Wednesday 30 January 2013

Machiavellianisme.

"Awak ada tunggakan RM1500 ni, tak boleh daftar sebab kami tak expect awak akan extend , atleast limapuluhpersen kena settle sekarang " lebih kurang begitu bunyinya . Toleransi ?


Agaknya begini cara yg diterapkan kapitalis kepada bawahan mereka, menekan  orang macam aku. Senang kata, pabila pendidikan jadi bahan-niaga, mudah didagang, siapa mampu siapa mau ilmu, kasi sana kertas ilusi angka. Pernahkah mereka tahu latar payahnya pelajar macam aku, risaunya aku pada dua tua-ku. Mereka tak ambil kisah, asalkan sistem barter ini mendapat pulangannya. Kaedah yg digunapakai oportunis.

Balik-balik ke rumah, aku hentikan duduk pada sandaran dinding. Mungkin, rezeki aku bukan ditentukan di sini. Beban ini tak mau aku jangkitkan pada orangtua ku. Baiklah, aku telan dalam-dalam, aku tekad. Aku tak mau tunduk pada sistem ini. Berhentilah, sampai sini mungkin  pengejaran graduasi. Aku tarik diri , moga ke menara kawan semua.

Ilmu tidak semestinya di institusi, institusi adalah sistem kapitalis. Kita mangsanya --

| M Rafi San

Monday 28 January 2013

Cerita dia

Kalau nama itu aku tiup-kan ke udara, pasti nyaman, nyah-ruwat dilegar jiwa, kadang-kadang telatahnya, menukang senyum , yaa , aku mengukirnya.

Dia lakonkan dirinya seperti wanita egois, berpendirian dan diusiknya pantang, lantang soalnya nanti. Dalam-dalam, kau ada kepingan hati yg nipis. Baiklah, itu bukan delusi yg cuba di-bawa-kan. Aku mau tuturkan sebaik-baik ucapan,

 Selamat hari lahir ya

" terus aman dalam usia yg panjang dan tempuh matang dalam melawan usianya ".



maaf lain, jiwa terlalu bugar malam ini.

|Andika

Lolipop


kala tangan kanan memberi ; dirai dengan hati

Saturday 26 January 2013

Ju-wi-ta , ku

Boleh aku tahu , bila aku berdiri keras menghala kau, apa tafsiran mata kau, apa sekadar jasad yg kosong, apa hanya batang tubuh yg tak terisi rohnya. Apa ?

Dan adakah bila hati aku cuba menyentuh hati kau, langsung tiada bunyi , langsung tiada warna, langsung tidak menyapa, dan adakah spora yg aku tabur bikin kau senyum itu sekadar sihir sementara ataupun kau tak lut akan pemberian aku. Minta-minta pemberian 'masa' yg aku pinjam dari Tuhan, mampu dihitung kau kemudian. Moga laksana, kita jumpa lagi sang juita.


| M Rafi San

Friday 25 January 2013

Lelah

Diri boleh rosak, terlampau lama berduka, terlalu lama statik dengan cerita, cerita lama, mengurung jiwa dalam medan malam yg panjang, habis setia kau telanjang, hujungnya bukan seperti kau rancang. Hampir duatahun tak tentu arah, semua salah, salah dan berbalah salah, kemudian kau lelah, sampai bila mau akur belum tewas, mengejar yg bukan lagi was-was, jangan tak kira hala kau buas. Sudahlah, orang itu sudah bahagia, sudah ke syurga, kau itu realiti di dunia. Ayuh, lupakan ya --


| M Rafi San

Thursday 24 January 2013

tulis aku suka-setuju sendiri


puas ?
kadang-kadang tak
ada masa berpura ya
apa dia ? - menulis

aku menulis/menaip
setuju utk diri aku saja
bukan nak gah
nak tunjuk megah
siapa di kalangan , orang-orang
dia lagi, nah !

