Sunday, 31 March 2013

Cinta Mati

mati
terpaling hampir
kau tahu
tapi kau 
tak pernah rasa

cinta
terpaling hampir
kau tahu
tapi kau
terlebih rasa

aku
terpaling jauh
aku tahu
tapi kau
tak pernah hampir

aku kau adalah cinta mati
cinta
mati
aku
adalah
kau.



|Didi.Andra

Cinta adalah hormati


Terkerap sibuk dengan haluanisasi dunia. Jadi, kesempatan nak menukil tu tipis. Nampak sangat aku terlalu amatur kan. Tapi di sini, aku ada perkongsian. Video ni, lagu ni di-bagi dengar oleh sorang kak ni ha. Aku gelar dia "kak Sarajevo" . Dia lah pencetus aku mendengar, melihat perspektif unik daripada MV ni.

Okaylah. Ketepikan pemikiran skeptikal tu, dan cuba letak diri sepertinya. Lupakan hal wajah, pertikaian mengapa dia begitu, persoalkan kewujudan sepertinya. Tolong iya-kan kebarangkali itu. Kesedihan yg dia tanggung seorang. Kesunyian hidup dalam 'kotak'. Ruang sosialiti yg ada terlalu kecil. Dia tetap meneruskannya sebagai yg percaya pada dirinya.

Soal berbalik pada diri aku sendiri. Aku paling percaya hormat adalah 'cinta' paling agung utk kita semua manusiawi. Tak kisahlah sebarang apapun ideologi yg kau bawa. Cumanya, kau juga harus memberi cinta. Kesempatan yg ada di kerealitian,  Ada memberi, ada menerima. Indah bukan ? Bagi aku sendiri, aku lebih berdiam. Kita taktahu latarbelakang orangnya seperti mana, apa pertarungan hidupnya, apa yg ditakutinya, apa kehilangan yg pernah dirasa-nya. Berfikir begitulah. Setiap kita ada sejarahnya, keaiban sendiri. Maka apa salahnya, kita saling memberi-menerima cinta.

Setiap daripada kita berhak mencinta dan dicinta ( saling menghormati )

Devil's Place

Assalamualaikum kepada kepada semua pengintai blog yang paling femes di dunia.

Semalam iaitu bertarikh 30 Mac 2013 bersamaan hari Sabtu yang cuaca dia hujan kemain lebat. Tak kasi can langsung ke aku nak keluar bersiar-siar awal di petang hari. Kau orang tau ke apa aku nak kasi tau ni? tak tau kan?. Kau orang relax, kau orang relax. 

Sebuah syarikat penerbitan buku paling femes abad ini, FIXI dengan senang hati mengadakan satu re-launching untuk novel "Devil's Place" yang ditulis oleh lelaki berkulit hitam manis separa seksi, Brian Gomez (juga penulis cerpen "Mud" dalam buku KL Noir:Red). Acara ni dibuat di kedai buku Kinokuniya KLCC. 

Jam dah pukul 4 petang, bagi aku ini waktu pagi bagi orang yang bercuti pada hari sabtu. Lepas bangun ja dari tidur, aku terus online twitter kejap. Nak usha apa mensi terbaru kat profil twitter aku; takda mensi langsung. Dengan perasaan penuh lapang dada dan masa itu bukan la emas bagi aku, aku scroll ja timeline dari atas sampai ke bawah. Aku scroll, aku scroll. Tetiba nampak satu tuit, 
"KLCC mana tempat makan best?" dari Shafiz Mahmood (penulis cerpen "Adam" dalam buku antologi Dajjal"). 
Aku balas, "foodcourt menara maxis, wantan mee kat situ sedap."
"jom bro. Haha"
"sekarang ke?"
"around 9 maybe. Aku pergi kino dulu."
"sama lah. aku pun ke situ jugak. dm no fon. japg jumpak kat kino"

So, siap saja mandi aku terus bersiap. Sementara nak tunggu hujan reda sikit, aku sempat layan lagu Sean Lennon - Parachute. Dua tiga kali jugak la ulang lagu yang sama. 

