Sunday, 17 January 2016

Kita

Kisah malam-malam yg bersambung. Perasaan yg gagal. Ketika aku melihat sekitar dirinya, sebuah bangga. Sebuah bangga daripada figura-figura yg bertanding memenangi dirinya, tanpa dia sedar. Kebarangkalian ada tolak-tarik, tanpa juga dia sedar. Aku sedar, tapi aku tak apa. Semuanya tentang pertaruhan dalam hidup. Aku juga berjuang. Berjuang utk membuktikan sesuatu perasaan gembira, berjuang utk hubungan yg kau tak pernah nampak. Sebuah hubungan (telepati) transparensi.

Aku tak mengharapkan apa-apa selama mana kita (mampu) bertahan,
aku tidak mengharapkan apa-apa - tinggal kita beri apa yg kita ada,
selagi ada rasa.

Nah, ini bunga untuk kita lena.
Pejam mata - dan buka.

Kita masih yg sama ?

| M Rafi San

Tuesday, 12 January 2016

Renggang

Bila mana kita renggang,
kita akan terus renggang.

Dan sampai satu masa,
kita bukan lagi apa-apa.

Tak ada.
waima angka.

| M.Rafi San

Thursday, 26 November 2015

Si Pujangga | Tamak

Tuhan,
adakah ini satu pemberian ?
atau perlawanan ?

Si pujangga bersoal tanpa jawab dalam dirinya. Pada satu masa si gadis adalah matari baginya, menyapa paginya dengan (ucapan) sirna, berlalu dengan redup senja. Pegun. Juga anggun.

Perkara-perkara yang dikongsikan bersama. Berlari-larian di kaki langit, menghadap bulan lantas kisah-kisah dongeng sang bintang bertelingkah didengari. Si gadis senang benar akan perkara itu. Sungguh si pujangga mahu dirinya lebih kenal si gadis, si pujangga mahu dia satu-satunya yang memahami hati budi si gadis. Si pujangga mahu jadi seperti bantal si gadis, menjadi teman bual sebelum akur letih si gadis. Setiap gembira, setiap hiba. Si pujangga mahu tiap-tiap mimpi si gadis disertainya.

Namun, sang pujangga hanya punya juta keingingan. Si pujangga tidak punya apa-apa. Tidak-kan ke mana-mana. Si pujangga hanya seorang penenun masa yang mahu kekal di sisi. Ketika si gadis murung, si pujangga lah si penjelajah mimpi yang membawa si gadis menerawang ke satu titik harapan. Sedikit terjungkir senyum. Boleh jadi, si gadis sangat termenang dengan semuanya.

Tidakkah terlalu banyak keinginan si pujangga ?

Kau terlalu tamak, sang pujangga.


| M. Rafi San

Saturday, 10 October 2015

Waktu

waktu
ada yang melukis merindu
terlepas segala yang dituju
terbiar cicir satu-persatu

waktu
bergerak pantas dalam rotasi
berpimpin erat jari realiti
hilang dan berlalu pergi

kita
hanya berdiri dan mencemuh diri
tak terpeduli saat yang menjauhi
takkan kembali waktu yang tlah mati.



| didi.andra

Sunday, 4 October 2015

Kota Kritikal

kota kritikal
tiada waras dalam fikir
memilih cara terkutuk 
demi impian 
demi kemewahan 

kota kritikal
tercemar dan rosak 
kerana mereka kejar kejayaan
tertinggal manusia-manusia menderita
not-not kertas berterbangan
melintasi mata alam.



| didi.andra

Sunday, 6 September 2015

Tinggal

Diam.
Aku sudah letih berjaga.
Penjarakan saja masa.

Aku sudah lali rasa.
Sudah.

Aku sudah tawar hati.
Selalu.

Tinggal kita benar-benar 'mati'.
Tinggal matari bersenja pergi.
Lalu malam memeram sepi.

Tinggal kita,
hargai masa silam kita.

| Dika

Wednesday, 19 August 2015

Anak Punk

aku bukan glue sniffer
aku cuma anak punk jalanan
yang melawan dan bersorakan.

Berteleku

Kini di lembaran baharu, aku menukil lagi, sisa yang tertinggal, di persembunyian rindu. Apakah kita yakin segalanya telah pergi? Begi...