Sunday 28 September 2014

Lenyap

tak perlu lari ke mana untuk sembunyi
kalau nafas kau bakal tamat sikit hari lagi
bukan sindiran, bukan benci
sudah aku selidik secara terperinci.



|didi.andra

Tuesday 8 July 2014

Petang kelmarin

Petang kelmarin,
kau - menyelongkar memori-memori,
dari kamar laci.

Membelek-belek waktu kecil kita di bangku sekolah.
Kau tegur selalu - aku pemalu,
jadinya kita begitu sahaja bertahun-tahun,
sebelum kau meninggalkan negeri,
dan kita tidak pernah putus jawab
sejak itu --

Paling aku tersenyum - tentang foto yg kau kepilkan.

Dan tentang kau,
usah khuatir,
ianya selalu di hati - diingati.

Friday 11 April 2014

Catatan Setahun Lalu

Hari ni paling hambar, paling senyap dan sembunyi. Mungkin beginilah cara aku meraikan.

Okay. Semalam dalam menanti ambang ke usia yg lebih menua (22tahun) , tiada apa yg istimewa. Aku menyambut ulangtahun diri dengan berdiamkan dari sesiapa. Tak heboh. Even roomate aku pun taktahu pasal 13April ni. Jadi semalamnya, jam11 aku ikut mereka bersiar ke kota Melaka. Aktivitinya 'minum' . Aku keluar dengan Nold ( roomate ), Adam, Athur ialah adalah jiran bilik , yaa kami housemate dan seorang kawan Nold, Wehaa ( perempuan ) .


Kitorang terus gerak ke JonkerWalk. Lepas je parking kereta, kitorang berlima berjalan di keramaian orang. Ah biasalah JonkerWalk kan, jualan pasar tapi masa tu dah nak tutup dah. Tak berapa ramai sangat lah. Aku terus mengunci perihal diri. Aku perhatikan sekeliling, kalau ada apa-apa yg menarik minat. Ya adalah kot, cuci mata tengok awek dan amoi. Nak 'memiliki' tak mampu, jadi lihat sajalah. Jangan prejudis aku nakal, semua lelaki sama.


Sampai di lorong pertengahan, kesemuanya bar di situ. Kami pilih paling hujung, Geographer namanya. Malam tu, aku dengar Athur belanja semua. Aku dapat tahu memang dia rajin berkongsi rezeki bila pasal minum. Diorang order 5botol Heineken, sepinggan kentang goreng dan kacang. Oh yaa, aku order sebotol Coke. Aku tak minumlah. Aku cuma mau meraih sambutan diri aku dengan cara berbeza. Lagipun mana diorang tahu kan. Aku cuba hiburkan hati aku masa tu, kena cuba juga lah. Aku yg pilih kan.


Sementara menunggu hidangan tu semua sampai, aku bangkit dari duduk kemudian ajak Adam ke bersiar sebentar masuk ke pasar JonkerWalk, berhadapan kitorang je pun. Langkah punya langkah, sambil berborak dan berahsia. Aku berhenti depan satu gerai ni.


" Amoi, Takoyaki isi ketam ada lagi tak you , satu ea "


" Ada, ada, tunggu sekejap eaa, mau masak " comel suaranya. Sorry aku tak reti nak menulis slanga amoi ni.


" Okay amoi, I mau jalan sekejap ye pusing-pusing sini "


" Jangan lambat tau, before pukul12 " Sedikit tergelak amoi. Aku pun tak berapa nak reti terangkan situasi ni. Sebenarnya ada humor sikit.


Aku sambung perjalanan dan kemudian patah balik, ambil makanan aku kemudian berjalan ke Geographer. Duduk balik dengan mereka. Beer dah sampai, Coke aku pun dah sampai. Terus minum, hausnya aku. Diorang pun dah mula teguk. Kitorang berbual tentang life, pasal Wehaa , sebab dia orang baru, gelak-gelak. Walaupun masih janggal, maksud aku cara meraih diri aku ni. Aku terhibur. Bar masih ramai orang, dari hujung sana sampai ke bar aku paling hujung. Bar depan kitorang, paling sempoi. Siap ada penghibur yg memainkan musik, dengar gitarnya. Aku ikut menyanyi lagu Kantonese-nya. Itupun bila korus aje. Senang disebut dan diingat kot.


Jam hampir duapagi. Tinggal dua meja saja dekat bar ni. Meja kitorang, dan meja belakang. Diorang tak nampak mabuk tapi makin diam. Cuma aku masih hyper pasal aku peminum Cocacola je. Dalam hati, aku bercakap dengan diri, aku tak perlu belon-belon, tepung, lilin dan tiupan, kotak-kotak hadiah, segala jenis ritual utk aku. Cukuplah aku bersendiri tahu mengenai diri aku, dan aku menyambutnya dengan diri aku saja.


Kitorang beredar dari situ. Perjalanan ke Bukit Beruang, menghantar Wehaa ke rumahnya. Jangan risau, seorang pun tak mabuk. Nold masih steady memandu. Dalam perjalanan, lagu-lagu Greenday, Simpleplan,SexPistols meneman. Lepas melambai tangan ke Wehaa, kitorang decide patah balik ke HangTuah Walk. Lapar pula masing-masing.


Charkoeytiaw dan nasi lemak kerang, paling famous dekat situ. Kitorang tak menunggu lama utk habiskan hidang memasing.Lepas makan, terus angkat kaki dari situ dan pulang.


*Catatan 2013

Sunday 23 March 2014

Loceng Bhg 1

Gelap. Sunyi. Kelam.
Di satu penjuru, seorang lelaki tersadai meratap tewas. Merayu ke lantai, menabrak rapuh hatinya. Sekonyong-konyongnya. Separuh mampus-jiwanya. Siang dan malam bertingkah serupa. Emosi jadi Tuhannya sekejap. Bayang-bayang diri dihalau sertai jasad. Hidupnya meninggal sisa, tidak bisapun hayangkan ruhnya ketika lelap.

Bergemerencing --
sang loceng,

Tup !
Hatinya pegun. Telinganya bangun. Soalnya, 'itu bunyi loceng ?'
Dia memukul-mukul kotak otaknya, ayuh tuk berfungsi. Kesuraman ini tidak harus gagalkan kecenderungannya. Terbunyi lagi. Mengghairahkan kemahuannya.
Kesepian terbungkam semua ditepis. Dia mula menengadah, memasang sabdu-sabdu harapan di hatinya.
Keinginannya mula ada, tuk melihat kembali bayang-bayang daripada tubuhnya sendiri.

Kiraannya, dia sudah harus bangun daripada gelapnya kamar yang memasung seluruh jiwanya. Decing-decing loceng menyedarkannya, kamar hatinya tetap boleh diceroboh. Dia bingkaskan tubuhnya berdiri dan mengatur langkah.

Sementara loceng masih berbunyi memanggil.

Sangkaannya --

Friday 3 January 2014

Belum lagi

Ketika sekarang
aku mengetahui
kau sudah terlalu jauh
di belakang ; meninggalkan

hati seperti sekarang adalah gua
sahutan yg dengung
perasaan meronta-ronta
ingin kau segera kembali

setahun berlalu

dan kau masih hantu
mengunjungi tiap mimpi
menyelimuti tiap dingin
menyalakan segala ketika

bilakah aku bisa pergi dari sini
bukan dengan kelibatmu.

Berteleku

Kini di lembaran baharu, aku menukil lagi, sisa yang tertinggal, di persembunyian rindu. Apakah kita yakin segalanya telah pergi? Begi...