Sebelum keluar rumah, aku tuit "Out to #DevilsPlace novel re-launching at Kinokuniya KLCC. Bye !".

Tepat pukul 7:51pm aku berdiri dengan bergaya depan pintu Kinokuniya KLCC. Keluarkan handfon dari kocek seluar. Ingatkan nak mesej Hafiz kejap. Nak tanya dia kat mana. Memandangkan baki kredit pun macam cukup makan ja, aku masuk ja jenjalan dalam kedai buku tu. Kot-kot terserempak. Jimat sikit. 

Aku masuk dalam Kinokuniya. Pusing semua kawasan dalam tu. Kemudian patah balik ke depan; tempat acara diadakan. Nampak Amir Muhammad, Brian Gomez dengan beberapa lagi penulis buku KL Noir:Red. Dia orang duduk sambil bersembang gelak-gelak. Entah apa yang disembang aku pun tak tau. Aku berdiri tepi rak sambil mencari-cari Hafiz. Tak lama lepas tu muncul depan mata. Muka suci, teruna pilihan mak ikan, dia senyum ke arah aku. Aku salam tangan sebelum sembang-sembang kecil.

(Devil's Place re-launching novel berlangsung)
(Aku beli novel Devil's Place dan Brian Gomez autograf atas buku tu)

Perut aku lapaq, perut aku lapaq. Aku dengan Hafiz lepak makan kat foodcourt area Menara Maxis. Kedarah nasi kerabu Kelantan. Minum pulak milo ais. Punya la kenyang macam setan. 

Bosan jenjalan dalam Suria KLCC, kami turun dan keluar lepak depan tasik kat KLCC Park. Ramai pulak lepak situ. Semata-mata nak tengok air pancut kaler-maler yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia tu. 
Sambil lepak, sambil berborak kosong, Hafiz tunjukkan aku aplikasi Keek yang baru di-muat turun. Dia rakam satu video pendek: http://www.keek.com/!pvA6bab . Video ini sebenarnya adalah video pekenalan kami secara face-to-face. Sebelum ni aku hanya kenal dia melalui buku antologi Dajjal dan lama Twitter saja. Kali ni lepak sekali, memang sekepala jugak la. 

Jam dah menunjukkan pukul 10pm. Orang putih cakap, masa telah pun menjeleskan kita. Dia pun dah nak balik katanya. Sebab tinggal di asrama tak boleh masuk lambat. Aku pun okay ja. Kami berpisah bersaksikan pintu depan Suria KLCC. Dia buat hala tuju sendiri, begitu jugak aku. Jumpak lagi weh!. Tamat.



Devil's Place by Brian Gomez




|Didi.Andra

Wednesday, 27 March 2013

Pagi

selamat pagi
tidur-ku bakal diselimuti 
bias-bias cahaya
dingin-dingin embun 
meresap melepasi kaca
bai bai bai.



|Didi.Andra

Otep: Si Budak Jujur

"Awas! Kisah ini adalah benar diambil di tuit-tuitan di laman Twitter @xdidiandrax"


Ajai dan Mona ada seorang anak laki. Hasil dating pada malam setahun yang lepas. Kalau tak silap; Valentine Day. Yang hari kapel-kapel tu


Setahun yang lepas, Ajai dan Mona lepak kat Zoo Negara. Nak jauh punya pasal. Ajai bawa Mona dating ke zoo. Katanya takmau tiru bebudak muda


Dengan perasaan yang bajet-bajet matang, Ajai bawa Mona ke zoo. Depa naik basikal bmx, hasil rompakan nenek tua yang sedang lepak di Pavi


Sambil muka senyum unta, Ajai mengayuh basikal bmx. Mona duduk atas handel depan. Berlatar-belakangkan nenek tua sedang berlari anak


Akhirnya, depa sampai di zoo. Setelah 3 hari penat mengayuh basikal bmx milik nenek tua yang diberi nama Nadia Natasha Binti Abdul Kasman


Nenek tua yang nama Nadia Natasha Binti Abdul Kasman?. Secara peribadi, dia adalah bekas juara tipu merentas desa peringkat Sekinchan 1961


