Sunday 31 March 2013

Cinta Mati

mati
terpaling hampir
kau tahu
tapi kau 
tak pernah rasa

cinta
terpaling hampir
kau tahu
tapi kau
terlebih rasa

aku
terpaling jauh
aku tahu
tapi kau
tak pernah hampir

aku kau adalah cinta mati
cinta
mati
aku
adalah
kau.



|Didi.Andra

Cinta adalah hormati


Terkerap sibuk dengan haluanisasi dunia. Jadi, kesempatan nak menukil tu tipis. Nampak sangat aku terlalu amatur kan. Tapi di sini, aku ada perkongsian. Video ni, lagu ni di-bagi dengar oleh sorang kak ni ha. Aku gelar dia "kak Sarajevo" . Dia lah pencetus aku mendengar, melihat perspektif unik daripada MV ni.

Okaylah. Ketepikan pemikiran skeptikal tu, dan cuba letak diri sepertinya. Lupakan hal wajah, pertikaian mengapa dia begitu, persoalkan kewujudan sepertinya. Tolong iya-kan kebarangkali itu. Kesedihan yg dia tanggung seorang. Kesunyian hidup dalam 'kotak'. Ruang sosialiti yg ada terlalu kecil. Dia tetap meneruskannya sebagai yg percaya pada dirinya.

Soal berbalik pada diri aku sendiri. Aku paling percaya hormat adalah 'cinta' paling agung utk kita semua manusiawi. Tak kisahlah sebarang apapun ideologi yg kau bawa. Cumanya, kau juga harus memberi cinta. Kesempatan yg ada di kerealitian,  Ada memberi, ada menerima. Indah bukan ? Bagi aku sendiri, aku lebih berdiam. Kita taktahu latarbelakang orangnya seperti mana, apa pertarungan hidupnya, apa yg ditakutinya, apa kehilangan yg pernah dirasa-nya. Berfikir begitulah. Setiap kita ada sejarahnya, keaiban sendiri. Maka apa salahnya, kita saling memberi-menerima cinta.

Setiap daripada kita berhak mencinta dan dicinta ( saling menghormati )

Devil's Place

Assalamualaikum kepada kepada semua pengintai blog yang paling femes di dunia.

Semalam iaitu bertarikh 30 Mac 2013 bersamaan hari Sabtu yang cuaca dia hujan kemain lebat. Tak kasi can langsung ke aku nak keluar bersiar-siar awal di petang hari. Kau orang tau ke apa aku nak kasi tau ni? tak tau kan?. Kau orang relax, kau orang relax. 

Sebuah syarikat penerbitan buku paling femes abad ini, FIXI dengan senang hati mengadakan satu re-launching untuk novel "Devil's Place" yang ditulis oleh lelaki berkulit hitam manis separa seksi, Brian Gomez (juga penulis cerpen "Mud" dalam buku KL Noir:Red). Acara ni dibuat di kedai buku Kinokuniya KLCC. 

Jam dah pukul 4 petang, bagi aku ini waktu pagi bagi orang yang bercuti pada hari sabtu. Lepas bangun ja dari tidur, aku terus online twitter kejap. Nak usha apa mensi terbaru kat profil twitter aku; takda mensi langsung. Dengan perasaan penuh lapang dada dan masa itu bukan la emas bagi aku, aku scroll ja timeline dari atas sampai ke bawah. Aku scroll, aku scroll. Tetiba nampak satu tuit, 
"KLCC mana tempat makan best?" dari Shafiz Mahmood (penulis cerpen "Adam" dalam buku antologi Dajjal"). 
Aku balas, "foodcourt menara maxis, wantan mee kat situ sedap."
"jom bro. Haha"
"sekarang ke?"
"around 9 maybe. Aku pergi kino dulu."
"sama lah. aku pun ke situ jugak. dm no fon. japg jumpak kat kino"

So, siap saja mandi aku terus bersiap. Sementara nak tunggu hujan reda sikit, aku sempat layan lagu Sean Lennon - Parachute. Dua tiga kali jugak la ulang lagu yang sama. 

Sebelum keluar rumah, aku tuit "Out to #DevilsPlace novel re-launching at Kinokuniya KLCC. Bye !".

Tepat pukul 7:51pm aku berdiri dengan bergaya depan pintu Kinokuniya KLCC. Keluarkan handfon dari kocek seluar. Ingatkan nak mesej Hafiz kejap. Nak tanya dia kat mana. Memandangkan baki kredit pun macam cukup makan ja, aku masuk ja jenjalan dalam kedai buku tu. Kot-kot terserempak. Jimat sikit. 

Aku masuk dalam Kinokuniya. Pusing semua kawasan dalam tu. Kemudian patah balik ke depan; tempat acara diadakan. Nampak Amir Muhammad, Brian Gomez dengan beberapa lagi penulis buku KL Noir:Red. Dia orang duduk sambil bersembang gelak-gelak. Entah apa yang disembang aku pun tak tau. Aku berdiri tepi rak sambil mencari-cari Hafiz. Tak lama lepas tu muncul depan mata. Muka suci, teruna pilihan mak ikan, dia senyum ke arah aku. Aku salam tangan sebelum sembang-sembang kecil.

(Devil's Place re-launching novel berlangsung)
(Aku beli novel Devil's Place dan Brian Gomez autograf atas buku tu)

Perut aku lapaq, perut aku lapaq. Aku dengan Hafiz lepak makan kat foodcourt area Menara Maxis. Kedarah nasi kerabu Kelantan. Minum pulak milo ais. Punya la kenyang macam setan. 

Bosan jenjalan dalam Suria KLCC, kami turun dan keluar lepak depan tasik kat KLCC Park. Ramai pulak lepak situ. Semata-mata nak tengok air pancut kaler-maler yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia tu. 
Sambil lepak, sambil berborak kosong, Hafiz tunjukkan aku aplikasi Keek yang baru di-muat turun. Dia rakam satu video pendek: http://www.keek.com/!pvA6bab . Video ini sebenarnya adalah video pekenalan kami secara face-to-face. Sebelum ni aku hanya kenal dia melalui buku antologi Dajjal dan lama Twitter saja. Kali ni lepak sekali, memang sekepala jugak la. 

Jam dah menunjukkan pukul 10pm. Orang putih cakap, masa telah pun menjeleskan kita. Dia pun dah nak balik katanya. Sebab tinggal di asrama tak boleh masuk lambat. Aku pun okay ja. Kami berpisah bersaksikan pintu depan Suria KLCC. Dia buat hala tuju sendiri, begitu jugak aku. Jumpak lagi weh!. Tamat.



