(sambungan dari Anura)
Malam tu aku jumpa Anna dengan kawan-kawan dia. Nampak macam bukan dalam keadaan normal ja budak-budak ni. Bison digenggam erat dalam tangan. Jalan pun dah terhoyong hayang. Aku biarkan saja. Aku dah biasa dengan perangai dia. Tapi kadang-kadang aku rasa kurang senang jugak.
Malam tu aku jumpa Anna dengan kawan-kawan dia. Nampak macam bukan dalam keadaan normal ja budak-budak ni. Bison digenggam erat dalam tangan. Jalan pun dah terhoyong hayang. Aku biarkan saja. Aku dah biasa dengan perangai dia. Tapi kadang-kadang aku rasa kurang senang jugak.
Sebelum bertembung dengan Anna, aku berselisih dengan Nura yang duduk bertenggek dekat anak tangga Uniqlo. Aku terus tegur dan salam tangan. Dalam keadaan blur dia pun salam aku. Dia rabun sebenarnya. Aku tanya dia mana Anna. Aku tahu dia kawan baik Anna walaupun aku lebih kenal Anna dari dia. Dan dia lebih kenal Anna dari aku. Mudah ja dia jawab tak tahu. Barangkali dia malas nak fikir.
Aku bukan keseorangan pada malam tu. Aku, Faq, Bos dan seorang lagi stranger yang aku baru kenal. Aku lupa nama dia. Kami bersama berjalan merempuhi segala kejadian Tuhan yang ghairah berpesta sambutan tahun baru menyembur benda alah kabus putih yang agak celaka bagi aku. Rasanya macam buih sabun pencuci baju. Dalam sesak lalu lintas itu kedengaran jugak bunyian muzik dubstep yang tetiba datang dari pelusuk mana. Aku buat endah tak endah saja.
Walaupun dah hampir setengah tahun aku kenal Nura, baru hari ni aku teringat nak minta nombor telefon dia. Bukan tak mau minta dari awal dulu lagi. Cuma aku rasa belum diperlukan lagi. Lagipun aku selalu mengisi masa lapang aku dengan kawan-kawan rapat lelaki berbanding kawan perempuan.
Lelaki macam aku ni kena la jual mahal jugak kan. Walaupun pakej yang ada kat aku ni tak setanding dengan kehenseman budak budak Pavi, abang abang Kpop, takpun brader rockstar.
*pause
"Kau kat mana"
"Aku dah kat BB"
"Awal kau sampai?"
"Saja datang awal. Lepak dulu"
"Kau dengan sapa?"
"Aku sorang je la"
"Owh. Kejap lagi pukul 4 aku sampai sana"
"Okay cun!"
"Handfon aku bateri low tau. nanti pandai2 la aku cas".
Entah kenapa hari ni perasaan aku jadi hepi. Selalu tak ada la jadi macam ni. Bukannya aku nak jumpa awek pun. Tapi entahlah aku terasa bagai dalam hati ada funfair. Jeritan riang kanak-kanak sedang bergembira bermain rollercoster berlegar di setiap ruang hati aku. Ibarat bunga sakura yang gugur di musim salji. Tetiba terpesong jauh.
*pause
Hobi aku memang suka menunggu orang. Dah lama aku tak buat hobi sebegini. Kali ni secara rela dan terpaksa. Tapi tak apa. Nura punya pasal aku sanggup tunggu. Dari perbualan pesanan ringkas semalam dia dah menunjukkan keinginannya yang melampau terhadap buku tu. Dan aku tahu kelampauan itu pasti dia tak sia-siakan begitu saja.
Waktu yang berdetik sedikit pun tak pedulikan aku yang dah berjam jam lama berdiri dan ada ketika aku terduduk keletihan dibawah tembok stesen monorel Bukit Bintang. Semangat aku masih kuat dan tebal lagi. Masih setia menunggu. Ada jugak aku cuba kol dan menghantar mesej. Tapi semuanya tak terbalas. Dalam hati aku berbisik perasaan yang kurang enak. Mungkin dia tak jadi datang berjumpa aku. Atau dia ada hal lain dan sengaja tak mahu bagitau kat aku. Aku buntu.
*pause
Sampai saja sini, aku terus menghala ke restoran yang terletak berhadapan dengan Times Square. Aaron, Nyny dan Aqmal antara yang selalu lepak situ. Seperti biasa, menu aku hanya air sirap ais. Pergi la lepak kedai mana pun aku tetap dengan air sirap ais. Pernah aku bergurau dengan pelayan restoran, "Tak black metal ar, kalau tak minum sirap". Terkukak kukik pelayan tu gelak dengan gurauan lucu aku.
Lepak punya lepak. Aku pun mengatur langkah beredar dari situ. Jam dah menunjukkan pukul 7:47 malam. Sesekali aku asyik membelek jam di paparan depan handfon. Walaupun baru seminit berlalu, aku terasa sangat lama menunggu. Dia cakap pukul 4 akan sampai. Tapi sekarang dah pukul berapa ni. Aku mula membuat konklusi sendiri. Mungkin waktu sebegini jalan sesak di tengah kotaraya. Buku dalam genggaman. Aku sabar.
Lupakan saja Nura buat seketika.
|Didi.Andra
No comments:
Post a Comment