Sunday 30 December 2012

Besok itu apa ?

Kau orang sibuk-sibuk
mendabik tak lebih daripada habuk

konon tahun baru
azam baru , cita baru
lagak orang hulu

besok cuma besok yg dikagumi ; peguni

sudah-sudah kau ngomong
kata-kata magis
ucap-ucap 'motif-basi'

muaklah

kau orang tak rasa ke
besok tetap ada dua-puluh-empat-jam

apa lainnya ?

|Andika

Wednesday 26 December 2012

Desember pengagum jerihku

Kelmarin. Tak semena-mena aku dapat mesej. Berbunyi - "tidak berbunyi ataupun bip" . Aku rasa celaka, aku rasa ini bingai. Aku ralat tunggu. Asyik amat hingga yg terang jatuh menyembah, yg gelap bangun dipuja. Masa itu, aku terus bertengkurap. Muka menyembam bantal. Jiwa betul-betul aku biarlah luluh sampai tamat. Sekurang-kurangnya. 

Dan.

Hari kembali terik. Cahaya jerlus berjaya menembusi bucuan kamar aku. Ini bukan rekayasa. Aku membangun sebelum mata sempat celik. Mencebil. Aku lantas memejam dan melewati dunia gelap malam tadi. Sesal. Aku buka mata, aku buka separuh jiwa. Rasa masih sama, rasa celaka. Rasa yg kau dan kau tak pernah rasa. Aku disitu lagi. Separuh badan berdiri. Aku tatap penuh depanku selain cahaya menyinsing itu merobek penglihatanku. Oh dinding ini tak berubah. Kekal teguh dengan tampalan-tampalan klausa. Mau sahaja aku membingkas bangun dan langgar tembok gah ini. Moga-moga terus berlari ke masa silam dan kali itu aku mungkin lebih yakin untuk menjadi sekarang. Lagi sekali hampa, belekan tiada sebarang mesej.

Aku sekali lagi jatuh,
Kali ini siling tampak lebih meyakinkan. Untuk diri aku akan datang. Lepas aku menjadi tinggalan kemudian. Aku patut bangun semula dan rencana diri. Lalu, aku kekal lagi membaring. Beberapa kerdipan mata mencungkil tanya. 

Aku belum yakin untuk ke hadapan. Untuk engkau --


| M Rafi San

Saturday 22 December 2012

Aku dan empirisisme hidup


I

Dunia tak mengenal aku
Dunia kan mengecam aku

Sebagai aku
aku yang aku


II

Tama-tama
buat ke satu kali-nya
Bukan ke dua, ke akhir sekali-pun

Aku rasa penuh cekel.


III

Se-orang-pun
aku mampu

sehari-hari aku menggagu di lengkungan langit --

kawan dah lama jadi asing
gabir
kekok


IV

Makin mampir kau ( kalian ) pergi
kian ansur pengap

tak apa

kita-kita adalah celaka
kira dulu, semuanya adalah wayang, macam wayang kulit dwipurwa.



V

Lepas akan
usah lekas gelar "pongah"

aku tak merajuk
cuma-kan

aku dah tua dicatu-catu
tersisih
berkurung dalam diri

sendiri.


* susah kan bila kau berdepan diri yg tak mengenal diri sendiri. Aku masih mengagau mencari personaliti diri yg semakin sasau. makin lama, aku makin paranoid dengan orang-orang. sekian.


|Andika

Thursday 20 December 2012

Kesedihan paling indah ( Disember )

Langit masih sama.

menatap
diratapi

Di siang yg kian terlucut
angin tak macam sehaluan
redupnya tampak

Kesedihan paling indah

momen yg dibutirkan
memeluk kuat daya memoir

sebelum guguk didatangi
langit yg t'lah berbalik

ditatap
meratap

Melankolia paling aman

| Andika


Tuesday 11 December 2012

Aku di satu ruang ( konfrontasi ) diri.

Aku mula ya.
Selagi nafas keluar ikut mulut dan hidung, selagi itu roh berpeluang kenal dunia. Apa yg aku nampak dari mata, adakah itu semua kebenaran. Apa semua tolehan aku, pandangan yg perlu aku pandang ? Pintu kaca terbuka.

