Thursday, 26 November 2015

Si Pujangga | Tamak

Tuhan,
adakah ini satu pemberian ?
atau perlawanan ?

Si pujangga bersoal tanpa jawab dalam dirinya. Pada satu masa si gadis adalah matari baginya, menyapa paginya dengan (ucapan) sirna, berlalu dengan redup senja. Pegun. Juga anggun.

Perkara-perkara yang dikongsikan bersama. Berlari-larian di kaki langit, menghadap bulan lantas kisah-kisah dongeng sang bintang bertelingkah didengari. Si gadis senang benar akan perkara itu. Sungguh si pujangga mahu dirinya lebih kenal si gadis, si pujangga mahu dia satu-satunya yang memahami hati budi si gadis. Si pujangga mahu jadi seperti bantal si gadis, menjadi teman bual sebelum akur letih si gadis. Setiap gembira, setiap hiba. Si pujangga mahu tiap-tiap mimpi si gadis disertainya.

Namun, sang pujangga hanya punya juta keingingan. Si pujangga tidak punya apa-apa. Tidak-kan ke mana-mana. Si pujangga hanya seorang penenun masa yang mahu kekal di sisi. Ketika si gadis murung, si pujangga lah si penjelajah mimpi yang membawa si gadis menerawang ke satu titik harapan. Sedikit terjungkir senyum. Boleh jadi, si gadis sangat termenang dengan semuanya.

Tidakkah terlalu banyak keinginan si pujangga ?

Kau terlalu tamak, sang pujangga.


| M. Rafi San

Saturday, 10 October 2015

Waktu

waktu
ada yang melukis merindu
terlepas segala yang dituju
terbiar cicir satu-persatu

waktu
bergerak pantas dalam rotasi
berpimpin erat jari realiti
hilang dan berlalu pergi

kita
hanya berdiri dan mencemuh diri
tak terpeduli saat yang menjauhi
takkan kembali waktu yang tlah mati.



| didi.andra

Sunday, 4 October 2015

Kota Kritikal

kota kritikal
tiada waras dalam fikir
memilih cara terkutuk 
demi impian 
demi kemewahan 

kota kritikal
tercemar dan rosak 
kerana mereka kejar kejayaan
tertinggal manusia-manusia menderita
not-not kertas berterbangan
melintasi mata alam.



| didi.andra

Sunday, 6 September 2015

Tinggal

Diam.
Aku sudah letih berjaga.
Penjarakan saja masa.

Aku sudah lali rasa.
Sudah.

Aku sudah tawar hati.
Selalu.

Tinggal kita benar-benar 'mati'.
Tinggal matari bersenja pergi.
Lalu malam memeram sepi.

Tinggal kita,
hargai masa silam kita.

| Dika

Wednesday, 19 August 2015

Anak Punk

aku bukan glue sniffer
aku cuma anak punk jalanan
yang melawan dan bersorakan.

Tuesday, 18 August 2015

Harapan

harapan biar setinggi langit
kalau jatuh
jatuh di puncak
jangan harapan setinggi bukit
kalau jatuh
jatuh ke tanah.

Sunday, 16 August 2015

Teguh

kau tahu aku ini gentar
tak daya kaki terpacak di puncak
gugur jantung ke kaki ia terpasak
namun sekelumit teguh masih ada
namun sekelumit teguh masih ada
buat pimpin di hari muka.

Saturday, 15 August 2015

Kelahiran

keluarkan aku dari sesak-sesak
tersempit yang menghimpit lendir
pintu kecil yang terbuka sikit
menjemput aku ke dunia luas.


Mimpi

adakala tiada manusia percaya akan sebuah mimpi
yang menjadi realiti itu dari mimpi-mimpi
sebelum ini.

Friday, 14 August 2015

Hampa

Bila rasa berkongsi itu jadi hampa,kau bukan sesiapa.

| Dika

Wednesday, 12 August 2015

Tempat Tidur

malam ini
biar aku dirangkul seenaknya
oleh tubuh empuk kamu
hingga terbenam ke lantai.

Wednesday, 5 August 2015

Menahan Aku Memeluk Diri

hari ini
mendung awan tidak berarak
ditolak angin tidak bergerak
seperti masa terhenti di sini
menahan aku memeluk diri

hari ini
pohon-pohon tidak bergoyang
unggas seakan tidak reti terbang
seperti masa terhenti di sini
menahan aku memeluk diri

hari ini
laut biru tidak bergelora
ikan-ikan pupus dari kelihatan
seperti masa terhenti di sini
menahan aku memeluk diri.



Monday, 27 July 2015

Transparentasi Ketakutan

langit yang ku junjung
makin berat
bumi yang ku pijak
makin merekah
angin yang sepoi bahasa
makin tidak berbahasa
bunga wangian di taman
makin melayu tunduk
cinta yang agung
makin pudar dari hati

apa ini rasa ketakutan
ketakutan yang sekian lama sembunyi
sembunyi di balik tembok transparentasi?


Saturday, 25 July 2015

Rahsia

ada sejuta perkara tak terungkap
dipaksa-paksa masih sepi
bibir tidak rela bercakap
biar pedih melukakan diri.

Bunuh Diri

sebilah pisau rambo di tangan
kini merobek di perut.

Sunday, 12 July 2015

Hikayat Jebat dan Tuah

sudah dituai tidak berbuah
patah pohon gugur terlayu
bertikam Jebat menyingkiri Tuah
membela sang raja melayu.


Agung Di Kepalsuan

segak kot mewah dipadankan
senyum kelat mendabik dada
peranan besar bak agung
disoal sepatah menjawab tak endah.

