Wednesday, 8 August 2012

Meleret

Macam malam biasa , aku tak ke mana-mana. Aku lebih suka duduk memerap dekat rumah . Dari lepas buka tadi aku online sekejap dan aku puas. Borak-borak dengan membe tapi tak ramai. Tak macam zaman Myspace dulu. Hehe. Terkenang. Kalau dulu asyik nak browse kawan baru dan meleret dengan berbalas komen. Lagi-lagi gender perempuan kan. Sekarang dah malas , tak perlu dah semua tu. Hidup perlu berdepan realiti , realiti-sosialis. Umur pun dah 21tahun, berpendidikan. Tak perlu lagi kot perangai macam tu lagi. Kemudian, aku - Baring dan gegulingan , aktiviti paling best lepas mata dah penat.

Henpon aku kurang menyanyi hari ni. Senyap yg bukan merajuk. Biarlah - dah takde orang nak mesej. Adapun petang tadi aku SMS kejap dan tiba-2 petang tu Sha call aku. Terkejut jugalah. Lama juga aku tak borak dengan dia . Itupun sekejap pasal henpon aku pulak problem. Paiseh aku. Tak sempat tanya khabar ke apa. Then sambung dekat mesej jela. Tunggu juga mesej dari Pyka, tapi aku tak boleh harap sangat . Aku bukan ada apa-apa dengan dia pun. Aku bukannya kaki perempuan. Tapi mereka aku punya kawan perempuan.  Aku tak boleh lebih-lebih. Usia aku ni, aku rasa aku perlu lebih matang .

Aku kena tahu , mereka sekadar kawan. Diorang tempat kita untuk curah apa bagai. Maksud aku orang seperti aku lah. Jgn salah faham. Mereka , tak semestinya memerlukan kita. Tak semestinya masa diorang nak dihabiskan untuk kita. Mereka ada kehidupan sendiri. Ada kitab sendiri , perlu corak warna kertas mereka sendiri. Aku tak perlu terlalu bergantung pada diorang. Berharap nanti takut aku mati. Aku ni je bermasalah. Bila dah rapat, aku harap diorang boleh teman aku . Aku selalu macamtu. Kart pun sibuk hari ni , beberapa masa terkebelakang dia agak sibuk . Memang aku tak boleh buat apalah. Lagipun kawan je, memang itulah batasannya. Kenapa aku perlu juga kawan perempuan sbg teman ? Mereka lain. Interaksi dan jawapan mereka agak berbeza dari membe laki. Takkan aku nak bincang hal macamni dengan membe laki. Langsuir lah diorang aku kena gelak. Then takkan aku perlu jadi lelaki semata. Berkawan, berborak dengan lelaki. Apa jenis sundal life aku macamtu. Aku normal okay .

1.09am  | Andika

No comments:

Post a Comment

Berteleku

Kini di lembaran baharu, aku menukil lagi, sisa yang tertinggal, di persembunyian rindu. Apakah kita yakin segalanya telah pergi? Begi...