***

Pagi yg aku tuturkan masih dianggap pagi. Terang dan sejuk. Nyaman sekali sepadu-padunya. Paling damai dan tenang peluknya. Macam rabu-rabu yg lepas, bulan lepas atau tahun lepas-lepas. Ia sebenarnya kekal sebagai hari rabu. Tapi pada awal kemunculannya, ada topeng-topeng yg lekok diparas mulut itu melagu, mendakwa bukan-bukan. Aku tak marah. Rimas. " Kau nak memekak apa dengan tarikh 12.12.12 ni ?? ".

Sebenarnya marah juga, tapi memandailah aku pusing. Kalau dibubuh tarikh itu dalam bacaan rahmat tak apalah. Mohon-lah ke syurga. Ia bukan satu. Dia adalah orang-orang yg peka persekitaran, pemercaya kalendar, pengikut globalisasi. Semua nak ikut, takmau ketinggalan. Mari kita carik-carik deskripsi tahyul pasal tarikh ni, semuanya sama macam aku. Dah, aku diam.

***

Aku dah anggap hidup seorang itu rutin. Hidup seorang itu aman tapi sunyi. Hidup seorang itu senyap tapi memekak. Kalau ada masa lapang, itu jahanam. Masa itu akan buat kau tambah perit. Kau kan rasa bumi itu gelap, jam itu tiada jarum. Kau ada kawan, kau akan dilupakan. Nak rasa dikhianati kan. Selama mana kau berdiri dibelakang teguh, kau lupa kau itu tiang. Kau itu sampah. Kau itu diperbodohkan. Kau mudah dimanipulasikan. 

Mudah sangat. Mereka cuma mahu mereka mudah. Mereka cuma mahu guna kemudahan yg ada pada kau. Lepas siap, mengayuh lari. Menyorok. Lupakan kau. Langsung tak kenal. Kemudian, kau rasa kau senang. Mereka datang lagi. Katanya - " aku susah, tolong bantu aku, tolong dengari aku, tolong puaskan aku.." . Semua minta tolong. Kau bodoh. Kau baik hati. Kau sangka kau ada pulangan. Kau sangka bayaran persahabatan itu murah. 

Tolol sangat rasa. Kau dengar seinci-inci cerita sedih mereka, kau dah dibutakan dengan simpati. Akhirnya kau lapar dan dahaga. Kau terperangkap dalam rumah kaca. Lagi satu, yg engkau ikut dari belakang itu kenapa. Konon kau cekal. Kau mengaku tabah. Tak apa, ini korbanmu. Mengarut orang nak kenang kau dengan aksi patung kau. Hidup ini adalah layar. Jangan ikut sangat angin yg keluar dari bibir-bibir giur itu. Ingat kau dapat rangkul macam dulu ? Bibir itu peludah racun. Kalau boleh transparensikan tubuh kau, hati kau dah rosak teruk. 

Dipermainkan sewenang-wenang. Kau itu tak ubah lebih dari barang. Barang kotak-katik. Dan jadinya akhir adalah sampah. Duduk di paling pencil. Kau boleh geram masa tu. Kau ada hati, kau guna mata juga. Sekarang kau dah jadi seorang. Seorang kan. Seorang yg tak berapa yakin. Berapa yakin menjadi seorangan. 




(Aku rasa aku ada gangguan mentaliti atau syaitan memang membisik.)


|Andika

Thursday 6 December 2012

Menalkin kecai-kecai rasa

Hujan di luar.
melarutkan buntu malam.
hempas lagi.
kecai-kecai rasa.


Buram turut disapa.
udara sejuk dinihari.


Tenggelam.
malap tak bersuar.



meruyup.


Lemparlah.
nafas-nafas gelapmu.
biar buta.
kelam.


Selagi aku dianggap.
bernyawa (buat kau)

|Andika

Wednesday 5 December 2012

Main cakap lepas sebab bosan

Aku ini lelaki.
pemuda.
duapuluh-an. 

