Friday, 23 August 2013

Si gadis & si pujangga II

Si gadis lesu dalam langkahnya.

Si gadis harap si pujangga mengejarnya daripada belakang dan tangan kasarnya memegang erat membawa si gadis ke kaki bukit yg menjadi kelaziman si pujangga dan si gadis berluangkan masa malam dan menyaksi tebaran bintang di lengkung langit lalu si pujangga mengutip satu-duanya seraya menggantikan hati mereka yg kian malap dan pudar cahayanya. Ya, hati berbentuk bintang pula.



***


Si pujangga letih dalam pembaringannya.


Si pujangga harap pagi nanti akan ada si gadis datang mengetuk pintu rumahnya dengan memakai but merah comel dan topi kebun dan membawa peralatan seperti cangkul atau alatan yg boleh mengorek tanah gambut di belakang rumahnya seterusnya menanam hati masing-masing yg sudah parah dan tenat dan membajai semula hati mereka supaya tumbuh  dengan lebih membunga. Ya, hati yg kan berkelopak merah.


|Andika

Monday, 5 August 2013

Jika Aku Seekor Anjing

Jika aku seekor anjing
Takkan ada kucing berani dekati aku
Takkan ada pencuri berani pecah rumah
Tubuhku disentuh mesra halusnya jari
Terasa geli diriku di pangkuan mesra

Jika aku seekor anjing
Perutku kenyang tak ku fikir lagi
Ke mana akan ku rebahkan tubuh ini
Aku bergerak bebas bersama manusia
Ke kota-kota dan pekan-pekan kecil

Yang tak berubah seperti aku dulu

Jika aku seekor anjing
Kini lapar dan dahaga ku kembali
Perut dan alat fikir mula tak terdaya
Aku selalu berfikir-fikir

Jika aku menjadi seekor anjing
Harus hidupku tak sebangsat ini?

Jika aku seekor anjing
Akulah anjing yang bernama anjing.

Julai 2010



|Didi.Andra

Hancur

subuh kian menjelang
bulan mahu pulang
pergi juga bintang
pasti kembali datang
wahai bangsa ku kemana menghilang
bukankah dulu kita terbilang?

hati kosong penuh debu
perasaan dengki masih terbuku
fikiran sempit lagi keliru
sampai bilakah ia akan berlalu?

yang berkuasa berlidah kedut
yang tak berkuasa bagaikan badut
fikirlah dulu sebelum mengikut
apakah ini hanya mengarut?

Jun 2010



|Didi.Andra

Realiti Cinta Dan Seks

dalam kelam kabut menyusuri jalan indah
tergerak hati untuk berhenti seketika
memikirkan apakah ada di hujung sana?
nampak bagaikan istana di syurga
walhal hanya fatamorgana

mimpi mimpi semalam masih menyelubungi sanubari
aku hanya mampu berlari
mimpi mimpi gelap itu membuat aku lupa diri
aku hanya mampu berlari
mimpi mimpi semua itu membuat aku jadi begini

zat dan darah sebati bersama daging
tulang dan kudrat masih mampu bertahan
isi dan kulit belum lemah untuk terluka
hati yang kosong hanya perlukan panduan

hampir mati
tapi masih mampu untuk menderhakai diri
biarpun ditusuk besi panas yang tajam
masih gagah untuk berdiri

sungguh celaka sebegitu rupa
syaitan yang berapi pun mungkin akan rebah
inikan si hina yang asalnya dari tanah
belum puas mencipta dosa pada akhir usia

darah daging dijadikan jualan di pasaran
untuk si anjing yang sudah kurap dan jijik
bukan drama atau filem dunia
realiti cinta dan seks
membukti segalanya.

Julai 2010

p/s Puisi skema gampang ini gua tulis secara santai dan bangang. Hahaha



|Didi.Andra

Berteleku

Kini di lembaran baharu, aku menukil lagi, sisa yang tertinggal, di persembunyian rindu. Apakah kita yakin segalanya telah pergi? Begi...