Sunday, 21 April 2013

Ketika aku hampir melupakan

Malam tadi tak seperti biasa , langitnya lain benar. Bintang yg berhinggapan satu sama lain juga dilihat janggal. Malam itu , di pesisir laut selat aku berdepan saki-baki hari, hari yg sama aku lalui dan terus lawan. Meneka-neka petualang apa sedang digugahkan utk malam yg aneh ini , atau emangnya pinjaman Tuhan yg perlu aku peluki ( masa ). Terkial-kial merebut nafas malam itu.


***

" Ziq, rokok sebatang "

" Eh , kau bukannya perokok bukan "

" Malam ini cuma , aku teringin atau ini peluangnya mencuba "

Haziq jenis tak bersoal banyak, dihulurnya sekotak rokok John dan aku cuma ambil satu dari semuanya. Tenggekkan di hujung mulut dan terus membakar. Sedut paling dalam dan hembus sejauh-jauhnya . Tak jauh.
* terbatuk *



Aku dah kata ,
" Ketika aku yakin hampir melupakan, engkau muncul sipi-sipi "

| Andika

Wednesday, 17 April 2013

Pemecah

bila-mana hati kamu
di-genggam api hasad dengki
jarum-jarum mula mencucuk
pelan-sepelan-nya
bersama sekelumit racun
aib-lah
aku bisa mati-semati-nya.

“Tidak akan masuk surga orang yang suka mengadu domba.” (HR. Muslim no. 105)

Maksudnya: Seseorang itu tidak dibenarkan masuk syurga pada awal-nya , melainkan dia akan disucikan dulu di neraka.



|Didi.Andra

Tuesday, 16 April 2013

Tulis

Sejujurnya
perkara paling aku takut menulis, aku terlalu kalah pada amarah
mencampak buta-buta emosi basi

Pabila aku tenang, aku jadi yakin
senang menaruh tulisannya
tapi belum benar jujur

sejauh mana, kamu juga 'tuhan' .

|Andika

Saturday, 13 April 2013

Chenta

chenta itu bau-bauan
yang mewangi
dan menyegarkan

chenta itu warna-warni
senantiasa bercahaya
dan menerangi

chenta itu ketelitian
dari jiwa-jiwa halus
tersimpan infiniti perasaan

chenta itu lagu-lagu jiwang
terpasang malam ke siang
buat kau gila bayang

chenta itu filem romantis
muka kejam-berang-bengis
dalam hati rintih-tangis

chenta itu kata-kata manis
kau kuis-kuis
dari novel inggeris

chenta itu sebaris puisi teristimewa terkomposisi untuk di-deklamasi pabila dunia kian basi.



|Didi.Andra

Friday, 12 April 2013

Hadiahkan aku masa


Selama 22 tahun , aku paling suka kalau dibungkuskan seeloknya kertas bunga-bunga atau hewan beruang yg comel. Apa aku impikan setakatlah seutas jam tangan. Agaknya masih kecil dulu kurang mengerti tentang erti waktu, perjalanan masa hari demi hari. 

Bunga-bunga syurga yg meluruh ke lengkungan langit, bertebaran membaja kasih sayang tak kehabisan. Bersyukur serendah-rendah kalbu pada nikmat Tuhan sekalian alam, mak abah yg membanting keringat, seluhur cinta pada anakmu dari aku mendiami zarahmu hingga berlupakan-mu ( Mu ) . 

Seluruhnya - kawan, teman, sahabat, musuh dan semua kenalan. Berkat daripada perhitungan kita, perjuangan masa lampau, pertemuan, pertembungan dan segala macam pertelagahan, aku yakin aku mendewasa dengannya. Membesar dengan dinding-dinding cinta/benci, aku merasa ragu utk meneruskan semua. Sehingga aku masih meneruskan semuanya, kejap berhenti, membaca perjalanan diri dari mula.

p/s : harap ada sesiapa 'menghadiahkan' aku 'masa' , atau lebih mudahnya aku gembira bila ada orang menghantar 'masa' itu sebagai ucapan paling kasih.
Selamat ulangtahun.

|Andika


Thursday, 11 April 2013

Dia yang diingati

Belumkah mau lupus
yg digelar sebagai 'dia' .