Dengan rupa masih budakan, akal masih juga nakal. Aku takut dan malu sebenarnya. Untuk cakap-cakap pasal perasaan membungkam. Pasal cinta yg remeh pada mata orangtua. Aku ini terlalu muda dan mentah. Mudah sangat diratah emosi yg tidak konsisten raganya. Mudah sangat ingat pada orang itu, orang ini dan jatuh cinta. Aku lupa, aku ini lelaki. Mungkin bicara serupa ini bikin malu diri saja. Secara fitrahnya mungkin amalan seperti ini terus dinafikan. Sebab aku lelaki. Tidak boleh awalkan menyerah dan cinta-cinta ni. Ya, aku makin dewasa dan perlu dilihat lebih tenang. Jangan nampakkan kelayuan lelaki itu. Jadi, soalnya berbalik pada diri aku tanpa jumpa jawapan lagi. Aku mau cakap pada siapa ? Aku mau ludahkan perit jiwa pada longkang mana ?
 Aku juga ada kisah, yg barangkali ruang ini kurang sesuai tapi aku ingkar. Aku tidak peduli. Aku bukan orang suci. Aku orang biasa. Memang boleh mati kalau membiar hati lumpuh tanpa ubatnya. Boleh jadi aku ini golongan 'jiwang' juga. Sebab itu mudah sangat ranap ( patah hati ). Sampai berjuta kali ditegur lopongan malam. Terjerat aku lagi-lagi waktu sunyi. Nah, berseorang membatu dalam bilik. Kunci dari dalam, amati setiap cerita lama. Aku terlalu kisah dengan semua ni. Bodohpun ada juga. Mungkin ini adalah masa bodoh yg aku kena ingat bila menjangkau tigapuluh-an nanti. Aku yakin. Mungkin ini adalah iktibar yg aku tak nampak sekarang. Penceritaan aku masih tak sampai. Kalau mau bilang cerita pasal cinta, ia benda muak. Tak luak-luak. Aku tak berani nak cakap banyak serupa ini, mudah sangat aku dilabel lembik nanti. Ini ruangan para-wanita bolehlah.


***

Aku
taktahu
gila
apa
sedang
serang
uratsaraf
aku
pepagibuta.

Aku cuma boleh cakap.
aku
lelaki
lemah.

Mudah dimakan juga
oleh
rasa-rasa perasa
perosak



|Andika

Friday 30 November 2012

Renyai

Hujan masih renyai
Ku lihat tiada senyuman

Hujan masih renyai
Ku lihat tiada teman sepermainan

Hujan masih renyai
Ku lihat tiada teman kesayangan

Hujan masih renyai
Ku lihat tiada suara laungan

Hujan masih renyai
Ku lihat tiada pejuang keamanan

Hujan masih renyai
Ku lihat tiada berhaluan kanan

Hujan masih renyai
Ku lihat tiada nilai kemanusiaan

Hujan masih renyai
Masih lagi renyai
Dan terus renyai 
Menangisi kita
Yang telah lama tertinggal.




|Didi.Andra

Wednesday 28 November 2012

Yang Kau Juang-kan

Di akhir ini
Pabila bahasa Tuhan kau mainkan
Doa 
Dalam pertarungan dunia kecil
Yang telah hanyut
Yang kau juang-kan 
Yang kau agung-kan.




|Didi.Andra

Sunday 18 November 2012

Atas nama solidariti.

Solidariti.

Itu.
laungan lemah.
bergema di dada.
para penakutan.
seperti kita.

Gah.
pada slogan.
suara-suara protes.
merata.
bertempiaran amarah.

Ini-lah suara global.
humanistik.

         ...

Peperangan ibarat satu normatif.
dogma kabilah Judah.


         ...

Buat 'kami'.
tanah yg dijanjikan Tuhan.
pasti ada menang untuk kami.
kerna mujahidin seperti kami.
menghajati syahid'in.

Intifada--


*Moga Tuhan membantu seagamaku di sana. Aman Gaza,Aman Palestin.
Lebih rela syahid daripada menempuh kiamat kelak. Nauzubillah.

| Andika

Friday 16 November 2012

Mencangkir letih-letihan

Kalau tengok mereka. Ada saja helaian baru buat peraga batang tubuh yg gah itu. Ada saja gajet-gajet yg memaparkan teknologi. Ah , itu-lah global. Aku terpinga juga. Aku tak reti. Reti melihat juga buat sakit hati. Ke sana ke mari, ada saja transportasi. Mampu. Boleh belok ke kiri ikut sukahati. Empuk kerusi tak kira-lah yg berbumbung atau dua tayar. Aku pernah ada ingin. Sekalipun bertayar dua. Buat aku lenang mempertaruh urusan. Duniawi. Semua-semua di atas ni aku tak mampu milik. Ah memang dunia sekarang perlu serba serbi. Kawan pun ada tinggal saki baki.

