Monday, 22 October 2012

Cakap-cakap aku

Aku ini - hanya berani bercakap dengan orang yg bersetuju. Barangkali mereka yg hanya bersetuju dengan aku. Berani berkata dengan mereka yg dangkal agar tidak disangkal. Berani bercakap dengan lawan bukan lawan. -- Memangnya aku pengecut. Bercakap hanya untuk diri. Bercakap hanya melalui pengalaman sendiri.Setakat meluahkan di mana aku berada pada zon selamat. Tiada pewatak antagonis , bolehlah - aku.

Cuba letak satu alat yg boleh melawan cakap-cakap aku. Pasti ditentang. Habis nak baring , terus terlentang. Diam aku. Hujah-hujah aku adalah ludah yg aku telan seorang. Rasa kotor. Aku-lah. 

Percayalah.
Aku menulis semua ini untuk perhatian saja. Tidakkah kalian kasihankan aku ? Tidakkah aku memakai hujah yg betul ? Tidakkah aku menunjukkan aku memangnya benar ? 

Seburuk mana pengakuan aku. Jika aku menulis dengan baiknya , niat aku mencubit simpati kalian pasti jadi. Percayalah - Aku kononnya baik. Simpati itu murah pada jualan baris aksara yg aku rekayasa-kan. Mari beli--

Mulai sekarang 
letak rapi-rapi dalam persepsi 

Aku jahat

|Andika

Sunday, 21 October 2012

Kelantan

Kenapa nak haramjadah-kan orang Kelantan? 
Mereka ini malapetaka?
Mereka ini sejenis malang?

Kita kutuk sana sini
Kita dengki sana sini
Kita caci sana sini
Diri sendiri perasan sempurna

Kalau Kelantan di atas
Muncul sikap iri hati
Besarkan kesalahan kecil
Menjatuhkan mereka
Jatuhkan orang Kelantan


Mereka pun serupa
Macam kita
Manusia biasa
Ciptaan Allah

Manusia punya tipikal
Susah nak buang
Kecuali mati
Sampai kiamat pun tak habis
(Itupun belum tentu hilang)

"Kononnya kita marah/benci/bengang kalau orang luar haramjadah-kan Malaysia. Tapi lupakah kita sendiri yang  kutuk/perli/caci orang dan negeri dalam Malaysia?"




|Didi.Andra

Saturday, 20 October 2012

Pipi

Separuh
gambar-gambar
senyum kau
aku
suka
cuma

pipi kau saja,

|Andika

Thursday, 18 October 2012

Tenang

Bismilllah

Sedikit tenang
Jauh sedikit lagi
Terus terang aku gentar
Harap tak ada jelmaan datang berteman
Amin

Gerimis dan riuh katak 
Sesekali menyapa sunyi sepi
Perkuburan sedikit kelam
Suasana disini tenang saja
Semoga tenang juga mereka disana

Pusara yang telah dibasahi hujan
Tanah merah menjadi lembap
Dalam kesejukan
Aku merenung sesaat
Simpati pada arwah
Dalam kenangan 

Al-Fatihah.

Tanah Perkuburan Islam Pantai Peringgit



|Didi.Andra

Bayang-bayang

Malam sesedan itu
aku mengerekot sejuk , berlantas bayang-bayang
yang menangis

| Andika

Sunday, 14 October 2012

Pertama yang pertama kali

Pertama. Dari aras tingkat tiga , aku perhati jalan pulangnya. Kain biru laut , kurung seputihnya. Ya , ini cerita sekolah dulu. 

***

Macamana aku mula lihatnya dulu. Dulu , memang adalah yang dahulu. Pertama. Pertama kali memulakan sesuatu , pertama kali mencuba sesuatu yang tidak kekal. Tapi pertama kali itu jua-lah , memberi aku peluang hidup. Mengenal pertama dalam pertama kali.

***

Rindu memang ada , bukan sebagai yang pertama lagi ; sebagai yang seada. 
Mata sepetnya.
Pengantar suaranya , lembut macam vanila.
Aku suka wangian dia pakai.

Cerita pertama kali itu
Dimeterai seawal lima empat puluh lapan
Dua belas ogos , membawa pertama kali jua ke dua puluh enam ogos
Pertama kali dalam pertama ; imbau

Pertama-nya
Walau tidak kekal , kendati bukan penentu dari Tuhan
Tempoh itu cukup aku menjadi seorang budak masa itu
Cukuplah sekadar budak

Sekarang aku lebih baik penghidupan
Diwalhal pertama , dunia membenar aku menggantung impian
Aku tetap sayang kau ; tapi kita ikut lagak takdir

Ini pertama aku



|Andika
SelamatHariLahir;Syahrifahnoorfazeera/20tahun/15Oktober

Friday, 12 October 2012

Aku dihukum sebelum mula bicara

Lagak semalam
Bermalap-malap malam
Bertakup kelam , dicemuh dikecam

Aku.."