Bukan salah dia. Bukan itu yg dia pinta atau mau berjalanan terus. Bukan dirinya mau terus diingati, diletakkan paling penjuru hati. Bukan itu yg dia hajati, bukan, bukan, tidak sama sekali. Dia mestinya mau terus dilupai, tidak dikenang-kenang lagi, simpanan folder gambar pun hapuskan semua. Dia tak mau terus disayangi, oleh orang-orang yg dia tak punya hati, orang-orang yg tiada tempat utk dia isi dalam diri. Dia minta, dia terus dijauhi. Anggaplah perginya utk mati, dan dia t'lah mati semati-matinya.

-

" Janganlah ditunggu lagi, aku ada ramai pecinta utk dikasihi, seianya cerita lama tak lebih dari sebagian hidup, teruslah kau terus, usah lah kau menengadah pada langit yg keruh lantainya, tiada simpati buatmu, maafi aku "

|Andika

Tuesday, 9 April 2013

Kisah Seram: Hantu Gerek

Hitam pekat menyelubungi malam yang bisu. Hanya renyaian hujan menabur-nabur penuh rasa tanpa peduli. Sang serigala yang lazimnya menyalak tepat jam 12:01, tidak lagi menjalankan tugasnya. Menurut member sekampung, ia pulang ke kampung atas urusan keluarga. Jadi tempatnya diambil alih oleh si katak puru.

Dentuman semakin riuh-rendah bermain di balik langit. Kilat pancar-memancar menampakkan siapa aku sebenarnya. Sang bulan pulak mula sembunyi-kan diri ke mana entah. Dari tepian jendela besi, aku melayang jauh bersama khayalan. Hidup aku disini bukan terperangkap, bahkan tiada jalan keluar untuk ke dunia seberang sana. Masih menempuh segala perubahan panorama yang tiada makna bagi makhluk persis aku. Sekian lama hampir 365 tahun mengabdi-kan diri bersama sekumpulan sahabat yang manusia gelarkan; Hantu!.

"Kalau kita tak kacau dia, dia pun tak kacau kita" - Anonymous

"Dulu waktu saya study selalu jugak la nampak benda ni muncul kat hostel. Terkencing terus" - Anonymous

"Balik kerja pukul 3 pagi kompom terjumpak. Pernah sekali terlanggar. Demam seminggu" - Anonymous

"Makhluk ini ada tapi sayangnya rancangan seram yang banyak kat tivi sekarang ini tak mendidik penonton. Terpesong aqidah anak aku!" - Anonymous

Masing-masing mula tunjuk muka paling buruk. Duduk dipenjuru dinding macam bebudak tengah emo. Jalan mundar-mandir dari satu sudut ke satu sudut yang lain. Mengamuk tak tentu pasal, frust ke makwe gamaknya. Tapi ada ke makwe nak ke dia ni? Dah la muka buruk, usus terburai ke lantai. Mustahil la kan.

Begini-lah jadi-nya pabila malam minggu. Kalau malam Jumaat ada la jugak aktiviti menarik nak dibuat. Ini malam minggu, memang jahanam la semua tak tau nak bikin apa. Aku pun sama. So, tanpa membuang masa kau orang, aku straight forward. Kesian ke kau orang nak baca ja kan?. Aku tak apa, masa aku masih banyak lagi.

Acara lepak bermula...

"Woi! Korang semua yang buruk rupa lagi tak berjenis, datang ah lepak sini. Kita sembang sambil buat unggun api. Lagipun dah lama kan tak duduk se-lantai bersama". Aku menyeru ke sekalian member. Terang-terang dah tau tengah bosan tapi eksyen semuanya. Dia orang pun datang dengan gaya masing-masing.

"Lu apahal? Tetiba ajak gua lepak malam ni? Buat tebiat? Lu bikin gua malu tau? Rasa macam first  date kot. Cilaka! Haha" Sambut sang Hantu Gerek dalam nada eksaited. 
"Alaaa. Dah lama kot tak sembang macam ni. Aku pun nak tau jugak sejarah korang". Aku balas bersahaja.

Hantu Gerek mula bercerita kisah lama dia. Aku dan beberapa member lain tekun mendengar. Sesekali tangan dengan kaki dia terangkat-angkat sebab terlalu hayati perjalanan cerita dulu.