Tuhan itu bagi kelebihan setiap satu orang
ada minat sama, tapi bakat itu beda

benar, kadang irihati
celaka , hebatnya dia berpuisi
oh penulis

kita ? cuma puaskan diri
tak apa lah
cuba cari maksima sendiri
biarpun tak jadi cita
biarpun tak menjadi kalam , kitab
macam kau orang
tak apa, tak apa
rezeki kau, aku sanjung
sekurangnya kau lebih hebat daripada aku
memang aku cemburu

tapi aku belajar untuk diri sendiri
semuanya untuk diri aku

kita lain-lain
jalan hidup lain-lain
menjadi orang biasa pun tak apa

|Andika

Wednesday 23 January 2013

Pengacau

Cukup-cukuplah kacau awek orang
dia bukan barang
awak nak sailang

macam tak pernah ada awek

ya, aku merujuk pasal kelemahan aku
atau kebodohan ?

|Andika

Tuesday 22 January 2013

Singkir emosi


seperti
langit mendesah
nyuruh aku cepat-cepat
cabut gelisah
sebelum pekat

sepasang melihat ini
aku racuni
menyebal cair suci ; kelabu

hujung sekali
baring menyebelahi angin
dilabuh jendela besi
bertabrakan isi-dingin
dilempar luar kiri
diroboh semua ingin

hidup seorang di sini melawan susah
memang sukar --

- daerah tanpa 'manusia'

|Andika

Saturday 19 January 2013

Macam dah gelap masadepan

Bernyawa 
kaki, tangan, mata 
badan pun sempurna

tapi 
rasa malas nak mula
perjalanan masa
bedebahnya


***

" fikirkan tentang keluarga "

bukan tak pernah membentak jiwa, berkali pukul hati, tak juga nak berubah, aku.
masa ni, aku cuma mau satu pelukan. santun magis atau sekurangnya semangat percuma sekalipun ucap nista.
sedikit terpesong dalam melilau punca hidup ; masa depan.


|Andika

Tuesday 15 January 2013

Tangis

lapan puluh kali 
wanita 
habiskan air mata 
dalam hidup dia
lelaki 
lebih tenang 
hanya tiga kali
sahaja.



|Didi.Andra

Jajah

tanya 
dalam bahasa melayu
dia jawab 
bahasa inggeris
tanya 
dalam bahasa melayu
dia jawab 
bahasa inggeris
british jajah Tanah Melayu 
sama otak dia
habis.



|Didi.Andra

Monday 14 January 2013

Koma

tersentak dia satu perasaan
terlantar kaku di katil kritikal
bertarung nyawa secebis harapan
walau masih ada sejengkal.

21 Disember 2012



|Didi.Andra

Kemanusiaan

setiap bait-bait kata
mengaku manusia
walaupun sehingga hujung dunia
cuma jenis tidak serupa
kemanusiaan langsung tiada.



|Didi.Andra

Pemekap Seribu

aku rela menghormati 
seorang wanita 
murahan 
bukan wanita 
si pemekap seribu 
macam kau.



|Didi.Andra

Hati

ikut kata hati 
akan jadi mati
dan kau lagi mati 
semati-matinya
kalau tanpa hati.


|Didi.Andra

Saturday 12 January 2013

Us-start

kau pun sesat
aku bukanlah seorang ustaz
cuma diri mulia aku baru nak start.



|Didi.Andra

Duri

kecewa 
kesal 
sedih 
berduri
kisah melayu moden 
berkepala anjing
lalai 
leka 
laga 
agama sendiri
biar saja 
dipijak 
dihentam
diharamjadah-kan.



|Didi.Andra

Durjana

kononnya berbicara 
mahu memperjuangkan 
agama sendiri
walhal propaganda 
dusta 
celaka
lantang 
di muka bumi
lakonan munafik 
si polan durjana.


|Didi.Andra

Anak Syaitan

tuhan sengaja 
wujudkan 
di-mana seorang makhluk 
bangsa ini 
yang paling 
mengaku Islam 
pada zahir-nya
walhal berhati syaitan
beranak-pinak 
melekat 
pada hati-nya



|Didi.Andra

Selamat Malam Idola

menjadi idola itu 
hanya layak pada yang berakhlak mulia
bukan yang berjaya 
walhal bermuka-muka
membabi buta.



