Sunday, 30 December 2012

Besok itu apa ?

Kau orang sibuk-sibuk
mendabik tak lebih daripada habuk

konon tahun baru
azam baru , cita baru
lagak orang hulu

besok cuma besok yg dikagumi ; peguni

sudah-sudah kau ngomong
kata-kata magis
ucap-ucap 'motif-basi'

muaklah

kau orang tak rasa ke
besok tetap ada dua-puluh-empat-jam

apa lainnya ?

|Andika

Wednesday, 26 December 2012

Desember pengagum jerihku

Kelmarin. Tak semena-mena aku dapat mesej. Berbunyi - "tidak berbunyi ataupun bip" . Aku rasa celaka, aku rasa ini bingai. Aku ralat tunggu. Asyik amat hingga yg terang jatuh menyembah, yg gelap bangun dipuja. Masa itu, aku terus bertengkurap. Muka menyembam bantal. Jiwa betul-betul aku biarlah luluh sampai tamat. Sekurang-kurangnya. 

Dan.

Hari kembali terik. Cahaya jerlus berjaya menembusi bucuan kamar aku. Ini bukan rekayasa. Aku membangun sebelum mata sempat celik. Mencebil. Aku lantas memejam dan melewati dunia gelap malam tadi. Sesal. Aku buka mata, aku buka separuh jiwa. Rasa masih sama, rasa celaka. Rasa yg kau dan kau tak pernah rasa. Aku disitu lagi. Separuh badan berdiri. Aku tatap penuh depanku selain cahaya menyinsing itu merobek penglihatanku. Oh dinding ini tak berubah. Kekal teguh dengan tampalan-tampalan klausa. Mau sahaja aku membingkas bangun dan langgar tembok gah ini. Moga-moga terus berlari ke masa silam dan kali itu aku mungkin lebih yakin untuk menjadi sekarang. Lagi sekali hampa, belekan tiada sebarang mesej.

Aku sekali lagi jatuh,
Kali ini siling tampak lebih meyakinkan. Untuk diri aku akan datang. Lepas aku menjadi tinggalan kemudian. Aku patut bangun semula dan rencana diri. Lalu, aku kekal lagi membaring. Beberapa kerdipan mata mencungkil tanya. 

Aku belum yakin untuk ke hadapan. Untuk engkau --


| M Rafi San

Saturday, 22 December 2012

Aku dan empirisisme hidup


I

Dunia tak mengenal aku
Dunia kan mengecam aku

Sebagai aku
aku yang aku


II

Tama-tama
buat ke satu kali-nya
Bukan ke dua, ke akhir sekali-pun

Aku rasa penuh cekel.


III

Se-orang-pun
aku mampu

sehari-hari aku menggagu di lengkungan langit --

kawan dah lama jadi asing
gabir
kekok


IV

Makin mampir kau ( kalian ) pergi
kian ansur pengap

tak apa

kita-kita adalah celaka
kira dulu, semuanya adalah wayang, macam wayang kulit dwipurwa.



V

Lepas akan
usah lekas gelar "pongah"

aku tak merajuk
cuma-kan

aku dah tua dicatu-catu
tersisih
berkurung dalam diri

sendiri.


* susah kan bila kau berdepan diri yg tak mengenal diri sendiri. Aku masih mengagau mencari personaliti diri yg semakin sasau. makin lama, aku makin paranoid dengan orang-orang. sekian.


|Andika

Thursday, 20 December 2012

Kesedihan paling indah ( Disember )

Langit masih sama.

menatap
diratapi

Di siang yg kian terlucut
angin tak macam sehaluan
redupnya tampak

Kesedihan paling indah

momen yg dibutirkan
memeluk kuat daya memoir

sebelum guguk didatangi
langit yg t'lah berbalik

ditatap
meratap

Melankolia paling aman

| Andika


Tuesday, 11 December 2012

Aku di satu ruang ( konfrontasi ) diri.

Aku mula ya.
Selagi nafas keluar ikut mulut dan hidung, selagi itu roh berpeluang kenal dunia. Apa yg aku nampak dari mata, adakah itu semua kebenaran. Apa semua tolehan aku, pandangan yg perlu aku pandang ? Pintu kaca terbuka.

***

Pagi yg aku tuturkan masih dianggap pagi. Terang dan sejuk. Nyaman sekali sepadu-padunya. Paling damai dan tenang peluknya. Macam rabu-rabu yg lepas, bulan lepas atau tahun lepas-lepas. Ia sebenarnya kekal sebagai hari rabu. Tapi pada awal kemunculannya, ada topeng-topeng yg lekok diparas mulut itu melagu, mendakwa bukan-bukan. Aku tak marah. Rimas. " Kau nak memekak apa dengan tarikh 12.12.12 ni ?? ".

Sebenarnya marah juga, tapi memandailah aku pusing. Kalau dibubuh tarikh itu dalam bacaan rahmat tak apalah. Mohon-lah ke syurga. Ia bukan satu. Dia adalah orang-orang yg peka persekitaran, pemercaya kalendar, pengikut globalisasi. Semua nak ikut, takmau ketinggalan. Mari kita carik-carik deskripsi tahyul pasal tarikh ni, semuanya sama macam aku. Dah, aku diam.