Pernah.

Cemburu dan dengki merajai. Turut serta sosialis juga perlu jengah wallet, lopong. Lupakan. Kau belum mampu menjadi sebagian mereka. Aku pujuk sendiri diri. Bawalah diri , pergi dan berlalu sepi.

Sistem apakah ini ?

Tolong jangan bawa aku lari topik. Hampir saja tergelincir. Licin , dan aku mula terduduk sebenarnya.

Menduduk di paling bucu dunia, meraba apa yg tinggal. Adalah sekeping harapan. Seorangan sejuk. Lama dah berteman dengan alam. Bintang-bintang malam jadi berita. 

Penat.
Keletihan.

Menjadi mangsa homosapien. Kerap dibuli hanya kerna aku satu. Hanya kerna aku bertuhan Tuhan. Kalau engkau rasa, menjadi penyembah kuasa, material dan manusia itu lebih memuaskan. Mendabikkan engkau manusia yg ada segala. Sudahlah, ini saja ruang aku ada. Sebelum aku balik semula pada jalanan. Harap satu masa lepas aku hilang, jangan ada satupun kalian menyembah aku. Dah.


|Andika

Monday 12 November 2012

Sebelum mampus


tolong
kurnia-kan.

semula.

masa-masa lepas
sebagai bayar kesal

mujur

aku belum mati
melihat kau dan dia

begitu
bahagi-ya

senyum kelat aku - sebelum mampus

|Andika

Saturday 10 November 2012

Prinduan

Orang suka letak aku 

katanya aku pembelot.
aku pencuri.
dan aku pengucap bohong..

              -----

Dan.
waktu yg aku sempat maling.
menengadah.
membatu jauh ; melengang.

Sepi.
melangut.

Aku rindu untuk disayangi --
tanpa provokasi
dari mulut/hati mereka

'orang suka letak aku'


|Andika
malam begitu selingkuh utk aku nyatakan , aku terlalu jujur buatnya.

Monday 22 October 2012

Cakap-cakap aku

Aku ini - hanya berani bercakap dengan orang yg bersetuju. Barangkali mereka yg hanya bersetuju dengan aku. Berani berkata dengan mereka yg dangkal agar tidak disangkal. Berani bercakap dengan lawan bukan lawan. -- Memangnya aku pengecut. Bercakap hanya untuk diri. Bercakap hanya melalui pengalaman sendiri.Setakat meluahkan di mana aku berada pada zon selamat. Tiada pewatak antagonis , bolehlah - aku.

Cuba letak satu alat yg boleh melawan cakap-cakap aku. Pasti ditentang. Habis nak baring , terus terlentang. Diam aku. Hujah-hujah aku adalah ludah yg aku telan seorang. Rasa kotor. Aku-lah. 

Percayalah.
Aku menulis semua ini untuk perhatian saja. Tidakkah kalian kasihankan aku ? Tidakkah aku memakai hujah yg betul ? Tidakkah aku menunjukkan aku memangnya benar ? 

Seburuk mana pengakuan aku. Jika aku menulis dengan baiknya , niat aku mencubit simpati kalian pasti jadi. Percayalah - Aku kononnya baik. Simpati itu murah pada jualan baris aksara yg aku rekayasa-kan. Mari beli--

Mulai sekarang 
letak rapi-rapi dalam persepsi 

Aku jahat

|Andika

Sunday 21 October 2012

Kelantan

Kenapa nak haramjadah-kan orang Kelantan? 
Mereka ini malapetaka?
Mereka ini sejenis malang?