Semasa acara berlangsung, Nadia Natasha disyaki menumpang seorang petani sehingga ke garisan penamat dan terus menjadi juara tipu bermaruah


So, impak semasa tua, nenek ni hanya mampu berlari anak. Sebab masa muda asyik tipu dalam acara merentas desa. Padan dengan muka buruk dia


Back to cerita Ajai dan Mona. Depa dah sampai zoo. Mona suruh Ajai beli map Kuala Lumpur; takut sesat dalam zoo. Ajai ikut sebab dia bengap


Bila dah beli map Kuala Lumpur, depa berdiri menghadap kiblat. Menurut Mona, kalau sesat, percaya-lah pada kiblat. Ajai pun ikut, dia kan...


Seperti pasangan kapel yang lain, depa lompat katak berpelukan sekitar zoo. Ini akan menambah kemesraan antara pasangan yang kapel. Betul !


Pusing punya pusing, tetiba hujan lebat turun. Ajai dan Mona berlari macam filem hindustan masuk ke kandang tapir. Terkesima tapir sekejap


Tapir tu apa lagi, kau ingat dia nak tengok saja?. Dengan kuasa bulan, tapir tu terus terajang Ajai dan Mona. Ajai jatuh, Mona senak perut


Ajai geram. Muka dia merah menyala. Boleh buat lampu suluh. Melihat Mona menangis, Ajai terus terajang balik tapir tadi sampai mampus


Ajai ni nampak macam kejam, sebenarnya dia pondan. Kerana sayang, dia sanggup buat apa saja, termasuk membunuh binatang. Memang binatang~


Seperti pepatah melayu sebelum World cup, "Biar pondan, asalkan bermaruah". Begitulah dengan Ajai, takkan dia nak mengalah dengan tapir?


Memandangkan Mona masih terbaring senak perut, Ajai dukung ke satu lagi kandang; kadang harimau malaya. Ajai bangga dapat masuk kandang ni


Ajai masuk kandang harimau pelan-pelan. Jalan gaya pencuri hati wanita. Seriau harimau sedar. Ajai mula mengesot gaya ikan duyung


Semangat Ajai mula mengganas macam harimau, bila tengok badan Mona yang tak seksi tu. Harimau dicekik. Mereka mula melucah 8 kali malam tu


Maghrib berganti maghrib, subuh berganti subuh, syuruk berganti syuruk. Setahun berlalu bergitu saja. Seorang bayi dilahirkan, Otep Bin Ajai


Otep Bin Ajai atau nama fesbuk dia Remy. Seorang budak baik, ikhlas, sedar diri, bukan pencuri, jarang online. Yang penting jujur


Semasa Otep umur 7 tahun, bapak dia hantar ke sekolah rendah. Rendah sangat sekolah tu; 1 tingkat ja. Dia pun tak tahu sebab apa. Bodoh lagi


Dalam kelas, Otep tak habis-habis tanya soalan yang sama, "Cikgu, awat sekolah ni rendah?". Sepuluh ratus kali tanya. Kaki sampai ke muka


Dengan muka senyum paling ikhlas, Otep tanya lagi, "Cikgu pernah rasa kaki bapak saya tak? Ramai yang mati sebelum ni". Cikgu on twitter


Takut dengan ugutan Otep, cikgu terus log in twitter. Dia update status, "Murid-murid aku sorang ni perangai macam buqhit. Hepi betul :)"


Malangnya Otep tak dapat reply status twitter cikgu dia. Lupa bawa laptop. Otep pendam. Cikgu dia puas hati dapat lepas geram di twitter


Bagaikan pak arab menyundal, Otep genggam tangan kuat-kuat. Berdiri atas meja. Backflip dan DUSHHHH!. Terus tumbuk muka cikgu macam Naruto


Terkena penangan Otep, cikgu Lily tersungkur ke lantai. Gigi palsu yang baru beli semalam turut bertaburan di lantai simen kelas 1 Power