Seman Dol adalah lelaki hensem, tidak bekerjaya, masih muda dan masih bujang. Menetap di sebuah kampung bernama Kampung Hebat. Penduduk disini semuanya hidup dengan aman damai. Kes-kes curi buah durian, pecah rumah waktu tengahari, intai janda mandi di sungai, curi selipar waktu solat Isyak; semua tak berlaku. Boleh dikatakan semua orang disini baik-baik belaka. Pijak semut pun tak mati. Bukan saja tak mati, Insyaallah semut tu boleh angkat balik kaki kau orang. Punya la baik.

Berbalik kepada Seman Dol atau nama glemer dia Mandol. Nama dia tak kelakar, cuma orang yang  memberi gelaran ini lagi kelakar. Tolong jangan kasi nama orang sesuka hati boleh? Boleh tak?. Mandol ni ada hobi yang hebat; kayu gerek (basikal) lelaju sambil lepas kedua-dua tangan lalu menjerit. Maklum la tinggal pun kat Kampung Hebat. Kalau boleh nak lakukan benda yang hebat la. Setakat willie apa la sangat. Bebudak tadika pun terer.

Sampai la satu hari ni, Mandol kayuh gerek naik ke satu gunung. Dah berjaya ke puncak gunung, Mandol jerit Malaysiaaaaaaaaaaa boleh!. Suara Mandol memecah hening pagi. Sahutan itu didengari oleh sekalian alam. Sang haiwan dan para unggas di awangan bertepuk tangan tanda sokongan padu. Semangat macam ni la yang kita mau. Semua bersatu!.

Sebelum melakukan kayuhan berani mati serta boleh mengharumkan nama Malaysia, Samdol mengamalkan petua arwah nenek tiri dia. Sarung tangan dan helmet mesti lengkap menghiasi anggota badan. Utamakan keselamatan. Sepantas yang amat pantas, Mandol mengayuh menuruni curam gunung yang 99 kali lebih tinggi dari menara Eiffel di Paris. Menjerit dengan terlalu kuat adalah perkara biasa. Bukan gigil atau berasa ketakutan, tapi hepi yang terpaling hepi. Bagaikan kerdipan mata, Mandol dan gerek kebanggaan dia lenyap sebegitu saja.

"Mandol ni mesti pergi menziarah bekas makwe dia waktu sekolah dulu tu kat Kelantan. Nanti balik laa dia" - Wak Tenang

"Saya nampak dia dengan gerek buruk tu kat tepi sungai petang semalam. Tak pasti la dia ke orang lain" - Sulaiman Kencang

"Budak tu aku dah kenal dari kecik punai lagi. Pergi join Le Tour Di Langkawi la tu" - Tok Ketua 

"Kali terakhir nampak dia kat warung Mak Kiah, tengah makan jeruk pelam" - Siti Nurhalipas

Kehilangan Mandol mula dirasai sekitar penduduk Kampung Hebat. Ada yang memberi pandangan yang positif, tak kurang jugak yang negatif. Ada jugak yang langsung tak ambil peduli. Peduli apa kat budak tu?. Dia retis? Dia sapa?. Setelah seminggu tak pulang-pulang ke jalan yang benar. Senang cerita; Mandol terbunuh!.

--

Sebenarnya kewujudan makhluk halus adalah suatu hakikat atau realiti yang wajib diyakini oleh umat Islam. Kewujudan mahkluk halus seperti iblis, syaitan dan jin adalah benar. Sebab itulah kita digalakkan membaca "A'uuzubillaahiminassyaitoonirrojiim" yang bermaksud "Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam'.



|Didi.Andra

Syukur

Dapat satu pesanan ringkas; dari Tuhan.
"Ku limpahkan rezeki ini pada-mu, agar kau lupa setiap dugaan yang kau hadapi lalu"

Syukur, Alhamdulillah.



|Didi.Andra

Monday, 8 April 2013

Pagi merebut cahaya

Pagi bukan milik sesiapa
segala pagi milik kita
pagi bukan utk kau sa-orang saja
pagi ini empunya warga

pagi-lah penyambung nista
merubah yg ngantuk jadi berubah
awal mentari buka jendela
mengintip , harapan menadah
aku melapangkan dada
menyerah telangkupan rasa

tolonglah percaya
aku mau (percaya)
sedangkan aku bukan pemercaya , bahwa itu cahaya --

bisa agaknya pagi sementara
menyembuh celaka
tentang apa yg kita kelmarin reka
mohon dilupa , melupa dengan kecuali meluka
senantiasa-lah pagi bernyawa
cinta anak muda macam kita.