Devil's Place by Brian Gomez




|Didi.Andra

Wednesday 27 March 2013

Pagi

selamat pagi
tidur-ku bakal diselimuti 
bias-bias cahaya
dingin-dingin embun 
meresap melepasi kaca
bai bai bai.



|Didi.Andra

Otep: Si Budak Jujur

"Awas! Kisah ini adalah benar diambil di tuit-tuitan di laman Twitter @xdidiandrax"


Ajai dan Mona ada seorang anak laki. Hasil dating pada malam setahun yang lepas. Kalau tak silap; Valentine Day. Yang hari kapel-kapel tu


Setahun yang lepas, Ajai dan Mona lepak kat Zoo Negara. Nak jauh punya pasal. Ajai bawa Mona dating ke zoo. Katanya takmau tiru bebudak muda


Dengan perasaan yang bajet-bajet matang, Ajai bawa Mona ke zoo. Depa naik basikal bmx, hasil rompakan nenek tua yang sedang lepak di Pavi


Sambil muka senyum unta, Ajai mengayuh basikal bmx. Mona duduk atas handel depan. Berlatar-belakangkan nenek tua sedang berlari anak


Akhirnya, depa sampai di zoo. Setelah 3 hari penat mengayuh basikal bmx milik nenek tua yang diberi nama Nadia Natasha Binti Abdul Kasman


Nenek tua yang nama Nadia Natasha Binti Abdul Kasman?. Secara peribadi, dia adalah bekas juara tipu merentas desa peringkat Sekinchan 1961


Semasa acara berlangsung, Nadia Natasha disyaki menumpang seorang petani sehingga ke garisan penamat dan terus menjadi juara tipu bermaruah


So, impak semasa tua, nenek ni hanya mampu berlari anak. Sebab masa muda asyik tipu dalam acara merentas desa. Padan dengan muka buruk dia


Back to cerita Ajai dan Mona. Depa dah sampai zoo. Mona suruh Ajai beli map Kuala Lumpur; takut sesat dalam zoo. Ajai ikut sebab dia bengap


Bila dah beli map Kuala Lumpur, depa berdiri menghadap kiblat. Menurut Mona, kalau sesat, percaya-lah pada kiblat. Ajai pun ikut, dia kan...


Seperti pasangan kapel yang lain, depa lompat katak berpelukan sekitar zoo. Ini akan menambah kemesraan antara pasangan yang kapel. Betul !


Pusing punya pusing, tetiba hujan lebat turun. Ajai dan Mona berlari macam filem hindustan masuk ke kandang tapir. Terkesima tapir sekejap


Tapir tu apa lagi, kau ingat dia nak tengok saja?. Dengan kuasa bulan, tapir tu terus terajang Ajai dan Mona. Ajai jatuh, Mona senak perut


Ajai geram. Muka dia merah menyala. Boleh buat lampu suluh. Melihat Mona menangis, Ajai terus terajang balik tapir tadi sampai mampus


Ajai ni nampak macam kejam, sebenarnya dia pondan. Kerana sayang, dia sanggup buat apa saja, termasuk membunuh binatang. Memang binatang~


Seperti pepatah melayu sebelum World cup, "Biar pondan, asalkan bermaruah". Begitulah dengan Ajai, takkan dia nak mengalah dengan tapir?


Memandangkan Mona masih terbaring senak perut, Ajai dukung ke satu lagi kandang; kadang harimau malaya. Ajai bangga dapat masuk kandang ni


Ajai masuk kandang harimau pelan-pelan. Jalan gaya pencuri hati wanita. Seriau harimau sedar. Ajai mula mengesot gaya ikan duyung


Semangat Ajai mula mengganas macam harimau, bila tengok badan Mona yang tak seksi tu. Harimau dicekik. Mereka mula melucah 8 kali malam tu


Maghrib berganti maghrib, subuh berganti subuh, syuruk berganti syuruk. Setahun berlalu bergitu saja. Seorang bayi dilahirkan, Otep Bin Ajai


Otep Bin Ajai atau nama fesbuk dia Remy. Seorang budak baik, ikhlas, sedar diri, bukan pencuri, jarang online. Yang penting jujur


Semasa Otep umur 7 tahun, bapak dia hantar ke sekolah rendah. Rendah sangat sekolah tu; 1 tingkat ja. Dia pun tak tahu sebab apa. Bodoh lagi


Dalam kelas, Otep tak habis-habis tanya soalan yang sama, "Cikgu, awat sekolah ni rendah?". Sepuluh ratus kali tanya. Kaki sampai ke muka


Dengan muka senyum paling ikhlas, Otep tanya lagi, "Cikgu pernah rasa kaki bapak saya tak? Ramai yang mati sebelum ni". Cikgu on twitter


Takut dengan ugutan Otep, cikgu terus log in twitter. Dia update status, "Murid-murid aku sorang ni perangai macam buqhit. Hepi betul :)"


Malangnya Otep tak dapat reply status twitter cikgu dia. Lupa bawa laptop. Otep pendam. Cikgu dia puas hati dapat lepas geram di twitter


Bagaikan pak arab menyundal, Otep genggam tangan kuat-kuat. Berdiri atas meja. Backflip dan DUSHHHH!. Terus tumbuk muka cikgu macam Naruto


Terkena penangan Otep, cikgu Lily tersungkur ke lantai. Gigi palsu yang baru beli semalam turut bertaburan di lantai simen kelas 1 Power


Dalam kelas 1 Power ni semua murid-murid ada kuasa power. Tapi Otep dikurniakan power yang power. Itupun diwarisi oleh bapak dia yang power


Selepas kematian cikgu Lily, Otep minta izin kedua ibu bapa dia. Katanya, "Dear my lovely parents, aku rasa nak pi travel la". Sopan betul


Setelah di-izinkan. Bermula saat ini, Otep akan travel ke suatu tempat yang jauh. Demi mencari seorang guru yang mengamalkan ilmu khurafat


Jauh, terlalu jauh Otep berjalan. Walaupun ada bas, KTM, flight. skateboard dan sampan. Otep tetap berjalan kaki. Katanya "Lantak aku lah!"


Boleh tahan jugak kesopanan Otep ni. Aku ingat dia ni biadab, rupanya sopan sangat. Tahun demi tahun, Otep mengembara. Akhirnya sampai jugak


Bukit Bintang; suatu kawasan pendalaman yang suram. Bebukit-bukau. Terdapat satu pohon pisang dicelahan pokok kelapa. Aneh tapi benar


Otep letih. Dia duduk berehat di Starbucks. "Pishang betul kat sini". Tetiba ada lalat belasah siput. Lalu Otep namakan tempat ini Kelantan


Di Kelantan, Otep terjumpa dengan seorang gadis sunti. Menurut name tag yang dipakai, tertulis "Siti Wan Kembe". Cool jugak nama makwe ni


Tapi gadis tu menafikan. Bukan name tag kepunyaan dia. Ini milik kakak-nya. Dia terpaksa curi sekejap, gara-gara lewat ke sekolah


Akibat penipuan besar ini, Otep bengang. Dengan satu hayunan pisau dapur, kepala gadis tadi putus. Terpancut darah melimpah ke ladang gandum


Ladang gandum yang dipenuhi dengan limpahan darah, bertukar menjadi koko krunch. Otep, ambil sedikit untuk bekalan ke tempat lain pulak


Perjalanan tetap diteruskan, Otep menyanyi lagu Maher Zain dalam hujan lebat. Dia sedar takda sapa nak dengar. Tapi ada dia kesah?


Otep tiba di suatu pulau kecil. Terdapat menara berkembar macam KLCC. Ada bangla. Otep fikir sejenak. Lalu dia namakan tempat ini Penang


Di Penang, Otep lepak warung tepi jalan. Seorang mamak mai ambik order. "Nasi kandaq ada?". "Tarak la". Esok hari, nasi kandar tercipta


Ketika nasi kandar tercipta, seluruh rakyat Penang berbangga. Depa hadiahkan sebuah feri kepada Otep. Tapi dia menolak. Katanya, "Its okay"


Sebelum blah dari Penang, Otep dihalang oleh seorang laki. Muka dia macam Piee. Otep bengang. Awan mula bertukar kaler kelabu tahi gajah.


Hujan di Kelantan mula membanjiri Penang. Oleh kerana ditegur Piee, cuaca terus berubah. Otep capai pistol dari mamak, lantas menembak Piee!


Keting !!!. Bunyi peluru tersasar ke ekzos beca. Superman atau nama betul dia, Superman Bin Halim. Kini berdiri gagah dihadapan Otep. Jeda.