Dalam kelas 1 Power ni semua murid-murid ada kuasa power. Tapi Otep dikurniakan power yang power. Itupun diwarisi oleh bapak dia yang power


Selepas kematian cikgu Lily, Otep minta izin kedua ibu bapa dia. Katanya, "Dear my lovely parents, aku rasa nak pi travel la". Sopan betul


Setelah di-izinkan. Bermula saat ini, Otep akan travel ke suatu tempat yang jauh. Demi mencari seorang guru yang mengamalkan ilmu khurafat


Jauh, terlalu jauh Otep berjalan. Walaupun ada bas, KTM, flight. skateboard dan sampan. Otep tetap berjalan kaki. Katanya "Lantak aku lah!"


Boleh tahan jugak kesopanan Otep ni. Aku ingat dia ni biadab, rupanya sopan sangat. Tahun demi tahun, Otep mengembara. Akhirnya sampai jugak


Bukit Bintang; suatu kawasan pendalaman yang suram. Bebukit-bukau. Terdapat satu pohon pisang dicelahan pokok kelapa. Aneh tapi benar


Otep letih. Dia duduk berehat di Starbucks. "Pishang betul kat sini". Tetiba ada lalat belasah siput. Lalu Otep namakan tempat ini Kelantan


Di Kelantan, Otep terjumpa dengan seorang gadis sunti. Menurut name tag yang dipakai, tertulis "Siti Wan Kembe". Cool jugak nama makwe ni


Tapi gadis tu menafikan. Bukan name tag kepunyaan dia. Ini milik kakak-nya. Dia terpaksa curi sekejap, gara-gara lewat ke sekolah


Akibat penipuan besar ini, Otep bengang. Dengan satu hayunan pisau dapur, kepala gadis tadi putus. Terpancut darah melimpah ke ladang gandum


Ladang gandum yang dipenuhi dengan limpahan darah, bertukar menjadi koko krunch. Otep, ambil sedikit untuk bekalan ke tempat lain pulak


Perjalanan tetap diteruskan, Otep menyanyi lagu Maher Zain dalam hujan lebat. Dia sedar takda sapa nak dengar. Tapi ada dia kesah?


Otep tiba di suatu pulau kecil. Terdapat menara berkembar macam KLCC. Ada bangla. Otep fikir sejenak. Lalu dia namakan tempat ini Penang


Di Penang, Otep lepak warung tepi jalan. Seorang mamak mai ambik order. "Nasi kandaq ada?". "Tarak la". Esok hari, nasi kandar tercipta


Ketika nasi kandar tercipta, seluruh rakyat Penang berbangga. Depa hadiahkan sebuah feri kepada Otep. Tapi dia menolak. Katanya, "Its okay"


Sebelum blah dari Penang, Otep dihalang oleh seorang laki. Muka dia macam Piee. Otep bengang. Awan mula bertukar kaler kelabu tahi gajah.


Hujan di Kelantan mula membanjiri Penang. Oleh kerana ditegur Piee, cuaca terus berubah. Otep capai pistol dari mamak, lantas menembak Piee!


Keting !!!. Bunyi peluru tersasar ke ekzos beca. Superman atau nama betul dia, Superman Bin Halim. Kini berdiri gagah dihadapan Otep. Jeda.


Terkelu Otep. "Tadi hang rasa hebat sangat, awat la ni kecut teloq pulak. Celaka!". Ujar hati Otep pelan-pelan dalam bahasa utara


Otep diam selama sejam. Sementara itu, Superman dan mamak sedang lepak layan game FIFA13. Result-nya, mamak menang. Itupun sebab depa home


Otep sentap dengan tindakan hina ini, dia terus menangis. Mula nak givap. Otep angkat tangan kanan ke langit, "Aku nak terkencing sat~"


Otep berlari sepantas kilat ke tandas. Terlanggar meja dan kerusi kayu; Otep jatuh. Bangun semula. Melompat masuk dalam lubang jamban. Lega


Dalam tandas, ada seorang budak kecik sedang tidur. Otep telah membuat dia terkejut, lalu budak itu menikam perut Otep dengan buluh runcing