***

Aku dah anggap hidup seorang itu rutin. Hidup seorang itu aman tapi sunyi. Hidup seorang itu senyap tapi memekak. Kalau ada masa lapang, itu jahanam. Masa itu akan buat kau tambah perit. Kau kan rasa bumi itu gelap, jam itu tiada jarum. Kau ada kawan, kau akan dilupakan. Nak rasa dikhianati kan. Selama mana kau berdiri dibelakang teguh, kau lupa kau itu tiang. Kau itu sampah. Kau itu diperbodohkan. Kau mudah dimanipulasikan. 

Mudah sangat. Mereka cuma mahu mereka mudah. Mereka cuma mahu guna kemudahan yg ada pada kau. Lepas siap, mengayuh lari. Menyorok. Lupakan kau. Langsung tak kenal. Kemudian, kau rasa kau senang. Mereka datang lagi. Katanya - " aku susah, tolong bantu aku, tolong dengari aku, tolong puaskan aku.." . Semua minta tolong. Kau bodoh. Kau baik hati. Kau sangka kau ada pulangan. Kau sangka bayaran persahabatan itu murah. 

Tolol sangat rasa. Kau dengar seinci-inci cerita sedih mereka, kau dah dibutakan dengan simpati. Akhirnya kau lapar dan dahaga. Kau terperangkap dalam rumah kaca. Lagi satu, yg engkau ikut dari belakang itu kenapa. Konon kau cekal. Kau mengaku tabah. Tak apa, ini korbanmu. Mengarut orang nak kenang kau dengan aksi patung kau. Hidup ini adalah layar. Jangan ikut sangat angin yg keluar dari bibir-bibir giur itu. Ingat kau dapat rangkul macam dulu ? Bibir itu peludah racun. Kalau boleh transparensikan tubuh kau, hati kau dah rosak teruk. 

Dipermainkan sewenang-wenang. Kau itu tak ubah lebih dari barang. Barang kotak-katik. Dan jadinya akhir adalah sampah. Duduk di paling pencil. Kau boleh geram masa tu. Kau ada hati, kau guna mata juga. Sekarang kau dah jadi seorang. Seorang kan. Seorang yg tak berapa yakin. Berapa yakin menjadi seorangan. 




(Aku rasa aku ada gangguan mentaliti atau syaitan memang membisik.)


|Andika

Thursday, 6 December 2012

Menalkin kecai-kecai rasa

Hujan di luar.
melarutkan buntu malam.
hempas lagi.
kecai-kecai rasa.


Buram turut disapa.
udara sejuk dinihari.


Tenggelam.
malap tak bersuar.



meruyup.


Lemparlah.
nafas-nafas gelapmu.
biar buta.
kelam.


Selagi aku dianggap.
bernyawa (buat kau)

|Andika

Wednesday, 5 December 2012

Main cakap lepas sebab bosan

Aku ini lelaki.
pemuda.
duapuluh-an. 

Dengan rupa masih budakan, akal masih juga nakal. Aku takut dan malu sebenarnya. Untuk cakap-cakap pasal perasaan membungkam. Pasal cinta yg remeh pada mata orangtua. Aku ini terlalu muda dan mentah. Mudah sangat diratah emosi yg tidak konsisten raganya. Mudah sangat ingat pada orang itu, orang ini dan jatuh cinta. Aku lupa, aku ini lelaki. Mungkin bicara serupa ini bikin malu diri saja. Secara fitrahnya mungkin amalan seperti ini terus dinafikan. Sebab aku lelaki. Tidak boleh awalkan menyerah dan cinta-cinta ni. Ya, aku makin dewasa dan perlu dilihat lebih tenang. Jangan nampakkan kelayuan lelaki itu. Jadi, soalnya berbalik pada diri aku tanpa jumpa jawapan lagi. Aku mau cakap pada siapa ? Aku mau ludahkan perit jiwa pada longkang mana ?
 Aku juga ada kisah, yg barangkali ruang ini kurang sesuai tapi aku ingkar. Aku tidak peduli. Aku bukan orang suci. Aku orang biasa. Memang boleh mati kalau membiar hati lumpuh tanpa ubatnya. Boleh jadi aku ini golongan 'jiwang' juga. Sebab itu mudah sangat ranap ( patah hati ). Sampai berjuta kali ditegur lopongan malam. Terjerat aku lagi-lagi waktu sunyi. Nah, berseorang membatu dalam bilik. Kunci dari dalam, amati setiap cerita lama. Aku terlalu kisah dengan semua ni. Bodohpun ada juga. Mungkin ini adalah masa bodoh yg aku kena ingat bila menjangkau tigapuluh-an nanti. Aku yakin. Mungkin ini adalah iktibar yg aku tak nampak sekarang. Penceritaan aku masih tak sampai. Kalau mau bilang cerita pasal cinta, ia benda muak. Tak luak-luak. Aku tak berani nak cakap banyak serupa ini, mudah sangat aku dilabel lembik nanti. Ini ruangan para-wanita bolehlah.


***

Aku
taktahu
gila
apa
sedang
serang
uratsaraf
aku
pepagibuta.

Aku cuma boleh cakap.
aku
lelaki
lemah.

Mudah dimakan juga
oleh
rasa-rasa perasa
perosak



|Andika

Berteleku

Kini di lembaran baharu, aku menukil lagi, sisa yang tertinggal, di persembunyian rindu. Apakah kita yakin segalanya telah pergi? Begi...