Skip to main content

Si Pujangga | Tamak

Tuhan,
adakah ini satu pemberian ?
atau perlawanan ?

Si pujangga bersoal tanpa jawab dalam dirinya. Pada satu masa si gadis adalah matari baginya, menyapa paginya dengan (ucapan) sirna, berlalu dengan redup senja. Pegun. Juga anggun.

Perkara-perkara yang dikongsikan bersama. Berlari-larian di kaki langit, menghadap bulan lantas kisah-kisah dongeng sang bintang bertelingkah didengari. Si gadis senang benar akan perkara itu. Sungguh si pujangga mahu dirinya lebih kenal si gadis, si pujangga mahu dia satu-satunya yang memahami hati budi si gadis. Si pujangga mahu jadi seperti bantal si gadis, menjadi teman bual sebelum akur letih si gadis. Setiap gembira, setiap hiba. Si pujangga mahu tiap-tiap mimpi si gadis disertainya.

Namun, sang pujangga hanya punya juta keingingan. Si pujangga tidak punya apa-apa. Tidak-kan ke mana-mana. Si pujangga hanya seorang penenun masa yang mahu kekal di sisi. Ketika si gadis murung, si pujangga lah si penjelajah mimpi yang membawa si gadis menerawang ke satu titik harapan. Sedikit terjungkir senyum. Boleh jadi, si gadis sangat termenang dengan semuanya.

Tidakkah terlalu banyak keinginan si pujangga ?

Kau terlalu tamak, sang pujangga.


| M. Rafi San

Comments

Popular posts from this blog

Ulangtahun Terakhir

Setiap ulangtahun aku cuba menanda.
Walau tidak selalunya bermakna.
Adakalanya, sekeping nota - mampu memberi bahagia.

Kita manusia, suka perkara-perkara kecil; untuk dicinta.
Kita manusia, alpa perkara-perkara kecil; lalu dilupa.

Akhirnya, kita di mana ?


| M. Rafi San


Kehilangan Mimpi

Pagi ini aku kehilangan mimpi. Paling aku khuatiri, hati sedang melonggar. Dek leka hujan berlarian tanpa endah seluruhnya. Sedikitpun aku tidak nikmati. Sungguh, ia meresahkan.

Kenangan apakah telah mati dan menjadi hantu ?

Aku diburu, terburu-buru.
Malam, adakah kau telah menjadi musuhku ?

Tak ada lagi yang indah, tentangmu.
Tak ada lagi yang manis, tentangmu.
Tak ada yang setenang separuh jiwamu - dibahuku,

Aku sedang kehilangan mimpi.

| M Rafi San

Bukan Perempuanku I

Dia.
Bukan perempuanku.

Asing. Katakan sahaja dia seorang asing. Dan, pisahnya daripada sebuah pasung mimpi, lalu kebiasaan itu biasa. Katakan lagi, dia bukan perempuanku. Cuma, aku gemarkan sia-sia.

Nanti--
Lihat aku dulu. Aku sedang kalah. Kalah dengan ghairah.
Mata bundarmu yang menjegil tika aku menewaskan egomu. Senyum lebihan yang tidak tahu dimana habisnya. Kau, peragut masa. Si gadis yang merampas tuan hati, yang dipenghuni sunyi. Dan, separuh jiwa kau telah lolos - tak henti mengunjungi. Nah, akhirnya kita dilahap dengan kata-kata sendiri. Kata-kata yang saling berbunuhan. Seperti aku katakan, kau sudah jadi tuan. Seperti aku telah lupakan, kau bukan perempuanku.

Tolol bukan? Jatuh pada yang bukan milik kita. Tak ada satu hati yang muat dua.

Bukan perempuanku.
Kau harus tahu ketika lampu membisu
gelap jadi sahabatku - ketika,
aku rindu tapi aku beku
aku mahu tapi tak mampu.

Engkau yang sebenar-benarnya telah jauh. Aku dipagar bentak mahukanmu. Aku menyantun diriku, haruslah b…