Sesekali aku macam orang berhutang
Kata si peri halusinasi
Aku pewatak ngeri
Penghutang mimpi

Dulu , satu hutan aku lari
Mencari Tuhan dikenali

Sesat dan sesak
gasak

Dunia belum bebas dengan manusia penghukum theologi 




|Andika




Wednesday, 10 October 2012

Dia Ibu, Dia Segalanya

Cinta ibu mudah dicari

Dia tahu bagaimana besarkan aku
Pabila aku kemurungan
Dia dongakan kepala 
Aku suka cara dia
Dia anggap aku teristimewa
Kasih sayangnya dari Tuhan
Dia salurkan ke diri anaknya

Cintanya sangat jelas
Aku harap dia bersama disisi
Aku rindu saat bersamanya
Kerana aku tak selalu bersamanya

Telah dia tinggalkan kita kurniaan
Sebagai penerang dalam hidup
Dan dapat aku rasa
Dari dasar hati yang terdalam
Kepercayaan terhadapnya
Takkan pernah hilang
Selamanya.

"Untuk ibu aku, Salmi Binti Tajudin yang pertama dan selamanya.
Aku amat menghargai setiap jasamu sehingga nafas terakhir.
Tidak dapat aku bayar semua ini walaupun harganya berjuta juta sekalipun.
Hanya Allah saja yang akan membalasnya dengan kasih sayang yang telah engkau berikan".

Dengan rendah hati, anak Mu.



|Didi.Andra

Sunday, 7 October 2012

Roboh

Dalam kelompok ramaian
manusia-topeng , manusia-boneka
satu mendatang hampiri

"..kenapa kau diam.."

Aku pilih untuk wujud dalam minoriti
aku agakan
aku seperti mereka

Seperti hidup ini tiada matlamat
sama-sama roboh.

| Andika

Thursday, 4 October 2012

Anura II

(sambungan dari Anura)

Malam tu aku jumpa Anna dengan kawan-kawan dia. Nampak macam bukan dalam keadaan normal ja budak-budak ni. Bison digenggam erat dalam tangan. Jalan pun dah terhoyong hayang. Aku biarkan saja. Aku dah biasa dengan perangai dia. Tapi kadang-kadang aku rasa kurang senang jugak.


Sebelum bertembung dengan Anna, aku berselisih dengan Nura yang duduk bertenggek dekat anak tangga Uniqlo. Aku terus tegur dan salam tangan. Dalam keadaan blur dia pun salam aku. Dia rabun sebenarnya. Aku tanya dia mana Anna. Aku tahu dia kawan baik Anna walaupun aku lebih kenal Anna dari dia. Dan dia lebih kenal Anna dari aku. Mudah ja dia jawab tak tahu. Barangkali dia malas nak fikir. 


Aku bukan keseorangan pada malam tu. Aku, Faq, Bos dan seorang lagi stranger yang aku baru kenal. Aku lupa nama dia. Kami bersama berjalan merempuhi segala kejadian Tuhan yang ghairah berpesta sambutan tahun baru menyembur benda alah kabus putih yang agak celaka bagi aku. Rasanya macam buih sabun pencuci baju. Dalam sesak lalu lintas itu kedengaran jugak bunyian muzik dubstep yang tetiba datang dari pelusuk mana. Aku buat endah tak endah saja. 


Walaupun dah hampir setengah tahun aku kenal Nura, baru hari ni aku teringat nak minta nombor telefon dia. Bukan tak mau minta dari awal dulu lagi. Cuma aku rasa belum diperlukan lagi. Lagipun aku selalu mengisi masa lapang aku dengan kawan-kawan rapat lelaki berbanding kawan perempuan.


Lelaki macam aku ni kena la jual mahal jugak kan. Walaupun pakej yang ada kat aku ni tak setanding dengan kehenseman budak budak Pavi, abang abang Kpop, takpun brader rockstar.


*pause


"Kau kat mana"
"Aku dah kat BB"
"Awal kau sampai?"
"Saja datang awal. Lepak dulu"
"Kau dengan sapa?"
"Aku sorang je la"
"Owh. Kejap lagi pukul 4 aku sampai sana"
"Okay cun!"
"Handfon aku bateri low tau. nanti pandai2 la aku cas".


Entah kenapa hari ni perasaan aku jadi hepi. Selalu tak ada la jadi macam ni. Bukannya aku nak jumpa awek pun. Tapi entahlah aku terasa bagai dalam hati ada funfair. Jeritan riang kanak-kanak sedang bergembira bermain rollercoster berlegar di setiap ruang hati aku. Ibarat bunga sakura yang gugur di musim salji. Tetiba terpesong jauh. 