Otep sempat mengelak, tapi sungguh malang. Otep tergelincir masuk ke dalam sinki seluas Tasik Kenyir. Otep tak reti berenang. Mati lemas


Berita kematian Otep mendapat liputan media massa seperti; RTM4, Disney Channel, Warta Petang, BBC dan Bloomberg. Seluruh dunia gembira :)


Setelah mendapat arahan kerajaan Russia, mayat Otep dihantar ke Hospital Ipoh untuk dibedah siasat. Dan ditanam di Rembau, Negeri Sembilan


Semasa majlis pengebumian, kelihatan ramai member datang kutip hutang. Slash, Majid Khamis, Oliver Sykes, Chris Jericho serta Nicki Minaj


Tapi kutipan hutang tak dapat dijalankan. Mak bapak Otep lari dari semua hal ini. Ada yang cakap depa lari ke sebuah pulau di Kedah. Tamat.




|Didi.Andra

Sunday, 24 March 2013

Kala Hujan


Selesai saja makan, segera aku menaik tangga ke tingkat atas rumah menuju ke kamar sendiri ; sebuah bilik empat segi tidak persegi.

Di luar, tetes-tetes deraian segera berkecai melanggar sekaligus membagi pesona dan kerinduan. Pergolakan di luar juga, adalah sebegitu panjang tidak kesampaian. Akhirnya kau menujah (hujan) , bagi kesempatan (simpati) buat aku. Aku cuba menghayati, merapati kehujanan di luar sana. Mencegat di depan tingkap, menyingkap, tolak langsir ke tepi dan renung jauh-jauh mulai dari dekat. Ada besi, penghalang besi sebelum tingkap dan hujan-hujan di luar masih menderu, ianya cukup cam hati aku yg tipu.

Rasa seperti terperangkap atau memang aku sendiri menjerat diri ke bilik ini. Bilik ini semakin menjadi-jadi. Tambahan malam ini, di luar adalah sebuah penyingkapan. Sama. Terperangkap di sini, di jendela besi ini, kian aku melengung ke luar, sama seperti kehidupan aku sendiri yg aku telah kurungkan. Mengurung segala emosi-pilu, kehidupan semalam yg cuba aku sembunyikan dalam pekat hujan ini. Persoalannya, adakah simpati malam ini di luar itu, reti menghapus segalanya ?

Langit, seolah-olah mendiamkan diri. Kelam berwarna kelam. Selapang-lapangnya, seluas-luasnya. Adakah sama seperti sosokan dada ini ? Kalau-lah. Tercegat lagi dengan seketika, waktu berhenti. Nampaknya, hujan di luar memberi efek-emosi, tentang di luar apatah lagi dalam. Membagi rasa-rasa yg tak pernah pergi. Aku masih terperangkap. Mengurung diri di sebalik jendela besi, mengurung isi-hati. Aku sendiri tak pernah tahu apa lagi di dalamnya. Kabur. Atau memang aku sendiri, paling sendiri, tak berani meluahkannya. Sebab juga mungkin, ianya seakan membunuh jiwa sendiri. 

Sudahlah, aku meninggalkan jendela besi. Merela pembaringan ke atas tilam. Ah, menghempas lelah semuanya. Aku belum mau tidur, belum sedia lelap. Tapi mau sebolehnya pejam mata, dan lepaskan semula kesembunyian tadi beransur pergi. Secepatnya-sebelum aku, 'rindu-kan' .

|Andika

Saturday, 23 March 2013

Ulangtahun

24 Merit setiap tahun
ia berulangan

aku berdiri
menghadap sepotong kek
sebatang pacakan lilin
satu tiupan
menghembus selerak kepulan
senyum

aku bersila
menghadap Tuhan-ku
sepohon doa iringan
satu ucapan
mengalirkan sederai air mata
syukur.

24 Merit setiap tahun
ia berulangan.



|Didi.Andra

Berteleku

Kini di lembaran baharu, aku menukil lagi, sisa yang tertinggal, di persembunyian rindu. Apakah kita yakin segalanya telah pergi? Begi...