Kita kutuk sana sini
Kita dengki sana sini
Kita caci sana sini
Diri sendiri perasan sempurna

Kalau Kelantan di atas
Muncul sikap iri hati
Besarkan kesalahan kecil
Menjatuhkan mereka
Jatuhkan orang Kelantan


Mereka pun serupa
Macam kita
Manusia biasa
Ciptaan Allah

Manusia punya tipikal
Susah nak buang
Kecuali mati
Sampai kiamat pun tak habis
(Itupun belum tentu hilang)

"Kononnya kita marah/benci/bengang kalau orang luar haramjadah-kan Malaysia. Tapi lupakah kita sendiri yang  kutuk/perli/caci orang dan negeri dalam Malaysia?"




|Didi.Andra

Saturday 20 October 2012

Pipi

Separuh
gambar-gambar
senyum kau
aku
suka
cuma

pipi kau saja,

|Andika

Thursday 18 October 2012

Tenang

Bismilllah

Sedikit tenang
Jauh sedikit lagi
Terus terang aku gentar
Harap tak ada jelmaan datang berteman
Amin

Gerimis dan riuh katak 
Sesekali menyapa sunyi sepi
Perkuburan sedikit kelam
Suasana disini tenang saja
Semoga tenang juga mereka disana

Pusara yang telah dibasahi hujan
Tanah merah menjadi lembap
Dalam kesejukan
Aku merenung sesaat
Simpati pada arwah
Dalam kenangan 

Al-Fatihah.

Tanah Perkuburan Islam Pantai Peringgit



|Didi.Andra

Bayang-bayang

Malam sesedan itu
aku mengerekot sejuk , berlantas bayang-bayang
yang menangis

| Andika

Sunday 14 October 2012

Pertama yang pertama kali

Pertama. Dari aras tingkat tiga , aku perhati jalan pulangnya. Kain biru laut , kurung seputihnya. Ya , ini cerita sekolah dulu. 

***

Macamana aku mula lihatnya dulu. Dulu , memang adalah yang dahulu. Pertama. Pertama kali memulakan sesuatu , pertama kali mencuba sesuatu yang tidak kekal. Tapi pertama kali itu jua-lah , memberi aku peluang hidup. Mengenal pertama dalam pertama kali.

***

Rindu memang ada , bukan sebagai yang pertama lagi ; sebagai yang seada. 
Mata sepetnya.
Pengantar suaranya , lembut macam vanila.
Aku suka wangian dia pakai.

Cerita pertama kali itu
Dimeterai seawal lima empat puluh lapan
Dua belas ogos , membawa pertama kali jua ke dua puluh enam ogos
Pertama kali dalam pertama ; imbau

Pertama-nya
Walau tidak kekal , kendati bukan penentu dari Tuhan
Tempoh itu cukup aku menjadi seorang budak masa itu
Cukuplah sekadar budak

Sekarang aku lebih baik penghidupan
Diwalhal pertama , dunia membenar aku menggantung impian
Aku tetap sayang kau ; tapi kita ikut lagak takdir

Ini pertama aku



|Andika
SelamatHariLahir;Syahrifahnoorfazeera/20tahun/15Oktober

Friday 12 October 2012

Aku dihukum sebelum mula bicara

Lagak semalam
Bermalap-malap malam
Bertakup kelam , dicemuh dikecam

Aku.."

Sesekali aku macam orang berhutang
Kata si peri halusinasi
Aku pewatak ngeri
Penghutang mimpi

Dulu , satu hutan aku lari
Mencari Tuhan dikenali

Sesat dan sesak
gasak

Dunia belum bebas dengan manusia penghukum theologi 




|Andika




Wednesday 10 October 2012

Dia Ibu, Dia Segalanya

Cinta ibu mudah dicari

Dia tahu bagaimana besarkan aku
Pabila aku kemurungan
Dia dongakan kepala 
Aku suka cara dia
Dia anggap aku teristimewa
Kasih sayangnya dari Tuhan
Dia salurkan ke diri anaknya

Cintanya sangat jelas
Aku harap dia bersama disisi
Aku rindu saat bersamanya
Kerana aku tak selalu bersamanya

Telah dia tinggalkan kita kurniaan
Sebagai penerang dalam hidup
Dan dapat aku rasa
Dari dasar hati yang terdalam
Kepercayaan terhadapnya
Takkan pernah hilang
Selamanya.

"Untuk ibu aku, Salmi Binti Tajudin yang pertama dan selamanya.
Aku amat menghargai setiap jasamu sehingga nafas terakhir.
Tidak dapat aku bayar semua ini walaupun harganya berjuta juta sekalipun.
Hanya Allah saja yang akan membalasnya dengan kasih sayang yang telah engkau berikan".

