Saturday 14 May 2016

Bukan Perempuanku I

Dia.
Bukan perempuanku.

Asing. Katakan sahaja dia seorang asing. Dan, pisahnya daripada sebuah pasung mimpi, lalu kebiasaan itu biasa. Katakan lagi, dia bukan perempuanku. Cuma, aku gemarkan sia-sia.

Nanti--
Lihat aku dulu. Aku sedang kalah. Kalah dengan ghairah.
Mata bundarmu yang menjegil tika aku menewaskan egomu. Senyum lebihan yang tidak tahu dimana habisnya. Kau, peragut masa. Si gadis yang merampas tuan hati, yang dipenghuni sunyi. Dan, separuh jiwa kau telah lolos - tak henti mengunjungi. Nah, akhirnya kita dilahap dengan kata-kata sendiri. Kata-kata yang saling berbunuhan. Seperti aku katakan, kau sudah jadi tuan. Seperti aku telah lupakan, kau bukan perempuanku.

Tolol bukan? Jatuh pada yang bukan milik kita. Tak ada satu hati yang muat dua.

Bukan perempuanku.
Kau harus tahu ketika lampu membisu
gelap jadi sahabatku - ketika,
aku rindu tapi aku beku
aku mahu tapi tak mampu.

Engkau yang sebenar-benarnya telah jauh. Aku dipagar bentak mahukanmu. Aku menyantun diriku, haruslah berlalu tanpa lagu. Kerna sebetul-betulnya juga, engkau telah jauh. Engkau siap habis berperang dengan dirimu sendiri. Engkau lengkap semua dinding-dinding hatimu. Mana mungkin aku ceroboh. Sekalipun jiwa lesa-ku bakal roboh. Kerna aku tolol dan cukup bodoh. Di mana garisan tamatnya ? Wahai bukan-perempuanku.

Biarkan ini tertanya.
Biarkan ini harus direka.

Berdalih atau tidak. Bulan sedang menyuluh hatimu. Dan, aku wahai bukan-perempuanku, tetap rindu.

"..ku sedar kita takkan mungkin, bersama.."

| M Rafi San

4 comments:

  1. Bukan tulisanku
    Tapi tetap seghairah dulu
    Hebat
    Aku kembali untuk menulis lagi
    -na'dz

    ReplyDelete
  2. Aku cuma menuai apa yg aku rindukan.
    Tahniah. Selamat kembali na'dz 😊

    ReplyDelete
  3. kalau lah dinding aku juga sekukuh itu.

    ReplyDelete

Berteleku

Kini di lembaran baharu, aku menukil lagi, sisa yang tertinggal, di persembunyian rindu. Apakah kita yakin segalanya telah pergi? Begi...