Terkelu Otep. "Tadi hang rasa hebat sangat, awat la ni kecut teloq pulak. Celaka!". Ujar hati Otep pelan-pelan dalam bahasa utara


Otep diam selama sejam. Sementara itu, Superman dan mamak sedang lepak layan game FIFA13. Result-nya, mamak menang. Itupun sebab depa home


Otep sentap dengan tindakan hina ini, dia terus menangis. Mula nak givap. Otep angkat tangan kanan ke langit, "Aku nak terkencing sat~"


Otep berlari sepantas kilat ke tandas. Terlanggar meja dan kerusi kayu; Otep jatuh. Bangun semula. Melompat masuk dalam lubang jamban. Lega


Dalam tandas, ada seorang budak kecik sedang tidur. Otep telah membuat dia terkejut, lalu budak itu menikam perut Otep dengan buluh runcing


Otep sempat mengelak, tapi sungguh malang. Otep tergelincir masuk ke dalam sinki seluas Tasik Kenyir. Otep tak reti berenang. Mati lemas


Berita kematian Otep mendapat liputan media massa seperti; RTM4, Disney Channel, Warta Petang, BBC dan Bloomberg. Seluruh dunia gembira :)


Setelah mendapat arahan kerajaan Russia, mayat Otep dihantar ke Hospital Ipoh untuk dibedah siasat. Dan ditanam di Rembau, Negeri Sembilan


Semasa majlis pengebumian, kelihatan ramai member datang kutip hutang. Slash, Majid Khamis, Oliver Sykes, Chris Jericho serta Nicki Minaj


Tapi kutipan hutang tak dapat dijalankan. Mak bapak Otep lari dari semua hal ini. Ada yang cakap depa lari ke sebuah pulau di Kedah. Tamat.




|Didi.Andra

Sunday 24 March 2013

Kala Hujan


Selesai saja makan, segera aku menaik tangga ke tingkat atas rumah menuju ke kamar sendiri ; sebuah bilik empat segi tidak persegi.

Di luar, tetes-tetes deraian segera berkecai melanggar sekaligus membagi pesona dan kerinduan. Pergolakan di luar juga, adalah sebegitu panjang tidak kesampaian. Akhirnya kau menujah (hujan) , bagi kesempatan (simpati) buat aku. Aku cuba menghayati, merapati kehujanan di luar sana. Mencegat di depan tingkap, menyingkap, tolak langsir ke tepi dan renung jauh-jauh mulai dari dekat. Ada besi, penghalang besi sebelum tingkap dan hujan-hujan di luar masih menderu, ianya cukup cam hati aku yg tipu.

Rasa seperti terperangkap atau memang aku sendiri menjerat diri ke bilik ini. Bilik ini semakin menjadi-jadi. Tambahan malam ini, di luar adalah sebuah penyingkapan. Sama. Terperangkap di sini, di jendela besi ini, kian aku melengung ke luar, sama seperti kehidupan aku sendiri yg aku telah kurungkan. Mengurung segala emosi-pilu, kehidupan semalam yg cuba aku sembunyikan dalam pekat hujan ini. Persoalannya, adakah simpati malam ini di luar itu, reti menghapus segalanya ?

Langit, seolah-olah mendiamkan diri. Kelam berwarna kelam. Selapang-lapangnya, seluas-luasnya. Adakah sama seperti sosokan dada ini ? Kalau-lah. Tercegat lagi dengan seketika, waktu berhenti. Nampaknya, hujan di luar memberi efek-emosi, tentang di luar apatah lagi dalam. Membagi rasa-rasa yg tak pernah pergi. Aku masih terperangkap. Mengurung diri di sebalik jendela besi, mengurung isi-hati. Aku sendiri tak pernah tahu apa lagi di dalamnya. Kabur. Atau memang aku sendiri, paling sendiri, tak berani meluahkannya. Sebab juga mungkin, ianya seakan membunuh jiwa sendiri. 

Sudahlah, aku meninggalkan jendela besi. Merela pembaringan ke atas tilam. Ah, menghempas lelah semuanya. Aku belum mau tidur, belum sedia lelap. Tapi mau sebolehnya pejam mata, dan lepaskan semula kesembunyian tadi beransur pergi. Secepatnya-sebelum aku, 'rindu-kan' .

|Andika

Saturday 23 March 2013

Ulangtahun

24 Merit setiap tahun
ia berulangan

aku berdiri
menghadap sepotong kek
sebatang pacakan lilin
satu tiupan
menghembus selerak kepulan
senyum

aku bersila
menghadap Tuhan-ku
sepohon doa iringan
satu ucapan
mengalirkan sederai air mata
syukur.

24 Merit setiap tahun
ia berulangan.



|Didi.Andra

Friday 22 March 2013

Nenek Hip-Hop Dilamar Budak Tadika Kemas


"Awas! Kisah ini adalah benar diambil di tuit-tuitan di laman Twitter @xdidiandrax"

Brader Leplep punya story dah tamat. Turn aku pulak sambung kisah pasal nenek hip-hop dilamar budak tadika kemas.

Kisah ni bermula di sebuah pekan kecil di selatan Kuala Lumpur. Tinggal seorang budak bersama abangnya. Budak ni kecik macam seorang budak.

Budak ni nama Atoi. Arwah kakak dia sengaja kasi nama macam ni. Bukan mak bapak kasi tapi kakak yang kasi. Dia pendek macam budak tadika.

Pada suatu subuh, Atoi keluar lepak tepi perigi. Katanya nak mandi sebelum ke tadika. Dulu tadika start lepas subuh. Pastu balik pukul 10.

Lama jugak Atoi duduk termenung tepi perigi. Mengantuk agaknya. Hampir-hampir dia nak terjatuh ke dalam perigi. Nasib sempat sedar diri.

Dekat tadika kemas, Atoi murid yang paling biadab. Ramai kengkawan sayang Atoi. Termasuk Cikgu Ramlah yang setia melayan kerenah Atoi.

Satu rahsia yang ramai orang tak tahu. Atoi pernah berduet dengan Radiohead dalam lagu Kenangan Dulu. Terus hit dalam carta Billboard USA.

Abang Atoi nama Asrap. Entah la sapa yang kasi nama tu. Menurut sejarah, nama tu diambil sempena seorang raja yang duduk di bawah pokok oren.

Asrap ni berlainan sikit dari Atoi. Dia lebih gemar bidang pertanian. Cakap ja pasal sayur, buah-buahan, piagam kebangsaan, semua dia tahu.

Pernah Asrap nyaris disogok oleh YB Ayob. Dia suruh Asrap jual tanah pusaka dengan harga 8 juta. Tapi Asrap takmau. Dia pasang earphone.

Persamaan Atoi dengan Asrap adalah dua-dua biadab. Kelebihan ini diorang guna sebagai pengeras. Tak semua orang ada kelebihan murni macam ni.

Satu lagi rahsia besar pasal Asrap. Dia pernah mengorat Lisa Surihana di twitter. Tapi gagal selepas Pauziah Kassim berjaya menambat hatinya.

Pauziah Kassim seorang makwe. Rupa dia macam perempuan. Dulu dia memang cantik. Bulu mata lentik. Badan solid. Cuma kendur tu biasa la kan.

Pauziah ni rapat dengan Asrap. Lepak bersama, makan bersama, main PS3 bersama, malah berak nak bersama. Boleh dikatakan everyday bersama.

Malam ni Pauziah tidur di rumah Atoi. Sebab rumah dia blackout. Tak bayar bil api. Pauziah tidur kat ruang tamu ja. Asrap tidur dalam toilet.

Asrap terlentang dalam toilet sebab malam tu dia overdose. Mabuk todi. Atoi dalam bilik. Masih tak boleh tidur. Terbayangkan badan Pauziah.