Dengan rendah hati, anak Mu.



|Didi.Andra

Sunday 7 October 2012

Roboh

Dalam kelompok ramaian
manusia-topeng , manusia-boneka
satu mendatang hampiri

"..kenapa kau diam.."

Aku pilih untuk wujud dalam minoriti
aku agakan
aku seperti mereka

Seperti hidup ini tiada matlamat
sama-sama roboh.

| Andika

Thursday 4 October 2012

Anura II

(sambungan dari Anura)

Malam tu aku jumpa Anna dengan kawan-kawan dia. Nampak macam bukan dalam keadaan normal ja budak-budak ni. Bison digenggam erat dalam tangan. Jalan pun dah terhoyong hayang. Aku biarkan saja. Aku dah biasa dengan perangai dia. Tapi kadang-kadang aku rasa kurang senang jugak.


Sebelum bertembung dengan Anna, aku berselisih dengan Nura yang duduk bertenggek dekat anak tangga Uniqlo. Aku terus tegur dan salam tangan. Dalam keadaan blur dia pun salam aku. Dia rabun sebenarnya. Aku tanya dia mana Anna. Aku tahu dia kawan baik Anna walaupun aku lebih kenal Anna dari dia. Dan dia lebih kenal Anna dari aku. Mudah ja dia jawab tak tahu. Barangkali dia malas nak fikir. 


Aku bukan keseorangan pada malam tu. Aku, Faq, Bos dan seorang lagi stranger yang aku baru kenal. Aku lupa nama dia. Kami bersama berjalan merempuhi segala kejadian Tuhan yang ghairah berpesta sambutan tahun baru menyembur benda alah kabus putih yang agak celaka bagi aku. Rasanya macam buih sabun pencuci baju. Dalam sesak lalu lintas itu kedengaran jugak bunyian muzik dubstep yang tetiba datang dari pelusuk mana. Aku buat endah tak endah saja. 


Walaupun dah hampir setengah tahun aku kenal Nura, baru hari ni aku teringat nak minta nombor telefon dia. Bukan tak mau minta dari awal dulu lagi. Cuma aku rasa belum diperlukan lagi. Lagipun aku selalu mengisi masa lapang aku dengan kawan-kawan rapat lelaki berbanding kawan perempuan.


Lelaki macam aku ni kena la jual mahal jugak kan. Walaupun pakej yang ada kat aku ni tak setanding dengan kehenseman budak budak Pavi, abang abang Kpop, takpun brader rockstar.


*pause


"Kau kat mana"
"Aku dah kat BB"
"Awal kau sampai?"
"Saja datang awal. Lepak dulu"
"Kau dengan sapa?"
"Aku sorang je la"
"Owh. Kejap lagi pukul 4 aku sampai sana"
"Okay cun!"
"Handfon aku bateri low tau. nanti pandai2 la aku cas".


Entah kenapa hari ni perasaan aku jadi hepi. Selalu tak ada la jadi macam ni. Bukannya aku nak jumpa awek pun. Tapi entahlah aku terasa bagai dalam hati ada funfair. Jeritan riang kanak-kanak sedang bergembira bermain rollercoster berlegar di setiap ruang hati aku. Ibarat bunga sakura yang gugur di musim salji. Tetiba terpesong jauh. 


*pause


Hobi aku memang suka menunggu orang. Dah lama aku tak buat hobi sebegini. Kali ni secara rela dan terpaksa. Tapi tak apa. Nura punya pasal aku sanggup tunggu. Dari perbualan pesanan ringkas semalam dia dah menunjukkan keinginannya yang melampau terhadap buku tu. Dan aku tahu kelampauan itu pasti dia tak sia-siakan begitu saja.


Waktu yang berdetik sedikit pun tak pedulikan aku yang dah berjam jam lama berdiri dan ada ketika aku terduduk keletihan dibawah tembok stesen monorel Bukit Bintang. Semangat aku masih kuat dan tebal lagi. Masih setia menunggu. Ada jugak aku cuba kol dan menghantar mesej. Tapi semuanya tak terbalas. Dalam hati aku berbisik perasaan yang kurang enak. Mungkin dia tak jadi datang berjumpa aku. Atau dia ada hal lain dan sengaja tak mahu bagitau kat aku. Aku buntu.


