Skip to main content

Aku memberi ; engkau menerima dengan sedikit leta


Dalam hidup ni , kita harus memberi dan menerima . Malah , jika engkau menerima haruslah menghargai seeloknya . Kerna kalau engkau tidak mampu memberi . Hargailah , dan lebih elok kau belajar pula cara memberi . Memberi dan menerima memang perlu ; tolong hidupkan prinsip ini dalam diri engkau sendiri . Seperkara lagi , aku masih tidak faham kenapa sesetengah orang tidak boleh melupakan dendam . Walhal , telah lama berlalu dan proses diri engkau sendiri telah bernyawa semula . Kadang kita ego . Aku faham . Cuba cari hikmahnya . Ramai manusia reti menginterpretasikan istilah-istilah ; mungkin menjadi pegangan hidup sendiri . Cuba ditonjolkan pada mata lain , tapi jiwa engkau sendiri masih malap . Gelap tanpa sebutir ikhlas . Nanti , aku juga tidak sempurna . Kadang leka , terabai ; lewa dengan magis-magis duniawi . Aku percaya cinta . Bukan cinta berlainan gender semata . Haiwan , tumbuhan dan juga sifat-sifat karma . Kerana itu istilah aku ; percaya pada Qada' dan Qadar . 


| Andika

Comments

Popular posts from this blog

Ulangtahun Terakhir

Setiap ulangtahun aku cuba menanda.
Walau tidak selalunya bermakna.
Adakalanya, sekeping nota - mampu memberi bahagia.

Kita manusia, suka perkara-perkara kecil; untuk dicinta.
Kita manusia, alpa perkara-perkara kecil; lalu dilupa.

Akhirnya, kita di mana ?


| M. Rafi San


Kehilangan Mimpi

Pagi ini aku kehilangan mimpi. Paling aku khuatiri, hati sedang melonggar. Dek leka hujan berlarian tanpa endah seluruhnya. Sedikitpun aku tidak nikmati. Sungguh, ia meresahkan.

Kenangan apakah telah mati dan menjadi hantu ?

Aku diburu, terburu-buru.
Malam, adakah kau telah menjadi musuhku ?

Tak ada lagi yang indah, tentangmu.
Tak ada lagi yang manis, tentangmu.
Tak ada yang setenang separuh jiwamu - dibahuku,

Aku sedang kehilangan mimpi.

| M Rafi San

Bukan Perempuanku I

Dia.
Bukan perempuanku.

Asing. Katakan sahaja dia seorang asing. Dan, pisahnya daripada sebuah pasung mimpi, lalu kebiasaan itu biasa. Katakan lagi, dia bukan perempuanku. Cuma, aku gemarkan sia-sia.

Nanti--
Lihat aku dulu. Aku sedang kalah. Kalah dengan ghairah.
Mata bundarmu yang menjegil tika aku menewaskan egomu. Senyum lebihan yang tidak tahu dimana habisnya. Kau, peragut masa. Si gadis yang merampas tuan hati, yang dipenghuni sunyi. Dan, separuh jiwa kau telah lolos - tak henti mengunjungi. Nah, akhirnya kita dilahap dengan kata-kata sendiri. Kata-kata yang saling berbunuhan. Seperti aku katakan, kau sudah jadi tuan. Seperti aku telah lupakan, kau bukan perempuanku.

Tolol bukan? Jatuh pada yang bukan milik kita. Tak ada satu hati yang muat dua.

Bukan perempuanku.
Kau harus tahu ketika lampu membisu
gelap jadi sahabatku - ketika,
aku rindu tapi aku beku
aku mahu tapi tak mampu.

Engkau yang sebenar-benarnya telah jauh. Aku dipagar bentak mahukanmu. Aku menyantun diriku, haruslah b…