Atoi rasa dia kena buat something. Takkan nak biarkan napsu tersiksa?. Tak boleh. Ini tak boleh jadi. Atoi terus mengintai di celah pintu.

Atoi nampak Pauziah sedang tidur mati. Dalam keadaan yang sepi, Atoi terperasan satu objek misteri dipelukan Pauziah. Teddy bear rupanya.

Meremang jugak bulu Atoi. Dia fikir Asrap kena sumpah jadi kecik. Kalau tak, Atoi nak call mintak tolong Sarip (member lama kat oversea).

Atoi buka pintu seslow. Atoi jalan ke arah Pauziah. Telan air liur kejap. Atoi jalan lagi. Tetiba terbeliak mata Atoi tengok badan Pauziah.

Dekat baju Pauziah bahagian atas pusat tertera ayat "I'm Swag Habis!". Atoi apa lagi, terus jatuh cinta sama Pauziah. Walaupun dia tak faham.

Atoi tak faham ayat tu. Di tadika kemas, cikgu Ramlah tak ajar lagi bahasa omputeh. "Maybe next week we will learn it", ujar Atoi dalam hati.

Atoi tenung punya tenung, tetiba Pauziah tersedar. Terkejut sekejap. "Apa yaw awak buat kat sini Atoi yaw?". Pauziah tanya dengan gaya swag.

Atoi jawab, "saya terpegun dengan kecantikan awak Jyeah!". Jyeah ni merujuk kepada nama Pauziah dalam bahasa hip-hop. Hopperz ja yang tahu.

Mendengar kata-kata Atoi di waktu satu pertiga malam ni. Pauziah senyum kambing dan terus ke toilet. Menyembur ridsect ke dalam mulut Asrap.

Asrap yang tadi terlentang di toilet mati serta-merta. Atoi gembira abang dia mati. Atoi dapat tanah pusaka, dapat PS3, dapat jugak Pauziah.

Memandangkan Atoi belum layak ke solat Jumaat. Dia sengaja ajak Pauziah dating. Dalam masa yang sama cuba kasi jeles arwah Asrap. Biadab!.

Kalau arwah Asrap masih hidup. Sah-sah Atoi ni kena terajang kuat-kuat dekat halkum. Macam Asrap selalu buat bila Atoi fail exam tadika.

Tapi kau ingat Atoi ni peduli? Kau ingat dia peduli?. Atoi sekarang taiko tadika. Selalu masuk kelas lewat 3 jam. Duduk bersila panggung.

Pauziah ni kalau bosan kat rumah, dia layan youtiub. Kau tahu la kan, youtiub ni macam-macam ada. Pauziah paling suka search "breakdance".

Pauziah paling suka gila babi dengan benda brekden ni. Kalau kau nak tahu satu rahsia, Pauziah lah yang cipta brekden, shappel dan yoga.

Selepas brekden dan shappel tercipta, bebudak seluruh dunia turut ikut. Termasuk lah Michael Jackson. Waktu tu dia baru habis SRP.

Bakat Michael Jackson bershappel ni dicungkil oleh Pauziah. Dia jemput Jackson mai KL. Pauziah ajar diam-diam dalam balai raya dekat Cheras.

Setelah 2 tahun berguru dengan Pauziah, akhirnya Michael Jackson bergelar raja pop. Sungguh tak disangka. Belajar shappel tapi boleh nyanyi.

Michael Jackson sangat terhutang budi pada Pauziah. Bukan saja hutang budi, hutang duit, hutang tenaga, hutang along pun dia tak terbayar.

Selepas Michael Jackson balik ke US. Dia ajar bebudak sana pulak. Dia cakap dia yang cipta moonwalk pejadah semua tu. Esok terus buat video.

Bila Pauziah dah tahu hal buruk ni, dia terus kol Kurt Cobain. "weh Cobain, buat macam biasa". 40 hari selepas kol tu, Michael Jackson mati.

Bila Michael Jackson dah mati. Pauziah rasa lega. Kini dalam pencarian wikipedia, nama dia sebagai pencipta asal brekden, shappel dan yoga.

Tapi ada sesetengah penduduk luar bandar mencemuh Pauziah. Diorang cakap Pauziah salah guna balai raya sebagai tempat latihan menari. Gila!.

Macam biasa, sapa tak kenal Pauziah. Dia relax, dia relax. Sambil menunjuk isyarat tapak tangan kepada wartawan yang merakam video Pauziah

Tapak tangan yang Pauziah tunjuk tu menunjukkan dia tak pernah buat kerja-kerja berat. Sebab tu putih licin. Pauziah tak biadab macam Atoi.

Memandangkan sekarang Atoi agak bizi dengan homework dan exam yang setiap minggu ada. Kekerapan Atoi dan Pauziah berdating makin kurang.

Kalau boleh hari cuti pun cikgu Ramlah nak kasi exam. Tapi memikirkan jemputan kenduri banyak, cikgu Ramlah batalkan niat. Murid-murid lega.

Menjadi seorang murid tadika kemas ni lebih mencabar dari pelajar master di universiti. Tapi Atoi ni pandai berdikari dan berpengelaman.

Oleh sebab itu la dia layak jadi taiko dalam kelas tadika. Cikgu Ramlah pun pernah terkencing dalam boxer akibat disergah Atoi. Dahsyat kan?

Bukan saja cikgu Ramlah, malahan Triple H, Aaron Ajis, Kamal Adala, Rahim Maruah, Wan Zek dan ramai lagi penduduk kampung yang malang.

Atoi ni memang dah terbiasa biadab dengan semua orang. Kadang-kadang dia terasa bersalah pun ada. Takut dilaknat oleh Tok Ketua Deris.

Berbalik kepada kisah Atoi. Motif Atoi takut dengan Tok Deris ni sebab Pauziah ni ex dia. Perasaan lama Tok Deris pada Pauziah masih ada.

Kau tahu kan, kalau Tok Deris dapat bongkar hubungan Atoi dengan Pauziah, kompom Atoi kena tendang buang negara. Serius ini serius.

Tapi aku syak, Tok Deris ni jeles ke Atoi sebab Atoi pernah feat dengan Radiohead. Aku syak macam tu la. Tok Deris ni penjeles orangnya.

Tok Deris apa ada?. Setakat pernah karaoke pentas dengan Jepridin waktu kenduri pulut kuning. Itu ja lah pencapaian tertinggi dalam hidup.

Apa pun lantak lah. Tok Deris sekarang tak puas hati sama Atoi. Berani dia detim-detim dengan Pauziah? Berani dia pegang-pegang Pauziah?

Atoi yang sebelum ni berlagak taiko tadika kemas. Kini semakin kecut teloq. Tengok muka Tok Deris bengis macam singa laut. Bengis !

Tok Deris memberi isyarat satu guna jari. Atoi menganggap itu adalah amaran keras. Walhal ia bermaksud 1Malaysia. Atoi terus neves.

Bila Tok Deris dah gertak Atoi kaw-kaw. Dalam sekelip mata, badan Atoi membesar macam orang besar. Muka Atoi kacak macam kena simbah asid.

Serta-merta bermula pertarungan yang amat dahsyat. Atoi lawan Tok Deris. Masing-masing pegang joystick PS3. Muka tak pandang satu sama lain.

Di kaca tivi, Manchester United bertemu Pahang. Sungguh epik perlawanan ini. Tok Deris lebih gemar pakai tim liga Malaysia dalam game PS3.

Atoi pulak peminat berani mati Manchester United. Kalau boleh semua game dia nak pakai Manchester United. Termasuk lah game Super Mario.

Semasa pertarungan sengit antara Atoi dan Tok Deris, tetiba rumah blackout. Diorang tercengang tiga saat. Atoi terus menghempuk joystick PS3.

