Skip to main content

Ju-wi-ta , ku

Boleh aku tahu , bila aku berdiri keras menghala kau, apa tafsiran mata kau, apa sekadar jasad yg kosong, apa hanya batang tubuh yg tak terisi rohnya. Apa ?

Dan adakah bila hati aku cuba menyentuh hati kau, langsung tiada bunyi , langsung tiada warna, langsung tidak menyapa, dan adakah spora yg aku tabur bikin kau senyum itu sekadar sihir sementara ataupun kau tak lut akan pemberian aku. Minta-minta pemberian 'masa' yg aku pinjam dari Tuhan, mampu dihitung kau kemudian. Moga laksana, kita jumpa lagi sang juita.


|Andika

Comments

  1. Aku juga terfikirkan hal yang sama.

    Dan lagi, ah juwita. Seringkali aku dengar tapi tidak pernah aku gunakan perkataan itu. Tidak sampai, barangkali.

    Salam untuk kamu; Andika.

    -AsaSiaga-

    ReplyDelete
  2. Kita mungkin ada nasib yg sama Asasiaga. seringkali aku membaca tulisan kau sama seperti apa aku rasa. Salam buatmu juga ; Asasiaga.

    mari jadi teman :)

    ReplyDelete
  3. Mungkin, dia bukan juwita yang tertulis untuk kamu. Maka, kamu harus rasai kepahitan sebelum berjumpa dengan kemanisan. :)

    ReplyDelete
  4. Yaa. pasti bukan, cuma ia mengambil masa sebelum ini utk aku mencuba. usah ditunggu lagi kan. aku bakal harung.

    terima kasih kak FellySophia :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ulangtahun Terakhir

Setiap ulangtahun aku cuba menanda.
Walau tidak selalunya bermakna.
Adakalanya, sekeping nota - mampu memberi bahagia.

Kita manusia, suka perkara-perkara kecil; untuk dicinta.
Kita manusia, alpa perkara-perkara kecil; lalu dilupa.

Akhirnya, kita di mana ?


| M. Rafi San


Kehilangan Mimpi

Pagi ini aku kehilangan mimpi. Paling aku khuatiri, hati sedang melonggar. Dek leka hujan berlarian tanpa endah seluruhnya. Sedikitpun aku tidak nikmati. Sungguh, ia meresahkan.

Kenangan apakah telah mati dan menjadi hantu ?

Aku diburu, terburu-buru.
Malam, adakah kau telah menjadi musuhku ?

Tak ada lagi yang indah, tentangmu.
Tak ada lagi yang manis, tentangmu.
Tak ada yang setenang separuh jiwamu - dibahuku,

Aku sedang kehilangan mimpi.

| M Rafi San

Bukan Perempuanku I

Dia.
Bukan perempuanku.

Asing. Katakan sahaja dia seorang asing. Dan, pisahnya daripada sebuah pasung mimpi, lalu kebiasaan itu biasa. Katakan lagi, dia bukan perempuanku. Cuma, aku gemarkan sia-sia.

Nanti--
Lihat aku dulu. Aku sedang kalah. Kalah dengan ghairah.
Mata bundarmu yang menjegil tika aku menewaskan egomu. Senyum lebihan yang tidak tahu dimana habisnya. Kau, peragut masa. Si gadis yang merampas tuan hati, yang dipenghuni sunyi. Dan, separuh jiwa kau telah lolos - tak henti mengunjungi. Nah, akhirnya kita dilahap dengan kata-kata sendiri. Kata-kata yang saling berbunuhan. Seperti aku katakan, kau sudah jadi tuan. Seperti aku telah lupakan, kau bukan perempuanku.

Tolol bukan? Jatuh pada yang bukan milik kita. Tak ada satu hati yang muat dua.

Bukan perempuanku.
Kau harus tahu ketika lampu membisu
gelap jadi sahabatku - ketika,
aku rindu tapi aku beku
aku mahu tapi tak mampu.

Engkau yang sebenar-benarnya telah jauh. Aku dipagar bentak mahukanmu. Aku menyantun diriku, haruslah b…