Darah Muda

Separuh keringat terbuang di keramaian
Menjadi pemboceng bersama si ikal mayat
Melepaskan lelah
Air susu dan barli dicampur
Menjamah sepinggan rezeki
Berbual tanpa sedar
Bergelak tawa dalam dunia sendiri
Kosong seketika
Sekepala muncul
Betanyakan kegembiraan malam ini
Sekalian sahut
Pertama kali bagi yang mengenali
Endahkan
Bukannya halal untuk disentuh
Diteguk juga tidak disuruh
Jiwa terbiar apa kesahnya
Mata si buta pagi kian celik
Melihat jiwa-jiwa ini
Langit turut terkilan
Juga mentari yang diam kesal
Anak ini tiada niat
Menjadi sesiapa pun
Masih belum ada dalam diri
Untuk kali ini
Darah muda adalah mimpi ngeri


| Didi.Andra

Comments

Popular Posts