. Aku bungkam taktahu nak tuju mana peritnya. Akukah yg salah? Mungkin, aku rasa begitu. Aku sudah lepaskan satu persatu dan pergi jauh-jauh. Tapi aku takkan lupa, siapa kita. Moga bahagia.


| M Rafi San

Berteleku

Kini di lembaran baharu, aku menukil lagi, sisa yang tertinggal, di persembunyian rindu. Apakah kita yakin segalanya telah pergi? Begi...