Wednesday, 24 October 2018

Berhenti

Kau perlu berhenti kisahkan mereka.

Berhenti ambil berat tentang kepunyaan orang.
Berhenti kisahkan hati yang tidak mahu.
Berhenti harap pada hati manusia yang menidakkan, walau sekali.
Berhenti menuju pada hati yang menggelapkan.

Berhentilah. Kau sudah tak punya apa-apa.
Dan kau bakal hilang.
Semua.

Nangis

Ber-nangis
merayu perjalanan yang lebih murah
mudah

Susahnya
malam ini kalah
tewas dengan sedetik

runtuh kejap jantung
dalam bilik tertutup

di sebalik, kota runtuh guruh.

M. Rafi San

Berteleku

Kini di lembaran baharu, aku menukil lagi, sisa yang tertinggal, di persembunyian rindu. Apakah kita yakin segalanya telah pergi? Begi...