Skip to main content

Macam dah gelap masadepan

Bernyawa 
kaki, tangan, mata 
badan pun sempurna

tapi 
rasa malas nak mula
perjalanan masa
bedebahnya


***

" fikirkan tentang keluarga "

bukan tak pernah membentak jiwa, berkali pukul hati, tak juga nak berubah, aku.
masa ni, aku cuma mau satu pelukan. santun magis atau sekurangnya semangat percuma sekalipun ucap nista.
sedikit terpesong dalam melilau punca hidup ; masa depan.


|Andika

Comments

  1. cuba luah apa kau rasa dengan keluarga. balik rumah tiba-tiba jadi baik manja semacam. mesti kau dapat santun magis & semangat percuma tu =)

    ReplyDelete
  2. memang itu aku mau desakkan. tp buat masa skrg, tak tercapai. ada jurang skrg, tggu lah bbrp hari lg

    andika

    ReplyDelete
  3. baguslah. dipermudahkan urusan hendaknya =)

    ReplyDelete
  4. terimakasih dyna. entri terbaru kau bagi semangat dekat aku sekurangnyaa

    ReplyDelete
  5. takda hal. oh ya kongsi kebetulan. =)si tua yg banyak pengalaman dgn orang sumbang nasihat, itu sebab sikit terkesan mungkin

    ReplyDelete
  6. hidup dgn perkongsian. penuh bermakna kan

    ReplyDelete
  7. nah, ambil lilin ni..
    buat terangi masa depan kau, bila ia mula padam saat itu kau perlu berfikir sndiri mana arah kau :)

    ReplyDelete
  8. Saddlone.
    terimakasih :)
    aku cuma anak mentah, baru reti bertatih. mudah goyah. sgt terharu dgn saddlone

    ReplyDelete
  9. coba berubah dulu, dan lihatkan bagaimana? *senyum*

    -AsaSiaga-

    ReplyDelete
  10. asasiaga rajin komen entri aku. thanks dude. baiklah aku cuba menjadi lebih baik

    ReplyDelete
  11. belum coba belum tahu . kemon dude . perjalanan kau masih jauh :)

    ReplyDelete
  12. terima kasih juga mel :)

    yaa jauh lagi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ulangtahun Terakhir

Setiap ulangtahun aku cuba menanda.
Walau tidak selalunya bermakna.
Adakalanya, sekeping nota - mampu memberi bahagia.

Kita manusia, suka perkara-perkara kecil; untuk dicinta.
Kita manusia, alpa perkara-perkara kecil; lalu dilupa.

Akhirnya, kita di mana ?


| M. Rafi San


Kehilangan Mimpi

Pagi ini aku kehilangan mimpi. Paling aku khuatiri, hati sedang melonggar. Dek leka hujan berlarian tanpa endah seluruhnya. Sedikitpun aku tidak nikmati. Sungguh, ia meresahkan.

Kenangan apakah telah mati dan menjadi hantu ?

Aku diburu, terburu-buru.
Malam, adakah kau telah menjadi musuhku ?

Tak ada lagi yang indah, tentangmu.
Tak ada lagi yang manis, tentangmu.
Tak ada yang setenang separuh jiwamu - dibahuku,

Aku sedang kehilangan mimpi.

| M Rafi San

Bukan Perempuanku I

Dia.
Bukan perempuanku.

Asing. Katakan sahaja dia seorang asing. Dan, pisahnya daripada sebuah pasung mimpi, lalu kebiasaan itu biasa. Katakan lagi, dia bukan perempuanku. Cuma, aku gemarkan sia-sia.

Nanti--
Lihat aku dulu. Aku sedang kalah. Kalah dengan ghairah.
Mata bundarmu yang menjegil tika aku menewaskan egomu. Senyum lebihan yang tidak tahu dimana habisnya. Kau, peragut masa. Si gadis yang merampas tuan hati, yang dipenghuni sunyi. Dan, separuh jiwa kau telah lolos - tak henti mengunjungi. Nah, akhirnya kita dilahap dengan kata-kata sendiri. Kata-kata yang saling berbunuhan. Seperti aku katakan, kau sudah jadi tuan. Seperti aku telah lupakan, kau bukan perempuanku.

Tolol bukan? Jatuh pada yang bukan milik kita. Tak ada satu hati yang muat dua.

Bukan perempuanku.
Kau harus tahu ketika lampu membisu
gelap jadi sahabatku - ketika,
aku rindu tapi aku beku
aku mahu tapi tak mampu.

Engkau yang sebenar-benarnya telah jauh. Aku dipagar bentak mahukanmu. Aku menyantun diriku, haruslah b…