Monday, 25 December 2017

Terperangkap

Setelah bertahun-tahun
aku sangka segala telah lenyap
tersenyap.

Tanpa sedar, kenangan itu memaksa jatuh
jatuh di depan rindu
mengadu suara - nada - raut

Sekali lagi
terperangkap.

M. Rafi San

Tuesday, 12 December 2017

Berontak-lah

Aku bisa mengalah dengan segala macam kesilapan.
Kegagalan, yang kita sendiri cipta untuk tewas.
Hari selingkuhan dan dakapan dosa.

Lalu, kita pusing dan tidak berpaling.
Seperti mana kau, aku juga kecewa.
Kerana aku juga alah pemberontakan jiwa.

M. Rafi San

Berhenti

Kau perlu berhenti kisahkan mereka. Berhenti ambil berat tentang kepunyaan orang. Berhenti kisahkan hati yang tidak mahu. Berhenti harap...