*pause


Hobi aku memang suka menunggu orang. Dah lama aku tak buat hobi sebegini. Kali ni secara rela dan terpaksa. Tapi tak apa. Nura punya pasal aku sanggup tunggu. Dari perbualan pesanan ringkas semalam dia dah menunjukkan keinginannya yang melampau terhadap buku tu. Dan aku tahu kelampauan itu pasti dia tak sia-siakan begitu saja.


Waktu yang berdetik sedikit pun tak pedulikan aku yang dah berjam jam lama berdiri dan ada ketika aku terduduk keletihan dibawah tembok stesen monorel Bukit Bintang. Semangat aku masih kuat dan tebal lagi. Masih setia menunggu. Ada jugak aku cuba kol dan menghantar mesej. Tapi semuanya tak terbalas. Dalam hati aku berbisik perasaan yang kurang enak. Mungkin dia tak jadi datang berjumpa aku. Atau dia ada hal lain dan sengaja tak mahu bagitau kat aku. Aku buntu.


*pause


Sampai saja sini, aku terus menghala ke restoran yang terletak berhadapan dengan Times Square. Aaron, Nyny dan Aqmal antara yang selalu lepak situ. Seperti biasa, menu aku hanya air sirap ais. Pergi la lepak kedai mana pun aku tetap dengan air sirap ais. Pernah aku bergurau dengan pelayan restoran, "Tak black metal ar, kalau tak minum sirap". Terkukak kukik pelayan tu gelak dengan gurauan lucu aku.


Lepak punya lepak. Aku pun mengatur langkah beredar dari situ. Jam dah menunjukkan pukul 7:47 malam. Sesekali aku asyik membelek jam di paparan depan handfon. Walaupun baru seminit berlalu, aku terasa sangat lama menunggu. Dia cakap pukul 4 akan sampai. Tapi sekarang dah pukul berapa ni. Aku mula membuat konklusi sendiri. Mungkin waktu sebegini jalan sesak di tengah kotaraya. Buku dalam genggaman. Aku sabar. 


Lupakan saja Nura buat seketika.




|Didi.Andra

Makhluk Gorgon

Kau menangis
membentak marah ; sebak
tapi kau nangis lagi
nangis

aku minta

kau membelek
tubuh kecil itu
yang sebenarnya adalah makhluk gantungan
makhluk gorgon
tika malam menabiri
masa sunyi menyepi
sipi-sipi , ruang hati berpuisi

kau membelek
tubuh kecil itu

dia takkan bagi kau senyum
dia takkan bagi sedih kau hilang
cukup memberi kau keakraban
kala malam menabiri sipi-sipi
keluhan hati berpuisi

kau membelek-belek lagi
taktahu kenapa

dia makhluk gorgon

|Andika

Wednesday, 3 October 2012

Malam Ini Aku Rasa

Perbicaraan antara aku dan dia tamat
Dia hilang
Ke dunia dia semula

Beberapa detik aku kosong
Guruh gempita di langit
Menjerit meriah tika ini
Leka seketika 
hingga ia jatuh ke bumi
Singgahsana diselimuti gelap cahaya
Kelam kabut di dalam

Ruang kembali cerah
Perut kembali gersang
Selera kembali merungut
Hanya megi jadi teman penganti
Teh O suam ku hirup 
Sedalam dalam perasaan
Ku amati saat saat manis ini
Takkan ku dapat pada hari esok
Mahupun lusa

Bila bersendirian ku rasai
Semua indah belaka datang
Bila bersama dua tiga
Aku rasa ia tidak sama

Malam ini aku rasa.



|Didi.Andra


Tuesday, 2 October 2012

Ludah Diri Sendiri

Aku keluar rumah
Langkah demi langkah,

Aku lihat si batak
Mencari cari sekeliling sesak
Masih muda
Masih mentah
Merengek
Bergetah
Diam seribu bahasa
Tak terkata sepatah
Si jari hitam meraba celah,

Langit biru menjadi merah
Masuk ke rumah
Aku tatap cermin
Aku ludah
Aku lupa
Aku ludah diri sendiri.


|Didi.Andra

Tuhan-kah kita

Hati-hati si pemeri


Bicara pasal jodoh
Itu kerja Tuhan

Melangit cerca kau nanti
Bilang itu ini
Kau bilang itu janji
Kau bilang ini sejati

Akali realistik"

Bisik dalam-dalam
Biar syaitan pun tak dengar

Ini semua kerja Tuhan
Tuhan

Tuhan--

| Andika

Berteleku

Kini di lembaran baharu, aku menukil lagi, sisa yang tertinggal, di persembunyian rindu. Apakah kita yakin segalanya telah pergi? Begi...