Wednesday 30 January 2013

Machiavellianisme.

"Awak ada tunggakan RM1500 ni, tak boleh daftar sebab kami tak expect awak akan extend , atleast limapuluhpersen kena settle sekarang " lebih kurang begitu bunyinya . Toleransi ?


Agaknya begini cara yg diterapkan kapitalis kepada bawahan mereka, menekan  orang macam aku. Senang kata, pabila pendidikan jadi bahan-niaga, mudah didagang, siapa mampu siapa mau ilmu, kasi sana kertas ilusi angka. Pernahkah mereka tahu latar payahnya pelajar macam aku, risaunya aku pada dua tua-ku. Mereka tak ambil kisah, asalkan sistem barter ini mendapat pulangannya. Kaedah yg digunapakai oportunis.

Balik-balik ke rumah, aku hentikan duduk pada sandaran dinding. Mungkin, rezeki aku bukan ditentukan di sini. Beban ini tak mau aku jangkitkan pada orangtua ku. Baiklah, aku telan dalam-dalam, aku tekad. Aku tak mau tunduk pada sistem ini. Berhentilah, sampai sini mungkin  pengejaran graduasi. Aku tarik diri , moga ke menara kawan semua.

Ilmu tidak semestinya di institusi, institusi adalah sistem kapitalis. Kita mangsanya --

| M Rafi San

5 comments:

  1. Yang penting, aku tak suka pendidikan di Malaysia. Dipaksa-paksa dan tak ada kebebasan.

    ReplyDelete
  2. mungkin.
    diorang dapat apa yang diorang nak.
    bila dah A maka tetap A, tak mungkin jadi Z. susah/ tak mungkin boleh dibawa bincang.

    tapi jangan mengalah. sebab rezeki ada kat mana-mana. kena banyak usaha. macam kau kata. ingat?

    ReplyDelete
  3. Andika. kau pasti? mesti ada jalan lain kan. duit boleh dicari. secara legal lah yg pastinya.

    ReplyDelete
  4. Ketika masih belajar, aku juga alami nasib yang sama. Jika tidak selesaikan, aku tidak boleh duduki peperiksaan akhir. Ketika itu, ah. Terduduk.

    Alhamdulillah, akhirnya selesai dengan baik. Aku juga harap kamu begitu.

    Jangan mengalah. dan ya, kita mangsa kapitalism kerana mahukan ilmu.

    -AsaSiaga-

    ReplyDelete
  5. Betul semua buat aku lap tepi mata. Ya, kalian semua penyembur semangat buat aku di sini sebab itu aku lega di ruang ini. terima kasih , nanti jumpa aku belanje aiskrim yaa :P

    andika

    ReplyDelete

Berteleku

Kini di lembaran baharu, aku menukil lagi, sisa yang tertinggal, di persembunyian rindu. Apakah kita yakin segalanya telah pergi? Begi...