Manifesto

sungguh manis kata hikmat
terpaku kelu si polan bisu
tidak benci mahupun meluat
hentikan saja manifesto penipu.

terbuai-buai anak kecil
di bawah sinar gemerlapan
mengaut tanah segala hasil
lesap sepi dalam kegelapan.


Kuku Besi

tanah sekangkang dibajak sebidang
dibuat pacak besi gergasi
langkah tuan tidak diundang
sang kuku besi bertopeng menteri.

Tuesday, 7 July 2015

Aku Sepasang Bra

Aku sepasang bra. Aku dinamakan Avon. Aku dilahirkan di sebuah kilang di Singapura. Aku merupakan sepasang bra yang berjenama. Jenisku paling digemari oleh wanita pelbagai lapisan umur. Setelah siap dibungkus, aku dan kawan-kawanku dihantar ke Johor dengan sebuah lori. Apabila sampai di  Johor, aku dan kawan-kawan dihantar pula ke stokis yang terkenal di serata Johor Bharu. Di sini aku berkenalan dengan kawan-kawan baru seperti Pony, Roxy, Mango & ramai lagi. Aku dijual dengan harga RM19.90.

Pada suatu hari, ada seorang gadis berpakaian sekolah mendekati aku. Selepas puas aku dibelek dan dicuba pakai, akhirnya aku menjadi milik gadis itu. Aku berasa gembira kerana mendapat seorang tuan baru yang sangat cantik dan penyayang.

Setiap hari aku dipakai untuk pergi ke sekolah. Aku gembira sekali kerana dapat berjumpa dengan kawan-kawan yang berwarna-warni. Ada suatu hari, tuanku lupa membersihkan badanku. Dia membiarkan aku dalam raga pakaian sehingga berhari-hari lamanya. Setiap kali aku ditimbuni oleh pakaian lain, badanku menjadi berbau busuk. Tuanku tidak ingat kepada diriku lagi. Aku dibiarkan begitu saja.

Tapi nasib aku kembali cerah. Ibu tuanku mengambil aku dan mencuci hingga bersih dan wangi. Kini aku menjadi milik adik perempuan tuanku pula. Mujurlah saiz aku padan dengan buah dada dia. Kalau tidak mungkin aku juga tak diperlukan lagi. Aku berasa sungguh ceria. Begitulah riwayat hidupku sebagai sepasang bra.

Wednesday, 1 July 2015

Ketentuan

mudah datang, mudah jua pergi
itu semua atas satu pilihan
satu keputusan yang tak diputus
untuk kekal selamanya setia
bukan jua pilihan sesiapa

kita diatur oleh Sang Tuhan
setiap perinci diatur rapi
yang siap terancang
siap sudah ditentukan
akhirnya.


Nombor Dua

satu
selalu bikin saja aku buntu
dua
selalu bikin aku rindu
tiga
selalu bikin aku keliru
empat
selalu bikin aku diburu

satu dua tiga empat
aku tetap pilih dua.

Terlahir Rindu

buat pelukan yang terlepas
aku masih mengait rindu
bayang samarmu diundang kembali
dampingi aku sampai mati

buat kerinduan yang menghapus
terlahir lagi dari kerinduan lain
membeku dalam kepala aku
mencair pabila kita bersatu.




Friday, 5 June 2015

Memori

pada angan yang belenggu semalam
masih belum pergi
masih kebas

ingatkan aku pada sekotak memori
terbungkus rapi
tersusun elok
kemas

ingatkan aku pada sentuhan bahgia
terasa lagi
terasa lagi
panas.


| didi.andra

Penawar Hari Esok

gering semalam
bikin lelah
bikin ranap jasad
seketika

percayalah kita
pada hari mendatang
ada penawar
seenaknya.



| didi.andra

Aksara

cukupkah aksara yang wujud ini?
buat ditolak-bandingkan sama perasaan terpendam?

cukup.


| didi.andra

Tuesday, 12 May 2015

Mereka

Ketahui lah
masa-masa yang kita ada
aku senang sekali berkongsi
walau itu masa-masa yang ada --
senyum nampak gigi.

Walau siapa pun kita nanti
mereka (kenangan) tidak pernah
mati.

Percayalah, masa akan berhenti.

| Dika

Tuesday, 24 February 2015

Muslihat

Pada suatu waktu yang diam,
bergelut dengan tarian memori silam,
teroleng-bergelinjangan,
habis memoir bertelanjangan,
terasa dicarik-carik aku, jauh bergentayangan,
meminta belas kasih, sedikit terjungkir senyum --

Aku masih berkelana,
mampir ke hati-mu yang sempit,
celaka; aku tersepit.

 ---

Pulanglah bertatih,
rangkumi gendongan yang kau mimpi-mimpikan selalu,
itu cuma muslihat hati yang latarnya, bertengger harapan,

---

Meski t'lah duga, satu daripadanya terkilan,
tenang--

Masih ada raut senyum,
salah satunya.
satu daripadanya.



| Dika

Tuesday, 10 February 2015

Rindu

Ketika kau sedang melamunkan sesuatu (ragu-ragu),
lalu dia datang dahulu (rindu),
menegur-mu,

walaupun tanpa bunga dan senyum.

***

sedang aku tunggu,
gadis hitamputih-ku.

| Dika

Berteleku

Kini di lembaran baharu, aku menukil lagi, sisa yang tertinggal, di persembunyian rindu. Apakah kita yakin segalanya telah pergi? Begi...