Rapeah Sedihhhhhhhh

Nak diringkaskan cerita yang jalan ceritanya kalau gua cerita pun boleh makan masa sampai dua pertiga malam.

Ada sebuah keluarga kecil di kawasan pendalaman daerah Sik. Si janda bernama Rapeah ni ada 19 orang anak yang selamat dia lahirkan sejak 30 tahun lepas. 18 orang daripada anaknya adalah lelaki yang tak berapa nak macam lelaki dan selebihnya sudah tentu jantina perempuan.

Sebelum bulan puasa hari tu si janda ni asyik menangis siang malam. Sikit-sikit menangis. Basuh spender, menangis. Kait buah langsat, menangis. Kayuh basikal, menangis. Tengok tivi, pun menangis. Hal ini makin serius. Lalu Pak Kassim yang selalu duk stalk Rapeah kat fesbuk datang mengadu perkara ni kepada gua;

Kassim: Assalamualaikum gua!
Gua: Wassalam (Gua jawab stail sms)
Kassim: Aku mai nak habaq kat hang satu benda ni
Gua: Apadia? Anak hang nak kahwin 2 pulak ka?
Kassim: Haihhh. Apa pulak lagu tu. Anak aku dah mati. Ni pasal Peah.
Gua: Awat Peah? (Gua eksaited pasal Peah sambil gulung kain pelikat naik sikit)
Kassim: Aku duk tengok dia hari hari duk qeyau cari natang apa taktau. Rasa nak terajang muka dia pun ada. Tolong tengok dia sat.
Gua: Laaa. Biasa la tu lumrah manusia. Sat qeyau, sat gelak. Mana hang tau dia duk selalu qeyau?
Kassim: La ni zaman dah maju. Hang ingat takdak ka orang duk upload gambaq muka qeyau kat laman sosial?. Aku add fesbuk dia, aku tau la.
Gua: Owh. Dahsyat!

Hujan renyai. Guruh gempita serta kilat sabung menyabung. Gua dan Kassim merempit tanpa sepatah haram menuju ke rumah Rapeah. Sampai di depan rumah Rapeah, Kassim terus drift motor Rxz milik menantu dia yang berasal dari Filipina tu. Gua yang membonceng dibelakang cuba melompat ala ala Rosyam Nor dalam filem KL Menjerit (entah ada ke tak scene ni, gua lupa).

Gua: Woi Peah! (Gua jerit tanda hubungan mesra sesama penduduk kampung)
Peah: Woi! Sapa di sana tu?
Gua: Ni gua!
Peah: Owh Ahmad Gua. Sat naa. Nak pakai bulu kening palsu sat. Tunggu~
Gua: Okay, gua okay.
Peah: Ada apa bang gua dengan bang Kassim mai sini?
Gua: Gua dengaq lu asyik qeyau. Awat?
Peah: Peah sedihhhhhhhhhhhh~ (Peah start menangis. Cibai, terus menangis?)
Gua: Laaa dah qeyau?
Peah: Peah sedih bang. Anak perempuan Peah dah kerja kat Kolumpo
Gua: Haa baguih la anak hang dah ada kerja. Nak sedih buat apa?
Peah: Tapi dia kerja jadi pelacur. Duk layan datuk datuk yang tua. Orang muda muda dia kata mak ayam tak bagi layan. Gaji pun RM5000 ja. Hmmmm
Gua: Masyaallah. Sebab tu ka hang sedih? Hang gila ka?
Peah: Dak~
Gua: So, what?
Peah: Sedih gembira sebab first time anak Peah dapat kerja. Syukur Alhamdulillah. :3
Gua & Kassim: K.

Kassim start motor Rxz milik menantu dia yang berasal dari Filipina tu, pakai helmet Shoei, sarung jaket kulit hitam, kasut Macbeth dan motor bertukar menjadi transformers. Tanpa mengira jantina dan umur, transformers Kassim terus terajang Peah yang slim macam Rozita Che Wan. "Hiyahhhhh!!!". Peah melayang masuk ke dalam pintu rumah semula.

Sambil mulut gua bersiul lagu Najwa Latif, kami berlalu pergi ke bandar. Lepak pekena laicikang. Best, sangat best.



|Didi.Andra

Comments

Popular Posts