Tok Deris terus bengang. Dengan selamba dia buat muka duckpes ke Atoi. Lagi bertambah tegang suasana di situ. Ditambah pulak salji di luar.

Atoi nak repeat balik. Atoi pergi ke reban ayam belakang rumah. Hanya dengan satu senyuman sinis, dia mengambil congkak kayu jenama Epal.

Pada petang yang bersalji ni, Atoi sekali lagi bertarung congkak dengan Tok Deris. Pauziah tanpa disuruh, melantik dirinya menjadi pengadil.

Hampir 6 jam perlawanan berlangsung, atlast Tok Deris givap. Jari hantu dia kejang. Atoi tak percaya. Dia tunjuk ke muka Atoi. Atoi percaya.

Atas kekalahan ini, Tok Deris dibunuh serta merta di tempat kejadian. Ketiak dia digeletek sehingga mati. Atoi dan Pauziah senyum beruk.

Mayat Tok Deris tak dikebumikan. Diorang putuskan untuk diawet. Kemudian dipamerkan di Muzium Kesultanan KL, belakang Lot 10, Bukit Bintang.

Selepas 18 tahun berlalu, Atoi dan Pauziah sudah bernikah. Diorang kawin tanpa persetujuan orang kampung. Jadi, diorang kawin di Las Vegas.

Las Vegas dengan KL tak lah jauh mana pun, sejam perjalanan ja. Demi menyempurnakan cinta suci, diorang terpaksa berumahtangga di sana.

Sama seperti pengantin lain, Pauziah dress up seluar beggie dan jersi Kelantan saiz extra L. Atoi hanya pakai seluar sukan dan baju Topman.

Bagi orang Las Vegas, dress up aneh ni adalah pesen rasmi masyarakat diorang sejak berkurun lamanya. Elvis Presley pun rujuk orang sini.

Hidup di Las Vegas memberi satu jalan cerah buat Pauziah. Minat dia terhadap hip-hop mendapat perhatian seorang koreografer dari Nigeria.

Malangnya, Pauziah sedikit pun tak pandang ke koreografer nigga tu. Kau tau kan, Pauziah ni pencipta segala tarian? Lagi mau ajar-ajar.

Atoi pun dah berjaya dalam hidup. Walaupun result spm dia kumpul huruf E, tetapi bos kasino di Las Vegas tetap ambik dia kerja sebagai kuli.

Seorang koreografer bertaraf dunia bercinta dengan seorang kuli kasino bukanlah benda mustahil. Cinta Pauziah dan Atoi ibarat peluh petani.

Sekarang, kehidupan Atoi dan Pauziah yang penuh onak duri dan perangai biadab, menjadi satu inspirasi kepada anak muda di luar sana. Tamat.



|Didi.Andra

Tuesday 19 March 2013

Jane II


Cuaca pada petang itu agak panas. Bahang matahari yang rancak membara telah membasahi seluruh tubuh aku hingga ke kaki. Aku berjalan melewati rumah apartment kiri dan kanan.
Dalam perjalanan itu kelihatan seorang apek tua dengan anjing peliharaan yang menyerupai seekor singa. Dengan bulu-bulu memenuhi ruang muka anjing itu. Agak lama jugak aku memandang anjing itu berjalan terkedek-kedek. Sesekali kereta dan motosikal melintas sebelah bahu kanan aku. Dan itu membuat aku berjalan sedikit ke kiri jalan. Bukan apa. Risau kalau kalau aku dilanggar kan lagi teruk tu. Dah la aku belum ada makwe. Takkan nak aku mati kena langgar sia-sia?

Dalam kelekaan aku mengatur langkah, tetiba sepasang kaki bertubuh langsing berwajah kuning langsat dan berambut pendek paras leher muncul dari lorong memintasi aku. Apek tua dan anjing peliharaan tadi serta beberapa kenderaan yang tadi berulang-alik di jalan raya tetiba hilang ke dunia lain. Aku lihat wajahnya. Muncul satu cahaya putih bersinar-sinar. Pehhhh! Adakah perempuan itu malaikat?. Tapi mustahil la malaikat. Malaikat mana seksi macam ni. Aku tahu la. Mak aku cakap macam tu.

Aku bagaikan tak mahu terlepas sedikit pun pandangan pada dia. Dengan perlahan kepala dia beralih ke arah aku yang hensem dan bertubuh pilihan makwe-makwe KL ni. Terpinga-pinga dia melihat aku. Kaki aku yang pernah terajang budak form 4 waktu main bola di sekolah dulu secara tetiba menjadi kaku untuk terus berjalan ke hadapan. Ada sesuatu yang sedang berkecamuk dalam benak aku. Nak saja aku tanya pada dia. Aku rasa dia bukan orang yang tinggal di kawasan ni sebab cara dia macam mencari-mencari arah tuju. Tapi entah jadah jenis apa yang membuatkan mulut aku berat untuk bertanya. Kami berselisihan berjalan bertentangan pandangan. Tak sampai 10 langkah macam tu aku pandang ke belakang. Begitu jugak dengan dia. Sekilas kami terpandang satu sama lain. Dia berlalu pergi. Sangat romantis momen ini. Nasib baik tak boleh buat frem dan gantung di dinding rumah.

                                                                      *

Rasanya macam aku kenal. Macam aku pernah jumpa. Macam aku pernah tidur sekatil. Macam aku pernah candelit dinner ja dengan lelaki tu. “Lancau betul la ini dua olang!”. Berlari pantas aku ke arah dua manusia jahanam tu. Untuk masa sekarang memang kedua-dua aku label jahanam. Tak payah nak tanya banyak, baca saja cerita ni sampai habis. Perempuan seksi berambut hitam perang tinggi lampai itu kelihatan keluar dari pusat membeli belah Berjaya Times Square dengan tangan erat mendampingi seorang lelaki segak bergaya ala Tony Jaa. Aku menatap tajam ke arah mereka. Sial la! Itu teman lelaki aku!. Apa bangang sangat dia berfoya foya dengan betina sundal tu. Lantas satu tamparan padu aku hinggap di pipi Kelvin. Terus terduduk. Hilang sekejap dunia Kelvin dengan perempuan simpanannya. Orang cakap kalau kena penampar sulung perempuan yang tengah panas baran memang sembuh penyakit lupa diri. Kelvin memegang pipi. Melopong mulut makwe simpanan Kelvin. Terkejut punya pasal. Tapak tangan aku kebas. Terasa sakit akibat penangan tadi. 

“You memang bullshit. I hate you. Kita clash!.” Jane berkata dalam bahasa yang sangat indah
“Wait ! I so sorry. Sebenarnya…” Belum sempat Kelvin sempat menghabiskan kata-kata
“Fuck you asshole!.” Kata mati yang paling diminati para lelaki terkeluar dari mulut Jane

Setelah itu, Jane menangis kecewa dan sekali lagi berlari dengan hati yang retak bagai kaca terhempas ke batu. Jane memang gemar berlari. Mungkin dia adalah atlet sewaktu dibangku sekolah.

                                                                  *

Aku singgah di sebuah kedai mamak. Tahap dahaga aku agak pelik sikit hari ni. Kesan cuaca panas terik membuat aku memesan se-tin air Mountain Dew dan segelas air kosong. Dulu-dulu mak aku pernah pesan, orang muda jangan minum air berkarbonat sangat nanti kena kencing manis, potong kaki. Sebab sepupu aku dah kena kencing manis gara-gara ketagihan air berkarbonat. Aku dengar nasihat mak aku, aku dengar. Aku minum se-tin ja sehari.

