Sunday, 12 July 2015

Agung Di Kepalsuan

segak kot mewah dipadankan
senyum kelat mendabik dada
peranan besar bak agung
disoal sepatah menjawab tak endah.

Manifesto

sungguh manis kata hikmat
terpaku kelu si polan bisu
tidak benci mahupun meluat
hentikan saja manifesto penipu.

terbuai-buai anak kecil
di bawah sinar gemerlapan
mengaut tanah segala hasil
lesap sepi dalam kegelapan.


Kuku Besi

tanah sekangkang dibajak sebidang
dibuat pacak besi gergasi
langkah tuan tidak diundang
sang kuku besi bertopeng menteri.

Tuesday, 7 July 2015

Aku Sepasang Bra

Aku sepasang bra. Aku dinamakan Avon. Aku dilahirkan di sebuah kilang di Singapura. Aku merupakan sepasang bra yang berjenama. Jenisku paling digemari oleh wanita pelbagai lapisan umur. Setelah siap dibungkus, aku dan kawan-kawanku dihantar ke Johor dengan sebuah lori. Apabila sampai di  Johor, aku dan kawan-kawan dihantar pula ke stokis yang terkenal di serata Johor Bharu. Di sini aku berkenalan dengan kawan-kawan baru seperti Pony, Roxy, Mango & ramai lagi. Aku dijual dengan harga RM19.90.

Pada suatu hari, ada seorang gadis berpakaian sekolah mendekati aku. Selepas puas aku dibelek dan dicuba pakai, akhirnya aku menjadi milik gadis itu. Aku berasa gembira kerana mendapat seorang tuan baru yang sangat cantik dan penyayang.

Setiap hari aku dipakai untuk pergi ke sekolah. Aku gembira sekali kerana dapat berjumpa dengan kawan-kawan yang berwarna-warni. Ada suatu hari, tuanku lupa membersihkan badanku. Dia membiarkan aku dalam raga pakaian sehingga berhari-hari lamanya. Setiap kali aku ditimbuni oleh pakaian lain, badanku menjadi berbau busuk. Tuanku tidak ingat kepada diriku lagi. Aku dibiarkan begitu saja.

Tapi nasib aku kembali cerah. Ibu tuanku mengambil aku dan mencuci hingga bersih dan wangi. Kini aku menjadi milik adik perempuan tuanku pula. Mujurlah saiz aku padan dengan buah dada dia. Kalau tidak mungkin aku juga tak diperlukan lagi. Aku berasa sungguh ceria. Begitulah riwayat hidupku sebagai sepasang bra.

Wednesday, 1 July 2015

Ketentuan

mudah datang, mudah jua pergi
itu semua atas satu pilihan
satu keputusan yang tak diputus
untuk kekal selamanya setia
bukan jua pilihan sesiapa

kita diatur oleh Sang Tuhan
setiap perinci diatur rapi
yang siap terancang
siap sudah ditentukan
akhirnya.


Nombor Dua

satu
selalu bikin saja aku buntu
dua
selalu bikin aku rindu
tiga
selalu bikin aku keliru
empat
selalu bikin aku diburu

satu dua tiga empat
aku tetap pilih dua.

Terlahir Rindu

buat pelukan yang terlepas
aku masih mengait rindu
bayang samarmu diundang kembali
dampingi aku sampai mati

buat kerinduan yang menghapus
terlahir lagi dari kerinduan lain
membeku dalam kepala aku
mencair pabila kita bersatu.




Berteleku

Kini di lembaran baharu, aku menukil lagi, sisa yang tertinggal, di persembunyian rindu. Apakah kita yakin segalanya telah pergi? Begi...