Friday 8 February 2013

Rantaian


agaknya bila siang jadi mendung
ada gambaran yg tak terbendung
dibeban jiwa yg pasung
nilai rasa t'lah kudung

diri
diri sendiri
belum hampir dikenali, difahami
setiap inci ; diri
sendiri dan di sini
menyendiri

duh,
usai malam berselingkuh
di luar gaduh-gaduh
bintang dituduh, dipekik guruh
sembah diri jatuh
luruh

kawan
sehormat-hormat lawan
diacu dan diaju soalan
biarkan
aku memang dah putus harapan
ada muka, rupanya tampalan
tak ke sialan

aman
senja dirangkak hadap Tuhan
celoreng jingga, gasak-gasak awan
dirabak warna ludah ke lautan
berbalik penghujung keluhan
menitip nasib tanpa dan'

keluarga
sering lewat menjadi pilihan kita
kita kan lupa
mengaku saja

|Andika

2 comments:

  1. sudah aku kata, kawan. kenali diri dahulu. dan diri kita juga asalnya dari mereka. Selepas itu pasti tidak lagi terlewatkan.

    Begitu, bukan? *senyum*

    -AsaSiaga-

    ReplyDelete
  2. yaa begitu. aku pasti. terima kasih asasiaga. aku pernah umpat pasal kau, kau seorang penasihat yg baik . hiks

    andika

    ReplyDelete

Berteleku

Kini di lembaran baharu, aku menukil lagi, sisa yang tertinggal, di persembunyian rindu. Apakah kita yakin segalanya telah pergi? Begi...