Asyik jugak aku mengulang berkali-kali lagu Muse - Stockholm Syndrome dekat handfon Blekberi ni. Hampir 200 lagu yang ada dalam senarai main lagu tapi lagu tu yang aku ulang berkali-kali. Layan punya layan, lagu tadi sudah tak lagi dilayan aku. Aku terpandang seorang makwe yang sedang catwalk masuk ke dalam kedai makan. Serius aku rasa macam kenal siapa makwe jelita ni. “Bukankah dia ni makwe yang pertama kali aku terserempak di tepi jalan tadi? Atau ada pelanduk yang sengaja nak menyerupai dia?.” Bisik perlahan si pari-pari kecil ke lubang telinga aku.

Aku kira dia sedang mencari tempat duduk kosong. Pada waktu dan ketika ni banyak pelanggan yang sedang lepak makan. Yang lepak saja pun ada. Semata-mata nak tengok tivi. Maklumlah waktu lunch macam ni sempat lagi nak layan Melodi kat tv3. Nanti balik ofis boleh gosip retis dengan rakan sekerja. Majoriti pelanggan disini adalah pekerja dari bangunan kerajaan yang berdekatan. Lagipun sekarang waktu rehat. Memang ramai lah orang
.
Jelingan bola mata aku padanya seakan akan mahu menjemputnya duduk semeja. Lagipun aku duduk seorang ja. Kegelisahan dia mencari tempat duduk seakan-akan sudah berputus asa dan mahu keluar balik dari kedai makan ni. “Ini tak boleh jadi ni. Aku kena berani ajak dia lepak semeja dengan aku”. Bisik lagi si pari-pari kecil ke telinga aku. Besar hati aku nak mengenali perempuan ni dan...ya! sekarang dia memutuskan untuk datang ke arah aku dan bertanya,

"Boleh I duduk sini?". Dia tanya dengan suara yang agak lembut dan sopan
"Haaa. Boleh". Aku jawab perlahan
"Ok. Thanks". Dia balas dengan simpulan senyuman

Entah mengapa bila dia melabuh saja punggung atas kerusi depan aku, bulu roma aku terasa meremang berdiri tegak. Jantung berdegup kencang. Neves tak tentu pasal. Punya neves macam nak jawab soalan Tok Kadi waktu nikah. Tadi bukan main lagi aku punya nak tanya macam-macam pada makwe ni. Sekarang aku jadi orang paling pengecut pulak. Aku diam buat seketika. Neves macam pelaq!.

Soal bicara aku dengan dia bermula. Dia tanya dulu,

"You nama apa?"
"I nama Dafi. You pulak?"
"Jeniffer. But you can call me Jane"
"Owh okay. Nice name”
"You kerja area dekat sini ke?"
"Ya. Dekat bar belakang sana. Tapi ini hari I cuti"
"Owh. Sorry ya I duduk sini. I macam menggangu you"
"Hehe. Tak apa. I tak kisah pun". Jawab aku tersengih-sengih sambil cuba menambat hati-nya

Perbualan kami yang tadi segan silu kini semakin rancak. Bermacam perkara aku dah tahu tentang Jane. Jane adalah seorang makwe yang baru patah hati. Jane perlukan sokongan untuk pulihkan semangat dia. Jane yang cantik jelita ni rupanya tak sombong dan senang untuk buat perkiraan. Aku puas hati dapat bercakap dengan Jane. Rasa puas hati ni umpama aku seorang budak Malaysia yang makwe pun malas nak pandang tapi dapat duduk bersembang dengan Anne Hathaway. Kau dapat rasa kan macam mana? Kalau kau tak dapat bayangkan macam mana rasa dia, kau loser. Jane pula selesa melayan aku yang baru dia kenali. Kemudian, aku menghantar Jane hingga ke stesen monorel berdekatan. Aku berpesan pada dia supaya tabahkan hati menempuhi hidup yang sukar. Hidup ni perlukan kegembiraan yang maksima supaya kesedihan yang minima takkan memamah diri kita. Sebelum dia pulang, aku menulis nombor telefon pada tapak tangan-nya. Dia menghulurkan tapak tangan sambil tengok setiap angka yang aku tulis sehingga habis. Dengan satu senyuman manis, dia terus beredar menaiki anak tangga ke kaunter stesen. Aku pun berkata yes dalam hati dan berlalu pergi.

                                                                       *

“Sudah sebulan tiga puluh hari aku berhubungan dengan Jane. Tak sangka betul” Sambil tengok kalendar aku bercakap seorang diri. Entah kenapa kali ni si pari-pari kecil tak ada pula. Bila tiba waktu malam kami akan berbalas mesej di handfon. Aku mesti tunggu Jane hantar mesej dulu. Tepat pukul dua belas malam ja mesti kami akan berdating dalam alam telekomunikasi yang kadang-kadang coverage dia memang sucks!. Jane selalu bertanyakan aku, jika tak sibuk di hujung minggu, dia akan meminta aku datang tidur di apartment dia. Teman dia setiap malam. Apartment milik Jane tak jauh sangat. Masih dalam kawasan Kuala Lumpur. Lebih kurang tiga puluh minit kalau aku naik pengangkutan awam dari Circus Bar iaitu tempat kerja aku sebagai bartender. Jane sudah tahu dengan jadual aktiviti kerja aku. Pada hari biasa aku bekerja dari petang hingga tengah pagi dan pada hujung minggu aku masuk syif pagi hingga petang. Jadi selepas balik kerja pada hujung minggu aku akan terus pergi menemani Jane yang tinggal keseorangan di rumah. Jane tidak bekerja sekarang sebab dia cakap selesa hidup dengan harta tinggalan keluarganya yang kaya raya itu. Ibu bapa Jane sudah mati dua tahun lepas sewaktu tragedi kapal karam di Australia. Memandangkan Jane satu-satunya anak perempuan tunggal dalam keluarga. Semua segala harta benda kekal menjadi milik dia. Walaupun aku tahu dia anak orang kaya, tak terlintas langsung aku nak kikis. Dari sini kau boleh nampak aku ni bukan saja hensem, malah baik hati. 

                                                                          *
Di rumahnya aku akan melayan kerenah Jane yang manja, banyak bercakap, gelak kuat-kuat dan menguap tak tutup mulut. Paling aku suka kadang kala bila kami terdiam, Jane akan memberi belaian tangan dia ke pipi aku. Itu membuatkan iman aku yang kukuh sedikit tergugat. Belum tiba masanya lagi untuk ini. Kami menghabiskan sisa-sisa malam dengan menonton filem kegemarannya. Rata-rata koleksi filem kepunyaan Jane adalah filem animasi. Aku sedikit hairan. “Rupanya dalam diam-diam amoi ni kaki kartun jugak”. Mulut aku mula nak tergelak tapi aku suruh tenang. Jaga hati. Masing-masing berbual tentang hidup peribadi disamping melayan perasaan masing-masing yang membuat aku tersentak pada satu soalan. Tanpa sebarang keraguan aku mula bertanya kepada Jane.

“You pernah ada boifren tak before this?” 
“Yes. Why you asked me this thing?” Jane jawab dengan nada yang tidak suka
“Sebab you tak pernah cakap kat I. That’s why I tanya. Sorry if you don’t like it” 
“Its okay. You tak salah pun. But I’m totally fuck my ex-boifren. Dia boleh curang dengan I depan mata. Huhh!” Jane jawab dengan nada yang paling tidak suka. Macam orang benci Justin Bieber.