*pause


Sampai saja sini, aku terus menghala ke restoran yang terletak berhadapan dengan Times Square. Aaron, Nyny dan Aqmal antara yang selalu lepak situ. Seperti biasa, menu aku hanya air sirap ais. Pergi la lepak kedai mana pun aku tetap dengan air sirap ais. Pernah aku bergurau dengan pelayan restoran, "Tak black metal ar, kalau tak minum sirap". Terkukak kukik pelayan tu gelak dengan gurauan lucu aku.


Lepak punya lepak. Aku pun mengatur langkah beredar dari situ. Jam dah menunjukkan pukul 7:47 malam. Sesekali aku asyik membelek jam di paparan depan handfon. Walaupun baru seminit berlalu, aku terasa sangat lama menunggu. Dia cakap pukul 4 akan sampai. Tapi sekarang dah pukul berapa ni. Aku mula membuat konklusi sendiri. Mungkin waktu sebegini jalan sesak di tengah kotaraya. Buku dalam genggaman. Aku sabar. 


Lupakan saja Nura buat seketika.




|Didi.Andra

Makhluk Gorgon

Kau menangis
membentak marah ; sebak
tapi kau nangis lagi
nangis

aku minta

kau membelek
tubuh kecil itu
yang sebenarnya adalah makhluk gantungan
makhluk gorgon
tika malam menabiri
masa sunyi menyepi
sipi-sipi , ruang hati berpuisi

kau membelek
tubuh kecil itu

dia takkan bagi kau senyum
dia takkan bagi sedih kau hilang
cukup memberi kau keakraban
kala malam menabiri sipi-sipi
keluhan hati berpuisi

kau membelek-belek lagi
taktahu kenapa

dia makhluk gorgon

|Andika

Wednesday 3 October 2012

Malam Ini Aku Rasa

Perbicaraan antara aku dan dia tamat
Dia hilang
Ke dunia dia semula

Beberapa detik aku kosong
Guruh gempita di langit
Menjerit meriah tika ini
Leka seketika 
hingga ia jatuh ke bumi
Singgahsana diselimuti gelap cahaya
Kelam kabut di dalam

Ruang kembali cerah
Perut kembali gersang
Selera kembali merungut
Hanya megi jadi teman penganti
Teh O suam ku hirup 
Sedalam dalam perasaan
Ku amati saat saat manis ini
Takkan ku dapat pada hari esok
Mahupun lusa

Bila bersendirian ku rasai
Semua indah belaka datang
Bila bersama dua tiga
Aku rasa ia tidak sama

Malam ini aku rasa.



|Didi.Andra


Tuesday 2 October 2012

Ludah Diri Sendiri

Aku keluar rumah
Langkah demi langkah,

Aku lihat si batak
Mencari cari sekeliling sesak
Masih muda
Masih mentah
Merengek
Bergetah
Diam seribu bahasa
Tak terkata sepatah
Si jari hitam meraba celah,

Langit biru menjadi merah
Masuk ke rumah
Aku tatap cermin
Aku ludah
Aku lupa
Aku ludah diri sendiri.


|Didi.Andra

Tuhan-kah kita

Hati-hati si pemeri


Bicara pasal jodoh
Itu kerja Tuhan

Melangit cerca kau nanti
Bilang itu ini
Kau bilang itu janji
Kau bilang ini sejati

Akali realistik"

Bisik dalam-dalam
Biar syaitan pun tak dengar

Ini semua kerja Tuhan
Tuhan

Tuhan--

| Andika

Friday 28 September 2012

Mencintai Dosa/Kesemulajadian

Dengan sedikit kudrat
akal mengingat akhirat

Dosa dan kemabukan dunia

Pada hujung-hujung hayat
aku masih mencintai maksiat
tanggalkan butang pakaianmu
aku dan kau
saling mengagumi kesemulajadian

adakah itu masih salah --

| Andika

Thursday 27 September 2012

Tak Semua Kau

Semua kau nak kutuk
Semua kau nak kritik
Semua kau tak puas hati
Semua kau tak suka
Semua kau boleh
Semua kau bagus
Semua kau hebat
Semua kau bolot
Semua kau pijak
Semua kau babi butakan
Semua kau haram jadahkan
Semua kau porak perandakan

Tapi tak semua kau, kau adalah satu dikalangan semua.


|Didi.Andra

Monday 24 September 2012

Bukan Kawan Lagi

Fikir pasal kawan kawan pun aku nak sedih?
Buat apa aku nak sedih kan? 

