Friday, 26 July 2013

Kamal Minum Sos

Kenapa semasa merempit laju laju di lebuhraya, tak kesah la lebuhraya Utara-Selatan, lebuhraya Karak atau lebuhraya Korea-Japan sekalipun, kita dinasihati supaya jangan makan atau minum sesuka hati, sangat bahaya.

Tahun 2004,

Kamal sedang tidur di ruang tamu selepas tamat menonton animasi kegemaran dia pada waktu tu, Ninja Boy. Ninja Boy ni antara yang paling feveret pada tahun tu. Hampir seluruh rakyat Malaysia taksud dan nyaris hilang akidah semasa layan animasi ni. Lawak dia bukan calang calang lawak. Entah entah program raja lawak yang ditayangkan di stesen tivi lagi satu boleh kalah.

Ibu menyuruh Kamal belikan sos. Kamal cakap orait. Ibu campak dompet. Kamal lompat dan tangkap dompet. Dompet selamat ditangkap Kamal. Kamal angkuh lalu keluar dari halaman rumah. Kamal tunggang Honda Ex5 arwah bapanya.

Kamal terus ke kedai sos. Dekat saja. Adalah dalam 50km dari rumah Kamal. Kamal okay, Kamal okay. Tiba di depan kedai sos, Kamal hampa. Bukan saja sos habis, kedai pun habis operasi tak ikut waktu sebenar, 9am - 5pm. Kamal beredar ke kilang sos, dekat saja. Cuma 222km dari kedai sos, Kamal okay. Kamal berjaya beli sebotol sos.

Tanpa berlengah, Kamal merempit pulang paling laju dalam dunia. Mungkin paling laju dalam alam semesta bimasakti yang ke-99999999. Lagi 1km nak sampai rumah, Kamal haus. Kamal stop tengah lebuhraya, line paling kanan. Kamal tengok botol sos, Kamal buka. Kamal tak makan sos, Kamal tak makan. Sebab terdengar bunyi hon dari belakang.

Itu saja pesanan gua.

p/s: Kalau Kamal tak tidur waktu tengok tivi, mesti masih hidup sekarang. Haha 



|Didi.Andra

1 comment:

Berteleku

Kini di lembaran baharu, aku menukil lagi, sisa yang tertinggal, di persembunyian rindu. Apakah kita yakin segalanya telah pergi? Begi...