(Pagi merebut cahaya), 6April2013
Kamartinta. | Andika

Kucing Black Metal

Secara klise dan membosankan, aku mulakan kisah ini dengan ayat -- Di satu lorong sunyi ditengah pekan kecil yang durjana; Smallville. Berjalan aku menghirup angin malam itu. Cahaya lampu neon samar-samar memayungi aku. Tak pantas aku melangkah, bersahaja. Anak-anak liar bergaul-gaul di tepi dinding seni sampah. Si bangka keding meratap khayalan di lunggukan neraka nyata; yang mereka anggap surga. Jelik-sejelik-nya. Sedangkan sang tikus, lipas dan lalat aku rasakan lebih mulia.

Dalam pekan ini, terdapat pelbagai jenis perosak yang kau boleh temui. Dari perosak yang kecil-sekecilnya hingga-lah yang besar-sebesarnya. Apa yang aku dapat lihat dari hari-ke-hari, mereka ini punyai akal fikiran yang cukup, cuma kurangnya; berfikiran cetek.

Jika nak ceritakan satu persatu, aku kira sehingga Dajjal menjelma pun belum tentu akan tamat. Takpun pabila Yakjuj dan Makjuj muncul sampai-lah mereka mati semula; masih belum tamat lagi. Tau kan betapa benak manusia macam ni?

Untuk satu skop yang aku nak kupas ni, bagi orang dah biasa dengar, lihat atau berada dalam situasi ini; mereka akan bosan. Tapi apa aku kesah kan? Apa aku nak kesah? Aku nak cerita, biar ah !.

Kisah dia macam ni, bila ada sesuatu perkara yang negatif, pasti ada pihak yang akan cuba membanteras sebaik boleh. Contohnya, pihak berkuasa agama; kalau di negara Malaysia digelar jabatan agama. Mereka ini akan berusaha untuk mengawal dan memelihara kesucian akidah dan ajaran Islam di negara ini.

Isu yang berleluasa sekarang ini, realiti muzik metal dikatakan mampu membawa para pelajar yang masih muda mentah di semua universiti dan sekolah-sekolah. Mereka menyalahgunakan pemikiran agama orang pertama yang sedikit demi sedikit membawa mereka hanyut dari kebenaran. Berikut adalah beberapa yang ke-ngerian yang aku nak utara-kan. Kau orang pun pernah tau hal ini.


"Muzik Metal ini akan menghargai syaitan dan semua metalheads adalah musuh Tuhan!" - Anonymous

"Orang yang main muzik metal ni langsung tak rasa bersalah! Beraksi gila babi macam nak bunuh orang" - Anonymous

"Muzik metal sama dengan hisap dadah!! Semua metalheads mesti mabuk. Takpun guna dadah untuk menikmati muzik!" - Anonymous

"Mereka akan memanggil banyak band untuk menjadi satanist! Dalam satu konsert tu, akan ada band seperti Dying Fetus, Slayer, Lamb Of God, Children Of Bodom, Dark Funeral dan banyak lagi. Konon-nya dikenali sebagai satanist dan penjenayah dalam dunia muzik" - Anonymous


Kau orang kenal kan polis? Ya, kau orang memang kenal polis. Dekat pekan ni memang ramai polis, yang digelar Polis Moral (Morale Police). Selalu aku lihat, mereka akan menangkap gadis-gadis atau remaja Islam yang memakai baju metal atau hitam (persis baju metal) dan sebagainya. Biar aku kuatkan lagi hal ni.

"Aku ada kenal seorang manusia ni, Matt Daniel. Dia ni rambut kerinting panjang. Badan pun sekeping macam pintu masuk rumah. Agak taksub dengan muzik-muzik jenis keras. Sembang gebang jugak, tapi dia murah dengan senyuman. Selalu kena puji dengan pengemis jalanan; sebab gemar senyum. Pada suatu petang yang tenang, dia jenjalan tepi tasik sambil galas gitar karen, makan ais krim cornetto, petik bunga kertas pastu campak ke dalam tasik; ikan makan sampai mati"

"Apabila dia jenjalan, tetiba Polis Moral menahan dia dan mula terajang buku lali dia sehingga jatuh tersadung atas jalan tar; berdarah mulut". Sebenarnya Polis Moral ni ada moral ke tidak? Boleh tolong jawab? Geram pulak aku. Dah la aku ada darah tinggi ni !.

