Tuesday, 7 July 2015

Aku Sepasang Bra

Aku sepasang bra. Aku dinamakan Avon. Aku dilahirkan di sebuah kilang di Singapura. Aku merupakan sepasang bra yang berjenama. Jenisku paling digemari oleh wanita pelbagai lapisan umur. Setelah siap dibungkus, aku dan kawan-kawanku dihantar ke Johor dengan sebuah lori. Apabila sampai di  Johor, aku dan kawan-kawan dihantar pula ke stokis yang terkenal di serata Johor Bharu. Di sini aku berkenalan dengan kawan-kawan baru seperti Pony, Roxy, Mango & ramai lagi. Aku dijual dengan harga RM19.90.

Pada suatu hari, ada seorang gadis berpakaian sekolah mendekati aku. Selepas puas aku dibelek dan dicuba pakai, akhirnya aku menjadi milik gadis itu. Aku berasa gembira kerana mendapat seorang tuan baru yang sangat cantik dan penyayang.

Setiap hari aku dipakai untuk pergi ke sekolah. Aku gembira sekali kerana dapat berjumpa dengan kawan-kawan yang berwarna-warni. Ada suatu hari, tuanku lupa membersihkan badanku. Dia membiarkan aku dalam raga pakaian sehingga berhari-hari lamanya. Setiap kali aku ditimbuni oleh pakaian lain, badanku menjadi berbau busuk. Tuanku tidak ingat kepada diriku lagi. Aku dibiarkan begitu saja.

Tapi nasib aku kembali cerah. Ibu tuanku mengambil aku dan mencuci hingga bersih dan wangi. Kini aku menjadi milik adik perempuan tuanku pula. Mujurlah saiz aku padan dengan buah dada dia. Kalau tidak mungkin aku juga tak diperlukan lagi. Aku berasa sungguh ceria. Begitulah riwayat hidupku sebagai sepasang bra.

No comments:

Post a Comment

Berteleku

Kini di lembaran baharu, aku menukil lagi, sisa yang tertinggal, di persembunyian rindu. Apakah kita yakin segalanya telah pergi? Begi...