|Didi.Andra

Kampung Jahiliyah

aku bermimpi 
menetap 
di satu kampung
dimana penduduk disitu 
semuanya jahil agama
bila aku cakap 
perkara yang benar
mereka bergelak tawa.



|Didi.Andra

Sakit Hati

kau baik hati
selalu di-dajali
tak usah berdampingan lagi
terus pergi
puas hati
tenang hati
lebih bererti.



|Didi.Andra

Gagal Diri

bunuh diri 
semata-mata 
kerana teman lelaki 
sama seperti 
bunuh diri 
kerana gagal 
exam bahasa jawi.

p/s : Allah tak pernah suruh bunuh diri, yang ada hanya korbankan diri.



|Didi.Andra

Tunding Jari

satu jari 
tunding pada orang lain 
tiga jari lagi 
akan tunding ke diri sendiri 
adalah lebih baik 
menunding jari 
ke kepala sendiri.



|Didi.Andra

Jumaat

awal pagi tadi 
aku terbunuh lalat
lepas itu 
aku terminum teh kelat
sekarang 
rendang ayam aku nak sebat
moga-moga 
kusyuk bila solat Jumaat.

4 Januari 2013



|Didi.Andra

Pahit

sudah lah hidup ini pahit 
ditambah pulak 
dengan kopi ais yang pahit
memang buqhit sikit.



|Didi.Andra

Buku

buku yang tebal 
tak bererti ilmu-nya juga tebal
sedangkan muqaddam 
yang nipis itu paling hebat. 

p/s : Jangan terlepas pandang pada ilmu dalam buku nipis.



|Didi.Andra

Bukan Pelacur

jangan sesekali 
kau lacurkan agama 
sepertimana kau pernah 
lacurkan sahabat-sahabat.



|Didi.Andra

Seribu Satu Kelu Bersatu

otak 
bukan seribu
jari 
bukan satu
lidah
jangan kelu
jiwa 
harus bersatu.



|Didi.Andra

Friday 11 January 2013

Hakiki

Tertanya " agak-agak ada sedikit rasa diselaput jiwa kau untuk aku ? sedikitpun ? "
jawabnya ringkas, entah.


kebetulan soal tadi berupa token akhir utk sms berkenaan
dekat situ Tuhan dah bagi realiti.

| Andika

Thursday 10 January 2013

Tiba masa

Buat masa sekarang aku cuma ada diri sendiri
orang lain dah lama tepi 

semalam aku ada bual dengan satu kawan
dewasanya lebih depan

"actually aku dah kurang berkawan dah kat sini, jumpa kawan-kawan kadang tak bertegur, boring laa " - aku
"maybe dah time move on, perlukan enviroment baru, orang-orang baru, untuk perubahan" - Jezz

| Andika

Wednesday 9 January 2013

Ruang diri sendiri

Mementik
satu dua baris aksara-durja

di sebelah sini aku dilulus jujur
menukil kelong bukan sakti
cuma longkang ludahan diri

bagi aku ruang untuk perasaan yg halau

| Andika

Tuesday 8 January 2013

Kalah mengelak

dakwa lah aku sekira apapun
tak mau lah aku jadi apinya
khuatiri

kau kawan aku
tapi kau perempuan orang

tak elok kan

| Andika

Thursday 3 January 2013

Tak apa , aku okay

kawan,
jangan tipu

kita-kita di sini
kerap percaya hidup itu karma
yg lemah itu ada kuatnya
yg gah itu ada termakan goda

sama ada kita diperguna
atau memperguna

tolong pilih aku yg mana

***

aku titikkan nafas hujungku longlai
selesai senggama akal
memijak lama-lama cerita

menjadi terlalu baikhati
bikin hati makin lemah

sedang-kan
nama aku langsung tak terpena
kita-kita itu hanya kau-orang sahaja
aku tak ada

'kawan'

aku dah lama ingkar


***

tak apa.



| Andika

Berteleku

Kini di lembaran baharu, aku menukil lagi, sisa yang tertinggal, di persembunyian rindu. Apakah kita yakin segalanya telah pergi? Begi...