Kemudian mereka membawa-nya ke balai polis. Mereka memukul sekali lagi sebelum mencukur rambut hingga kepala botak licin. Mereka cakap bahawa instrumen ini adalah Haram; dilarang dalam Islam!.

Daniel masih bernasib baik kerana tidak dipenjarakan!


Mujurlah bagi kebanyakan orang yang lebih cenderung kepada muzik pop, blues, jazz dan rap atau hip-hop. Mereka tidak akan diancam secara serius oleh pihak berkuasa. Ini kerana jenis-jenis muzik sebegini tidak terlalu kompleks dan ia dipanggil "love songs".

Jujur aku cakap, mereka ini adalah golongan yang hanya mendengar satu penyanyi itu untuk hari ini-esok-lusa sahaja dan akan melupakan-nya pada esok hari. Ia seperti baju lama untuk mereka; dah bosan pakai, buang-lah!. Tetapi muzik metal menjadi lebih berharga hari-demi-hari. Sekian lama-nya.

Walaupun tak ramai yang mendengar muzik metal di sini berbanding muzik lain. Aku tetap gembira dengan ia. Aku hanya-lah makhluk yang biasa tetapi mendengar muzik yang sangat luar biasa. Sebenarnya bagus jika kita menjadi yang lain dari sekalian masyarakat. Ini akan mencetuskan sesuatu yang baru, yang tak mungkin orang lain fikir.

Anggapan-ku, muzik metal bukan bertujuan untuk didengari, disayangi, difahami, atau perlu senarai-hitam-kan anasir-anasir dari barat. Tetapi ia mengajar kita supaya tidak mengamalkan anti-moralistik secara berterusan. Jangan jugak kita percaya bahawa semua muzik metal itu anti-Islam. Tidak sama-sekali.

Aku telah mendengar muzik metal ini sudah kira-kira 8 tahun lebih. Aku rasa muzik ini makin sebati dengan diri aku. Member aku mengelarkan aku Kucing Black Metal. Identiti yang agak artistik. 

Hidup, siang, malam, kepercayaan, perasaan, surga dan neraka, aku simpulkan dalam satu perkataan; METAL.


Sudah sampai disini saja, banyak pulak aku membebel. Kau orang pun dah bosan kan? Aku tau kau orang bosan.

Mengodek ekor nan sebatang
mata kecil masih tajam
empat kaki rempuh hari mendatang
tubuh sebulu kering hitam; aku-lah kucing black metal.



|Didi.Andra

Sunday, 7 April 2013

Sundal

perempuan seksi itu
sering saja di-sama-erti
dengan sundal

sundal; kau.



|Didi.Andra

Sang Bidadira

kepada sang bidadira
paling tercinta

engkau hadir atas si pemusnah kecewa
engkau hadir atas si penawar derita
engkau hadir atas si pen-setia bersama
engkau hadir atas si pemilik syurga cinta

barangkali, bisa saja

engkau tak lagi hadir pabila
kau di-dua tiga
engkau tak lagi hadir pabila
kau di-dusta celaka

engkau harus hadir sang bidadira
engkau paling tercinta
tanya-lah pada sekalian semesta

kepada sang bidadira
paling tercinta.



|Didi.Andra

Saturday, 6 April 2013

Aku Janji

aku si pelembut hati
takkan biar kau tangisi
setiap perih luka aku rawati
setiap panas terik aku lindungi
untuk kau berteduh buat terakhir kali
kekal kuat 'tuk berdiri
sampai suatu hari nanti
aku janji.



|Didi.Andra

Thursday, 4 April 2013

Bilang-lah

Membujuk seorang
kekendirian --

Apa di sebalik kemalaman
menganut curang
penyembahan cinta
cinta suka atau nafsu serakah

Bilang - lah

Sambil menderat di celahan dinding-dinding kepuasan
di mana, 'cinta' sa-malam adalah nilai rosot

Tilam nipis dan bilik gelap --

adakah lakuan kita
sama harganya ?



|Andika

Wednesday, 3 April 2013

Kesian Gerard Way

"Celaka kau !"
DUSHHHHH!
Satu tumbukan padu gaya Triple H mendarat dengan selamat ke pipi Ray. Ke belakang; tersandar pada dinding batu. Dengan lebam biru. Ray masih menahan sakit; tangan di pipi. Rasa dia sangat sedap. Tak selalu dapat benda percuma macam ni. Ray kaget. Dua lagi member; berdiri terpaku.