Malam itu dia juga bercerita tentang dia pernah ditiduri beberapa orang lelaki sebelum ini. Lelaki itu semua hanya berpura mahu jatuh cinta dengannya, padahal dalam hati nak merasa tubuh Jane yang seksi lagi mengiurkan itu saja. Jujur aku cakap Jane yang aku kenali ini memang seorang yang tak dapat mengawal diri. Ada saja benda yang dia nak buat kalau dalam situasi one by one sebegini. Jane sering cuba-cuba meraba penis aku sewaktu tidur. Aku sedar bila Jane buat macam tu. Ikut mood juga. Kalau best aku diam. Kalau macam mengganggu atau kurang selesa, aku akan berdehem. Tapi kebanyakkannya aku biarkan saja. Jane akan gelak kecil bila aku cuba menyekat tindakan rakus dia. “Jadi tak hairan lah aku pada lelaki yang pernah mengenali Jane sebelum ini. Semua nak makan dia”. Bisik aku dalam hati yang masih suci sebab tak hisap rokok.

Keghairahan nafsu dan kejelitaan wajah Jane sebenarnya membawa aku terus hanyut dibawa arus yang penuh rasa kemahuan kasih sayang dari seorang lelaki loner macam aku. Terus rela melayan Jane atas sebab kehendak aku yang sedikit kasihan terhadap-nya dan berikan apa saja yang dia mahu termasuk seluruh hidup aku.

                                                                          *

Petang itu aku dah janji nak ajak Jane keluar. Lepas menjemput Jane dekat rumah, aku menunggang semula motocross milik pak cik aku lelaju menyusuri jalan raya yang secara normal memang penuh sesak pada waktu petang macam ni. Jane peluk pinggang aku erat-erat. Masuk saja Jalan Ampang aku sempat willie motocross. Dua tiang juga lah. Apa aku kisah. Bangla yang sedang lepak tepi jalan terpengun dengan aksi aku tadi, tak henti-henti bertepuk tangan tanda sokongan mereka pada arena permotoran. 

Sampai saja ke kawasan KLCC, aku mengecilkan sedikit mata mencari tempat parking motor. Aku dan Jane jenjalan sekitar taman depan Suria KLCC. Kemudian duduk di satu kerusi batu tepi tasik berhadapan dengan menara berkembar kebanggaan rakyat Malaysia yang aman dan makmur ini
“Dah lama I tak keluar lepak dekat park tepi tasik macam ni. Last time sewaktu parents I ada lagi. Kami piknik sesama dekat Tasik Bera”. Jane bersuara menceritakan kisah pasal sejarah taman tasik. Aku pura-pura teruja dengan kisah Jane pasal taman tasik sambil kunyah gula-gula getah kelabu. Siap buat belon lagi.

“Ye ke?. So, you happy la I bawa hari ni?” Aku tanya untuk kepastian
“Yes of course !” Jane balas penuh kegembiraan. 
“Bagus lah kalau macam tu” Aku sedikit lega
"Dafi, I nak tanya you something boleh?". Jane tanya dengan eksaited
"Boleh. Apa you nak tanya?. Aku jawab dengan perasaan ingin tahu
"You cinta sama I tak?. Jane punya soalan memang cepumas. I like !
"Haa? Cinta? Apa you cakap ni?". Terkesima aku mendengar pertanyaan Jane. Seraya mata aku cuba mengintip di celahan tapak tangan Jane. Mana la tahu dia ada simpan kertas senarai soalan.
"Ya laa. I asked, do you fall in love with me?. I want to know this" Kali ni Jane serius. Muka dia ketat macam orang tengah serius.
"Errr..yes of course!. Everyday I love you Jane. I still sayang you". Teragak-agak aku nak jawab. Serupa aku kena buat pilihan pada sejuta persoalan. Walaupun ianya hanya dua pilihan. Keyakinan dalam diri aku hilang. Tak tahu sembunyi di mana. Cilaka juga ni. Aku memang suka pada dia tapi bukan pada cinta untuk selamanya bersama dia.

"Seriously? Thanks. I suka sama you. You so gentleman. I hope we can stick together". 

Jane menunjukkan tanda dia sudah anggap aku sebagai lelaki pilihan terakhir dia.
Satu kucupan kasih sayang tersentuh di pipi aku. Secara benar dan jujurnya dalam diri aku tak pernah ada rasa nak mengutuskan untuk menjadi kekasih-nya. Aku lebih selesa berkawan rapat. Aku terima apa saja yang Jane impikan untuk perubahan dirinya. Tak sanggup pula aku nak kecewakan perempuan yang makin tergila-gilakan aku ni. 

Semalaman kami berasmara di ranjang. Jane setia dipelukan aku. Berkongsi kasih jauh ke dasar hati. Aku mengusap kepala Jane dan turun ke badan dia. Malam itu kami terus lena dibuai mimpi paling indah. Aku mimpi dapat makan subway percuma. Jane entah la. Aku syak dia pun mimpi dapat makan bakuteh free juga kot. 

Sehingga lah pagi tu aku terjaga. Melihat jam di dinding sudah pukul tujuh setengah pagi. Hari ni aku kerja pukul lapan pagi. Sekarang aku konfius nak pergi kerja atau tak?. Berat rasanya aku nak tinggalkan momen yang masih lagi manis. Di sebelah aku, Jane yang hanya tidur separuh bogel masih nyenyak dibaluti selimut. Aku mengucup bibir merah-nya hingga kebasahan. Sempat aku meramas buah dada dia beberapa kali. Jane hampir-hampir sedar tapi dia lena kembali. Semalam yang hangat membayangi aku. Rasa nikmat dan rasa bersalah berlegar-legar di benak fikiran aku. Apakah relevan apa yang aku dah buat dengan perempuan kacukan Cina-Inggeris ni? Seorang perempuan cantik setia bersama aku yang tak setaraf dengan dia. Ataupun mungkin perempuan lebih suka lelaki yang nampak ikhlas dan budiman dan boleh bagi segalanya pada kemahuan mereka dengan mudah?. Tidak seperti waktu awal perkenalan dulu. Kini aku konfius dengan diri aku sendiri. Aku tak kenal diri aku sendiri. Macam bebudak selalu konfius pada diri mak nyah. Lelaki ke perempuan akak ni, eh bro ni?. Sangat konfius.

                                                                  *

Enam bulan berlalu begitu pantas. Aku pun tak sedar. Pantas sangat dia punya pantas. Kesilapan aku menuduh Jane sebagai penyebab utama aku dibuang kerja telah meharamjadahkan hubungan kami. Tak lagi romantis seperti biasa. Hampir setiap hari Jane jadi seorang perempuan yang paling loser. Duduk rumah menghadap kipas syiling, mendengar suara-suara deejay radio yang paling membosankan. Menghitung hari yang dia sendiri tak pasti. Keadaan Jane semakin serabut dan tak terurus. Serupa penagih dadah yang orang cakap merbahaya tu. Menurut sumber yang boleh dipercayai, Jane sekarang dah malas mandi, selera makan lebih kepada makanan Thai, berak tak basuh. Aku risau dengan keadaan Jane. Teruk!.

Arghhhhh! setiap hari yang berlalu aku mesti rasa bersalah pada Jane. Aku jadi bingung tak dapat nak lupakan dia. Tak dapat nak lupakan kenangan bersama. Entah apa yang Jane tengah buat sekarang? Mungkin dia juga merindui aku sama seperti aku. Berpuluh kali aku cuba call dia tapi tak dijawab. “Takkan heart-broken punya pasal nak campak handfon? Pelik ni”. Bisik si pari-pari kecil ke telinga aku. Aik? Muncul pula benda alah ni. Perasaan aku dah tak stabil. Aku sedih. Aku hantar mesej pada-nya dengan harapan Jane akan call aku kembali. Mungkin dia dah tukar kad sim Maxis ke Tune Talk. Pasrah. Fesbuk dan Twitter dia puas aku skodeng. Semuanya hampa belaka. Nak kata internet tak bayar bulan-bulan memang mustahil. Jane orang kaya kot. Aku sedih gila. Tapi aku malas nak menangis. Malu dengan korang.

