Friday, 3 August 2012

Minit Perkenalan


Lengang--
Sesekali si penunggang Cina mundar-mandir dengan motornya yg tak seberapa pelesit tu. Tak laju pun. Harap ekzos je satu kampung dengar. Kemain broom. Gegendang telinga aku boleh rosak. Sebab sakit hati.

Perhati-sekeliling--
Segerombolan gagak mula mencari rezeki. Sampah buangan makanan minuman yg dilemparkan manusia seperti aku, bertaburan selerakan. Bising. Bersahutan. Mungkin mereka mengucapkan syukur limpahan rezeki yg mereka dapat. Manusia memang suka buat kerosakan.
Aku. Duduk rendah dekat pembahagi bahu jalan. Bersebelahan dengan Kart. Kawan. Seorang kawan baru. Duduk membelakangkan laut. Aku dengar – buih ombak merempuh keras batuan yg saban hari kebas tertunggu di situ. Akhirnya buih itu akan hilang dan menjadi tak kenal antara buih .

Mulanya aku membeku juga. Menanti pagi sekejap lagi jelang. Tapi sikapnya yg ramah, bicaranya ada tempiasnya. Aku perhati diam-diam , gerak bibirnya mengungkap setiap bualan tu. Aku dengar dan melihat. Bukan sebab aku dah tangkap cintan ke apa. Tapi aku terasa diselimut dengan rasa kagumnya dengan kisah yg diceritakan. Bagaimana perjalanan seorang kawan baru aku. Begitulah. Pilihan yg ada dlm setiap kehidupan kita , adalah pilihan yg ditentukan. Pilihan yg terdorong dari sesuatu yg harus kita patuh. Pilihan yg aku rasa kita memang tiada pilihan. Sepanjang aku kenal dia , dia seorang happy-go-lucky. Kebudakan. Sampai satu masa aku dah malas layan penganjingan kejam beliau. Tapi tempoh 30minit lebih tu , tempo kematangan, corak pemikiran yg aku rasa aku belumpun alami. Aku suka dia.

Aku memang suka berkawan sekarang. Kelompok , tolong jangan prejudis.

6.32am-7.15am / 29 Julai | Andika

No comments:

Post a Comment

Berteleku

Kini di lembaran baharu, aku menukil lagi, sisa yang tertinggal, di persembunyian rindu. Apakah kita yakin segalanya telah pergi? Begi...