Saat Gerard mula melangkah keluar dari pintu rumah, Ray gagahkan diri meluru ke belakang Gerard. Sepantas kaki kuda, tendangan ala kung fu hinggap ke badan Gerard; tersungkur-sungkurnya. Ray puas hati. Muka berlagak macam haram. Pertama kali dalam sejarah pukul orang. Berani betul. Selalu asyik berangan depan filem yang ditonton saja. Kali ni benar terjadi. Bangga dengan tindakan sendiri. Ray senyum sinis. 

"Apa kau rasa sekarang? Best? Nak lagi tak?"
"Erghhh..jahanam!"
"Haha. Kau jangan ingat kau ja power. Aku sepuluh kali ganda power dari kau, bodoh"
"Baik kau diam Ray. Aku koyak mulut kau sampai habis nanti!"
"Tak payah nak cakap banyak la weh. Kau blah sekarang. Kau anggap ja hari ni last kita jumpa"
"Aku pun tak hadap nak tengok muka engkau orang lagi tau tak? Tau tak?"
"Kau reti bangun ke tak ni keldai berambut merah? Nak aku angkat guna kaki ke?"
"Butuh! Kau fikir rambut kau sempoi? Kembang macam sarang tebuan lahanat!"
"Lebih baik dari rambut kau, piggie. Konon nak tiru Jared Leto. Tapi jadi serabai. Haha"
"Jahanam!"

Selepas bertekak pasal rambut masing-masing. Perlahan-lahan Gerard bangun sendiri. Membetulkan tali leher. Butangkan kembali baju. Sisir rambut guna jari. Dengan satu ucapan selamat tinggal, dia beredar. Kereta Walkwagen kaler merah kelihatan makin jauh tinggalkan kawasan rumah itu--memacu ke tempat lain.

22 Mac 2013

My Chemical Romance - kumpulan alternatif rock dari New Jersey, Amerika mengumumkan bahawa mereka sudah berpecah secara rasmi ke satu laman web selepas 12 tahun bersama, kemudiannya berita ini tersebar ke seluruh dunia; termasuk Malaysia. Hal ini amat mengejutkan ramai pihak, terutama-nya peminat MCR yang masih hidup ataupun yang telah mati. Sangat terkejut kau tau? Terkejut sangat.

Mereka sudah pun memberi yang terbaik sepanjang perjalanan karier, serta mengalami pengalaman yang penuh onak dan duri dalam industri muzik dunia. Perkara ini bukan mustahil jika berlaku pada suatu kumpulan muzik. Banyak kumpulan muzik yang berpecah kerana perkara yang remeh-temeh. Begitu jugak dengan kisah tragis MCR; Gerard Way dan Ray Toro bergaduh pasal rambut.

"Kami telah pun berkongsi pentas dengan orang yang kami minat, orang yang kami impi-kan selama ini, semua orang yang kami sayang, para peminat tegar dan kengkawan rapat. Paling tak boleh lupa, kami berkongsi pentas dengan M. Daud Kilau. Waktu tu persembahan kenduri kahwin di Kuala Pilah. Memori yang manis". - MCR

"Dan sekarang, ia menjadi kenangan yang hebat, ia sudah sampai ke penghujung-nya. Kami akur. Terima kasih kepada sokongan semua pihak, dan menjadi satu dari sejarah perjalanan kami. Pasal Gerard Way, kami dah maafkan dia. Dia memang keras kepala. Hari ni pun dia takmau mai sesi sidang media. Nampak tak dia bangang? Nampak? Dah la bangang, bajet emo!". - MCR

Ke mana hilang-nya Gerard Way selepas semua ini? Takkan dia berdiam diri? Lari dari semua orang?. Menurut seorang bomoh siam dari Kelantan, Gerard Way kini sedang giat dalam aktiviti bersama belia 4B. Gerard mula menetap di kawasan pendalaman sekitar Pahang. Cuma secara saintifik tak dapat dikenalpasti. Mungkin besama orang asli. Kata bomoh siam yang mahu nama beliau dikenali sebagai, Nunui. Comel pulak rasanya nama pakcik ni. Macam nak rembat lelaju kat halkum. Setakat ini saja kisah MCR untuk bacaan umum. Maklum la gua hanya pencerita, bukan pemberita buletin utama. Yang baik datang-nya dari gua, yang buruk busuk dan celaka, datang-nya dari bomoh siam. Tamat.


