Saturday, 27 July 2013

Anjing Sayang Mimi

Hari ni 27 haribulan Julai tahun ke-10 ulangtahun perkahwinan Anjing dengan Mimi. Untuk mencapai kehidupan bahagia seperti sekarang, telah bermacam liku liku mereka hadapi bersama. Jatuh bangun, terajang tumbuk, ribut taufan, malahan tsunami dan banjir pun mereka tetap berpeluk erat seperti pasangan romantis yang lain.

Anjing rasa gelap malam ini ditemani cahaya bulan dan jutaan bintang sudah cukup melengkapi malam mereka. Anjing rasa happy. Mimi pun mesti rasa happy jugak, Anjing fikir. Mereka sambut ulangtahun ini dengan sorang sebungkus nasi lemak tetek, sepotong kek keju Secret Recipe (itupun sebab member kerja situ, pow sikit) dan air tebu yang Anjing curi di bazar Ramadhan berdekatan. Mimi puas hati dengan makanan yang terhidang. Tapi belum tentu puas hati pada Anjing. Anjing makan banyak. Tak guna punya anjing. Mimi maki dalam hati. Malu nak berkata rasanya.

Semasa babak makan minum, tetiba Mimi bersuara. Mimi tanya Anjing, "Anjing anjing, anjing tak bosan ke? Dah 5 hari kita makan kat luar rumah dengan sebijik meja study dan sebatang lilin ni. Rasa macam tengah puja hantu nak mintak nombor ekor". Dengan gaya spontan Anjing jawab, "Mimi mimi, Anjing bosan jugak tapi kekadang kan kan kan best jugak makan kat luar. Ada angin, ada bulan, ada bintang, ada cengkerik, ada nyamuk aedes, ada mat rempit lalu lalang. Dapat kita menikmati keindahan ciptaan Tuhan. Mimi tak rasa sebegitu rupa?". Mimi mendonggak jauh ke langit seraya berkata pelahan, "Anjing kan kan kan, sweet betul. Macam anjing. Tak menyesal Mimi kahwin dengan Anjing dulu dulu, tak menyesal". Anjing hanya sengih kerang sambil jari kanan tunjuk isyarat "\m/".


Beruk: Aku tengok beberapa hari ini kau asyik candle light dinner dengan bini kau ja, mesti dia suka kan?
Anjing: Dia marah la. Aku lupa nak bayar bil elektrik, dah masuk seminggu elektrik rumah aku dah kena potong. Aku kan anjing, kau pun faham kan Beruk.



|Didi.Andra

No comments:

Post a Comment

Berteleku

Kini di lembaran baharu, aku menukil lagi, sisa yang tertinggal, di persembunyian rindu. Apakah kita yakin segalanya telah pergi? Begi...