Aku terkilan dengan perangai setengah manusia ni
Kawan kawan ramai yang hipokrit
Termasuk aku?
Aku pulak tersesat dalam dunia mereka
Aku nak keluar dari semua ni
Biar orang meluat aku
Tak mengapa

Bukan sengaja nak emosi 
Tapi aku tak boleh terima keadaan macam ni
Semua kira nak feeling cinta ja 
Brotherhood semua letak tepi 
Butoh!

Ada masa kita gembira
Ada masa kita kena ambil tahu masalah sekeliling 
Jangan nak pentingkan diri
Kepercayaan aku pada manusia sekeliling makin hilang 
Kalau mereka rasa aku pun tak boleh dipercayai 
Tak mengapa
Kita sama dan aku berambus.


| Didi.Andra

SUKA

Aku suka kau
mungkin tak bermaksud
aku perlu
cintakan ; kau

Kita terlalu muda
untuk menafsir semua

Gadisberlitupkelabu


|Andika



Wednesday 19 September 2012

Monolog Hujung Malam 1


#Minit-minit rompong , tubuh halus lekas merajai sarira ini dengan keluhan paling lemas .
Aku tak merisak nafas-nafas kalian . Bebaslah . Tapi adakah aku salah menjiwai tulisan aku sendiri . Ini saja Tuhan beri aku .

#Yg pernah mati , tolong beritahu aku . Apa pandangan kalian tentang aku dan mereka ini .
Kenapa dunia kita selalu ada beza . Hanya dengan beberapa darjat , ideologi dan kedewasaan . Sebenarnya salah siapa

#Sedikit kurnia Tuhan , aku memijak dunia mereka . Langsung , aku tak layak . Kemudian aku balik semula di sudut paling pencil itu . Perhati

#Mereka rata-rata penuh dengan keriangan , rakan duniamati . Dan paling hujung itu ; aku . Tetap dicerca walau lama bertongkat mentari .

#Ruang kecil ini, aku harap ada kabus yg pisahkan dengan mereka . Bukan anti-sosialis . Mereka terlalu hebat hendak dikira banding dengan aku

#Dunia ini memang untuk kita . Untuk kau , aku dan mereka itu . Sebab itu aku pilih paling hujung . Nampaknya aku masih ada ruang kecil .

#Kalau-pun aku ini menjengkelkan di mata mereka . Aku tetap berusaha untuk berdiri sebaiknya . Walau terasing di pencil .

#Kalau-pun aku mahu merentap jiwa lusuhnya . Itu semua perlu ada logika .
Perlahan . Aku kayuh untuk sampai ke mimpi kau . Terlalu sesak dengan mereka . Nah , ini dia untuk kau . Kau saja .

#Kemudian masa , dia akan buta dengan jiwanya bermata satu .

#Similariti . Kita semua . Tapi ironinya , ada masa kita di tengah-tengah minoriti .

#Susuk tubuh tanpa apa-pun . Bernaluri-kan cinta dan aman dunia . Bicara yg kabur , tulisan yg pekat . Itu sahaja aku ada .

#Berasal dari longgokan emosi pedih dan perih . Tapi dia masih layak untuk tersenyum . Kalaupun dua-nya .

#Rasanya berjaya ke kalau aku cuba yakinkan diri bahwa ruang itu perlu wujud atas suka sama suka . Semua itu masih kelabu .

#Sebenarnya mengeluh tiba malam ini , aku cuba reka satu ruang . Isolasi-kan semalam dan hari ini .

#Dan sampai malam ini , aku masih lagi menggantung origami biru pada langit . Kekal bersebelahan bintang .

| Andika


Berteleku

Kini di lembaran baharu, aku menukil lagi, sisa yang tertinggal, di persembunyian rindu. Apakah kita yakin segalanya telah pergi? Begi...