9:31pm / Khamis
6 September 2012
Aku yakin dia memang akan datang lambat . Cis Nad ni , tadi beriya cakap nak keluar pukul9. Ke aku yg cakap macamtu ? Hehe . Biarlah . Aku dah lapar , melantak dulu nasi goreng pattaya . Aweng betul-betul selera ha . Sama order dengan aku , tapi nampak dia macam habis dulu je .
"Haa kau baru nak sampai kan.." . Aku dah separuh kot makan . Lapar tunggu kau tak sampai-sampai.Nasib baik sampai je terus minta maaf . Sejuk sikit aku . Hehe . Makan , habis makan borak . Cerita dunia semua . Gurau . Semua tu momen .
Hui sejuk betul. Aku rasa nak hujan la . Nad dan Aweng mengiyakan aja . Aku banyak bercakap malam tu . Nad diam , Aweng menyambung gelak dari bualan tak rasmi aku . Eh cawan pun nak terbang . Angin sangat marah . Ada satu momen yang aku suka , dan kami terus gelak . Itu momen-nya . Tapi masih belum nampak kelibat petir mahupun teguran dari guruh . Mungkin mereka masih belum beri amaran . Ah meleset . Hujan tiba-tiba ; gerimis . Masih rasa kool dan remehkan tempias . Borak dah terlalu meleweh . Penat gusi bercakap ; ketawa ; senyap . Jom bayar . Aku bayarkan semua , lebih kau tambah ye Aweng .Kita balik rumah dulu ambil payung dulu kat rumah kau then kita hantar Nad .Setuju .
Aku rela malam tu . Nad pun . Seketika biarkan imbauan kanak-kanak , menjadi diri masa tu . Kami bermain hujan tapi tidak terlalu nakal . Aweng di depan . Entah mahu atau tak mahu .Aku masih khayal , Nad entah . Apa dia rasa, dia je tahu . Aku biarkan dia membasahi jiwanya . Aku tahu , setiap orang ada kisahnya . Ada ceritanya , alasan mungkin ; yang dia sahaja tahu . Kerna itu satu-satunya nyawa tambahan untuknya . Aku toleh lagi , dan dia semakin khayal dengan kurniaan cinta dari hujan . Raikan-lah kawan .
Bersambung...
| Andika
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Berteleku
Kini di lembaran baharu, aku menukil lagi, sisa yang tertinggal, di persembunyian rindu. Apakah kita yakin segalanya telah pergi? Begi...
-
Kini di lembaran baharu, aku menukil lagi, sisa yang tertinggal, di persembunyian rindu. Apakah kita yakin segalanya telah pergi? Begi...
-
Berdikit-dikit berperasa lali . Diangkat tuk dicemuh, saban hari, kesekian minit berganti. Pabila ketetapan dianggap kemestian bagi-bag...
-
si dia -- bercita-cita mencari setia yg satu namun dia berani muncul pada yg t'lah 'dua' tidakkah si dia sudah menja...
No comments:
Post a Comment