Gerard Way – vokalis utama (2001–2013)
Ray Toro – gitaris utama, 2nd vokalis (2001–2013)
Mikey Way – gitaris bass (2001–2013)
Frank Iero – gitaris rhythm, 3rd vokalis (2002–2013)
Matt Pelissier – pemain dram (2001–2004)
Bob Bryar – pemain dram (2004–2010)

#RIPMyChemicalRomance <3



|Didi.Andra

Tuesday, 2 April 2013

#TulisSerangkapPuisi

Awas! Semua puisi ini diambil dari tuit-tuitan di laman Twitter milik @xdidiandrax

ikut resmi ais krim Tutti Frutti
pasti 
tak 
akan 
rugi

jilat makwe 
di bibir 
dan 
pipi
biar 
cair 
mengalir 
dalam mimpi.

---

Bukit Bintang sanggup kau daki
Great Khali sanggup kau maki
semua ini 
demi 
cinta 
sejati

kau dan jugak Dr. Rozmey?

---

Orang cakap; kita memang serasi
Orang cakap; kita memang sejoli
Orang terlupa cakap; yang aku dan kau sudah pun--mati.

---

Wajah engkau 
tak macam Lisa Surihani
ketiak engkau 
berdaki-daki
rambut engkau 
berjurai megi
tapi engkau
aku sayangi.

---



|Didi.Andra

Kesian Oliver Sykes

Balkoni hotel; Langkawi. Dia, Oliver duduk di kerusi kayu. Sambil menikmati keenakan secawan kopi putih bancuhan pekerja Nepal. Anak mata melayang pandang ke garisan pemisah laut dan langit; terpaling jauh. Bertemankan selerakkan awan statik di sore hari, deruan ombak membadai pantai, sekeping foto lama yang terkoyak, dan Kino si iguana hitam. Dia masih setia disitu. Tahun baru, hidup baru.


25 Disember 2013 --


"Gua nak out!. Gua tak boleh move on. Sori" - Jona Weinhofen
"Saya pun sama. Saya rasa nak turut jejak langkah Jona. Sori" - Lee Malia
"Aku dengan Jordan nak blah. Kami rasa dah tiba masa nak rest. Sori Oli" - Matt Kean & Jordan Fish
"Komitmen aku sekarang untuk bini aku. Sori" - Matt Nicholls

Teringat pada kata-kata mereka sebelum semuanya berubah menjadi sejarah hitam dalam hidup. Band femes, dah tiada. Saat-saat berhibur bersama, dah tiada. Keasyikkan nyanyian lagu-lagu kegemaran para peminat berani mati, dah tiada. Yang ada, hanya satu kenangan pahit yang tak harus di-ingati. Memang tak payah nak ingat. Ya, ini perkataan yang lebih baik. Tak payah.

Bring Me The Horizon; band metalcore British yang pada awalnya ditubuhkan sekitar Mac tahun 2004. Oli atau Oliver Sykes merupakan vokalis, dan disusuli oleh ahli lain seperti, Lee Malia; gitaris utama, Curtis Ward; gitaris rhythm, Matt Kean; pemain gitar bass, Matt Nicholls; pemain dram, dan Jordan Fish; pemain kibod. Pada tahun 2009, mereka mengambil Jona sebagai gitaris rhythm. Jona juga merupakan gitaris dari band I Kill The Prom Queen. Motif Jona menggantikan Curtis adalah disebabkan dia tidak dapat meneruskan lagi dalam karier muzik. 

"Main muzik bukan dapat banyak duit pun, baik aku tanam sayoq. Lepas jual, dapat duit berjuta-juta". Kecenderungan Curtis sebenarnya adalah pada kerjaya dalam bidang agro-kultur. Dia gemar menguruskan kerja-kerja di ladang seperti; bela kambing biri-biri, bela kuda, bela lembu, tanam jagung, tanam tebu dan segala jenis tumbuhan yang boleh ditanam. Mengikut kejayaan mendiang datuknya yang pernah mendapat anugerah peladang terbaik Eropah 1999. Ini satu alasan yang kuat untuk diperkatakan pada seluruh dunia. 