                                                                    *

Hari ni dah genap setahun. Aku masih tak terima sebarang khabar daripada Jane. Sehinggalah pada tarikh tiga Disember dua ribu dua belas, aku terbaca satu berita utama didada akhbar Harian Meteor bertajuk “Model Terkenal Bunuh Diri”. Terkejut beruk aku. Perkataan “model” itu terus mengingatkan aku kepada Jane.  Terus aku capai akhbar tersebut dan membaca berita selanjutnya. Sah, memang sah!. Firasat aku benar belaka. Jane yang aku cari selama ini, yang hilang dari hidup aku kini aku temui dalam keadaan mati. Sangat tragis kematian Jane. Laporan polis mengesahkan Jane mati semasa mangsa lepak minum kopi di sebuah kafe bersama seorang lelaki warga asing dari Belanda bernama, Armin Van Buuren. Tambahan lagi, polis menjumpai satu punca kematian dalam kopi tersebut. Iaitu serbuk belerang mercun bola dan sedikit sisa pecahan exctasy. Disyaki diletakkan oleh rakan mangsa atau pekerja kafe yang telah diupah oleh seseorang. Kematian Jane menggemparkan seluruh perkampungan, pekan kecil, daerah, negeri jajahan di Malaysia dan Singapura. Kebanyakkan peminat fanatik Jane adalah anak muda, mak cik dan pak cik yang datang dari kawasan luar bandar. Semua sedia tahu Jane berkejaya sebagai model iklan di sebuah syarikat penyiaran terkenal di Singapura. Pemindahan Jane ke Singapura merupakan detik-detik terakhir dalam hidup dia. Pasti dia sudah awal-awal melupakan aku sewaktu berada di sempadan Johor Bahru - Singapura. Tapi kenangan aku sepanjang bersama Jane tak akan aku padamkan. 

Dia satu-satunya perempuan, makwe, awek, skandal, gewe, cewek, marka, yang teristimewa pernah ku jumpa. Aku simpan kisah ini dalam lipatan sejarah. Semoga kesalahan Jane terminum kopi exctasy itu tak membawa dia ke neraka. 

Monday 18 March 2013

The Man Who Sold The World

Aku, Bali, Jijie dan Dayath. Malam itu semua duduk bersembang cerita bercampur-campur. Bising tak bising sangat lah. Bising cara orang bujang ini biasa-biasa saja. Setakat sampai nak pecah bilik yang besar dia serupa bilik hotel murah pun dianggap biasa. Asap rokok dah berkepul-kepul melangit. Sambil sembang mulut berasap. Kebetulan malam itu ada gosip sensasi antara Jijie dengan seorang makwe nama Bubu bukan nama sebenar.

So, aku nak kasi tahu pun rasa macam bersalah pulak. Tapi lantak lah kan. Aku nak kasi tahu jugak. Hal ini berlaku sebulan yang lalu apabila si Jijie leka tuit-menuit dengan Bubu di laman sosial Twitter. Rancak mereka bersembang. 
Bubu tuit Jijie. 
Jijie balas tuit Bubu. 
Jijie lambat balas, Bubu marah. 
Bubu lambat balas, Jijie gembira. 
Begitu lah selanjutnya. 


*


Bila dah masuk hari kelima keenam dan ketujuh, si Bubu macam dah fall in love sama Jijie. Memang terkejut sekejap la Jijie. Niat asal cuma nak bergurau senda saja. Tetiba jadi macam ini. Fikir sejenak si Jijie. Sudah lah Bubu ini boleh dikatakan makwe paling femes dalam carta makwe-makwe di kotaraya Kuala Lumpur. Mana nak sepadan. Jijie pun sedar siapa diri dia. Bak kata orang dulu-dulu, "bagai gagak takel merak, burung kasawari gelak dalam hati". Nampak tak bertapa jauh darjat mereka?.

Bubu ini baik orangnya, pengasih, penyayang, pencinta haiwan. Kadang-kadang hantu, jembalang, hawaq, loqlaq pun dia jugak. Tapi ramai orang suka dia, suka menyumpah. Tak kurang jugak yang menyampah. Aku dah lama kenal si Bubu ni. Pernah lepak sekaki dulu. Cuma tak rapat saja. Kalau boleh malas nak rapat. Bukan meluat. Cuma malas. 

Kalau nak cerita pasal fizikal, dia punya kapasiti bak kata Dafi. Memang baik punya. Bukan nak tipu lah, ramai lelaki dia dah kerjakan. Apa kau fikir zaman sekarang makwe tak boleh kerjakan lelaki ke?. Andai kata si Jijie ini ditakdirkan bercinta dan beramas mesra dengan Bubu, cuma satu saja aku nak tanya, boleh ke Jijie nak peluk dia? Serius aku musykil dan ragu-ragu tahap gaban. Kau tahu serupa cicak berangan nak peluk pokok balak? Dan dari sudut situ kau bayangkan lah apa akan jadi. Mahu mati lemas si Jijie. Tak pun kejang terus tulang belakang. Aku memang tak sanggup. Kalau Jijie sanggup, dia memang the man who sold the world !.


*


Berdekah-dekah kami gelak. Aku gelak kuat jugak kot. Tak rasa belas kasihan langsung. Sebab aku tak dapat terima kenyataan ini. Bali paling eksaited gelak sakan. Aku nampak tahi lalat dekat bawah hidung dia pun tumpang gelak sekaki. Berani betul. Dayath pulak gelak-gelak cover. Konon nak jaga hati Jijie. Aku tengok muka Jijie macam relax tak relax sangat. Naik merah muka dia sebab pendam malu. 

"Dah ah ! Aku malas nak layan tuit Bubu lagi lepas ni. Babi ahh". Jijie menyesal
"Hahahahahahaha!!!". Kami sambung gelak

Selain itu, kami buka jugak kisah pasal cerita Mamak Murder Mystery dalam novel KL Noir, sembang pasal bebudak black metal, pasal stoned lah apa benda merapu lagi sampai masing-masing diam tak ada cerita. Yang bestnya, entah dari mana datang lagu Nirvana sipi-sipi mencelah waktu kami bersembang. Kurt Cobain menyanyi langsung tak hirau orang sekeliling. Aku syak dia ambil weed. Sepuluh lagu jugak dia perform malam tu. Steady betul. Aku terharu. Aku nak ucapkan terima kasih pada Kurt Cobain dan kawan-kawan dia !. 



|Didi.Andra

Mengekori belakang waktu

Aku lelahi telah
mengekori belakang waktu
lintasan lalu, berpusu-pusu
lalui relung jantung
membantai jiwa

Sekiannya
di malam yg panjang
aku berkelana nafas
meneka udara, udara rimba
udara yg menekap
lihat, betapa sepi aku miliki

Sudahnya
aku meminjam-minjam ceria
dari orang pelipur lara
dari mereka yg tak lokek cerita
kemudian tampal lekat pada muka
aku hargainya, masa

Aku pelajari suka
kekadang mengonar juga duka
bergelut dengan masa
mencuba menjuarai lupa
tentang betapanya semalam

***

di satu daerah ini
yg nyata, terlalu nyata selalu bukan milik kita
dunia tetap bukan syurga


|Andika

Berteleku

Kini di lembaran baharu, aku menukil lagi, sisa yang tertinggal, di persembunyian rindu. Apakah kita yakin segalanya telah pergi? Begi...