Aku ini - hanya berani bercakap dengan orang yg bersetuju. Barangkali mereka yg hanya bersetuju dengan aku. Berani berkata dengan mereka yg dangkal agar tidak disangkal. Berani bercakap dengan lawan bukan lawan. -- Memangnya aku pengecut. Bercakap hanya untuk diri. Bercakap hanya melalui pengalaman sendiri.Setakat meluahkan di mana aku berada pada zon selamat. Tiada pewatak antagonis , bolehlah - aku.
Cuba letak satu alat yg boleh melawan cakap-cakap aku. Pasti ditentang. Habis nak baring , terus terlentang. Diam aku. Hujah-hujah aku adalah ludah yg aku telan seorang. Rasa kotor. Aku-lah.
Percayalah.
Aku menulis semua ini untuk perhatian saja. Tidakkah kalian kasihankan aku ? Tidakkah aku memakai hujah yg betul ? Tidakkah aku menunjukkan aku memangnya benar ?
Seburuk mana pengakuan aku. Jika aku menulis dengan baiknya , niat aku mencubit simpati kalian pasti jadi. Percayalah - Aku kononnya baik. Simpati itu murah pada jualan baris aksara yg aku rekayasa-kan. Mari beli--
Mulai sekarang
letak rapi-rapi dalam persepsi
Aku jahat
|Andika
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Berteleku
Kini di lembaran baharu, aku menukil lagi, sisa yang tertinggal, di persembunyian rindu. Apakah kita yakin segalanya telah pergi? Begi...
-
Kau perlu berhenti kisahkan mereka. Berhenti ambil berat tentang kepunyaan orang. Berhenti kisahkan hati yang tidak mahu. Berhenti harap...
-
Bernyawa kaki, tangan, mata badan pun sempurna tapi rasa malas nak mula perjalanan masa bedebahnya *** " fikirkan...
-
Hujan di luar. melarutkan buntu malam. hempas lagi. kecai-kecai rasa. Buram turut disapa. udara sejuk dinihari. Tenggelam. malap tak bersuar...
perenggan keempat. itu favorit aku. Ya, aku setuju dengan itu. Tiadanya yang salah. Ceritanya mungkin benar mungkin salah tapi.. ya lah. *senyum*
ReplyDelete-AsaSiaga-
terima kasih sigaret perisa kafein --
ReplyDeleteaku cuma merasa macam ni. :)