Selepas Curtis keluar, Matt Nicholls atau nama samaran dia, Niko pulak buat hal. Niko yang baru berkahwin awal tahun ini, mengemukakan hasrat untuk berhenti dari main muzik. Sama macam Curtis. Cuma cerita dia lain sikit. Niko sebenarnya terpaksa meluahkan hal ini kepada ahli band. Secara tak langsung anda jugak akan tahu. Semasa dirumah, Niko selalu di-bahan oleh bini. "Malam ni sayang jamming ke? Balik tak? Kalau tak balik pun tak apa. Baby tidur rumah Alex Turner la. Kesian dia bosan seorang ja kat rumah. Sayang tidur la dengan bebudak band kesayangan tu". Satu lafaz yang sedap didengar oleh para sekalian suami.

Niko mula sentap hati. Hari-hari yang dilalui Niko amat perit. Sangat sucks. Teringat pada pepatah melayu moden, "Life always sucks, but i dont give a fuck". Niko teringat pada ayat tu. Masih terngiang-ngiang di kepala. Akhirnya, dia akur dengan kehendak bini. Band ditinggalkan serta-merta.

Matt Kean, Jordan Fish, Lee Malia turut menyatakan hasrat yang sama. Entah apasal mereka sehati-sejiwa nak keluar band. Macam trending pulak jadinya. Kau buat, aku pun buat. Jauh disudut hati Oli, pemergian ahli band ni amat mengecewakan dia. Semasa buat band dulu, dia bercita-cita nak kejar femes sampai ke tua. Untung-untung boleh jadi lejen. Tapi hampa belaka. Sekali lagi, kecewa. Sedih weh!.

Seorang lagi, Jona. Riwayat Jona dalam band ni tak kekal lama. Jona pun serupa. Kisah Jona lagi tragis. Ia bermula semasa hari terakhir bulan puasa. Pada waktu tu, jiran Jona yang beragama Islam sedang kusyuk duduk depan tivi nak tunggu pengumuman hari raya. Jona mengintai dari tingkap rumah. Tetiba tanpa diduga, seorang anak gadis jiran Jona terpandang ke belakang; nampak Jona tengah mengintai di celahan langsir. Terus berdiri meluru ke tepi tingkap bersama-sama mak bapak dia. Jona didakwa oleh mahkamah manusia, iaitu mengintai diam-diam dibawah akta kemanusian tak prihatin 1988 (1). Boleh disabitkan senarai hitam atau dipenjara seminggu. 

Demi tak mahu memalukan nama band dan teman seperjuangan, Jona rela keluar dari band Bring Me The Horizon. Berat hati Jona. Apa kan daya, tak upaya. Kini, Jona telah pun pulang ke kampung halaman di Sydney, Australia. Dengar cerita, Jona buka syarikat katering untuk rumah kenduri. Syukur la.

Sejarah ini juga baik untuk dikenang. Siapa sangka nama band Bring Me The Horizon ini diambil dari petikan dialog Kapten Jack Sparrow dalam filem "Pirates of the Caribbean: The Curse of the Black Pearl", dimana semasa Kapten Jack Sparrow berkata, "Now, bring me that horizon!". Secara kebetulan, ayat itu telah mencairkan hati Oli dan memberi satu hidayah yang besar kepada Oli pada ketika itu. Lantas Oli menulis ayat tersebut pada satu kertas dengan sebatang pensil, kemudian menyimpan ia ke dalam satu kotak kasut. 

Setelah seminggu kertas itu tersimpan di dalam kotak kasut, tulisan yang ditulis menggunakan pensil menjadi semakin kabur dan luntur. Oli semakin kusut. Oli lupa ayat sebenar. Kesian Oli tak dapat nak tonton lagi filem itu semula, kerana sehari selepas menonton, cd filem itu terus rosak. Oli menyesal beli cd cetak rompak pada seorang lelaki negro bermuka suci macam Snoop Dogg. Memang anjing!. 

Sekarang ayat yang ditulis, "Bring Me That Horizon" boleh dibaca sebagai "Bring Me The Horizon". Oli konfius. Untuk tidak melengahkan masa, Oli bersetuju dengan kata hati dan firasat. 

So, bring me the horizon!.



|Didi.Andra

Berteleku

Kini di lembaran baharu, aku menukil lagi, sisa yang tertinggal, di persembunyian rindu. Apakah kita yakin segalanya telah pergi? Begi...