Anura


"Esok jangan lupa tau bawa buku yang aku nak pinjam tu"
"Okay cun!  tapi nanti kau remind aku balik"
"Okay2"

*pause

Aku terus sambung online fesbuk menggunakan mobil blackberry. Mitos sekarang ni kalau lelaki pakai blackberry memang hotstuff habis. Serius aku cakap awek2 yang dulu tak lepak sekali, terus tergerak hati kol hari2 semata mata nak ajak lepak. Ada yang siap request lagi nak suruh belanja makan mekdi tanpa sebab. Tabiat apa ni sial?. Ingat aku kaya sangat ke?

*pause

Petang tu aku lepak di kedai mamak berhampiran Dewan Bahasa & Pustaka. Ditemani bege daging keju dan air coke, aku membaca senaskhah buku yang aku baru beli dari pasaran kelmarin. Sebenarnya buku tu dag lama dijual di pasaran tapi aku yang lambat beli. Sempat lagi aku berlagak poyo dengan kawan2 fesbuk aku yang belum ada buku ni.

Sedang riaknya aku membaca buku tadi, tiba2 PING! terbunyi dari mobil aku. Lantas tangan mencapai lalu menekan butang pad buka kenkunci. Terlihat disitu beberapa orang pengguna fesbuk meninggalkan komen mereka pada gambar buku yang aku muat naik sebentar tadi. Oh maaf, aku terlupa nak bagitau yang aku sengaja muat naik gambar buku tu ke fesbuk. Maklumlah rasa riak dalam diri aku masih mebuak buak lagi apabila satu satunya buku kegilaan ramai ini berada dalam genggaman aku.

Nura, seorang gadis yang aku kenali turut  mengomen gambar itu. Dia mengulang balik kata2 yang terpapar pada awal muka surat buku itu. "Kau lonely mcm anjing aku tau?". Dan aku membalas komen dia dengan komen yang merapu ja. Aku fikir dia saja nak main2 dengan aku. Lepas tu sekali lagi dia blasa komen yang akhirnya memanggil  aku untuk meminjamkan buku ini kepadanya. Mudah bukan nak jumpa gadis? Ya, memang mudah!

*pause

Aku ada seorang kawan nama Anna. Kalau mengikut dari perkiraan nama, sudah tentu dia perempuan. Aku kenal Anna ni lama juga. Kalau tak silap aku sejak dia masih di tingkatan 3 lagi. Kalau silap pun apa aku kisah kan. Sekarang dia dah habis sekolah. Pernah aku menggelarkan dia sebagai pontianak sebab dia suka mekap muka dia tebal2. Aku pun tak paham kenapa. Kali terakhir aku terserempak dengan dia pada malam sambutan tahun baru di Bukit Bintang.


*bersambung



| Didi.Andra



Comments

Popular Posts