"Celaka kau !"
DUSHHHHH!
Satu tumbukan padu gaya Triple H mendarat dengan selamat ke pipi Ray. Ke belakang; tersandar pada dinding batu. Dengan lebam biru. Ray masih menahan sakit; tangan di pipi. Rasa dia sangat sedap. Tak selalu dapat benda percuma macam ni. Ray kaget. Dua lagi member; berdiri terpaku.
Saat Gerard mula melangkah keluar dari pintu rumah, Ray gagahkan diri meluru ke belakang Gerard. Sepantas kaki kuda, tendangan ala kung fu hinggap ke badan Gerard; tersungkur-sungkurnya. Ray puas hati. Muka berlagak macam haram. Pertama kali dalam sejarah pukul orang. Berani betul. Selalu asyik berangan depan filem yang ditonton saja. Kali ni benar terjadi. Bangga dengan tindakan sendiri. Ray senyum sinis.
"Apa kau rasa sekarang? Best? Nak lagi tak?"
"Erghhh..jahanam!"
"Haha. Kau jangan ingat kau ja power. Aku sepuluh kali ganda power dari kau, bodoh"
"Baik kau diam Ray. Aku koyak mulut kau sampai habis nanti!"
"Tak payah nak cakap banyak la weh. Kau blah sekarang. Kau anggap ja hari ni last kita jumpa"
"Aku pun tak hadap nak tengok muka engkau orang lagi tau tak? Tau tak?"
"Kau reti bangun ke tak ni keldai berambut merah? Nak aku angkat guna kaki ke?"
"Butuh! Kau fikir rambut kau sempoi? Kembang macam sarang tebuan lahanat!"
"Lebih baik dari rambut kau, piggie. Konon nak tiru Jared Leto. Tapi jadi serabai. Haha"
"Jahanam!"
Selepas bertekak pasal rambut masing-masing. Perlahan-lahan Gerard bangun sendiri. Membetulkan tali leher. Butangkan kembali baju. Sisir rambut guna jari. Dengan satu ucapan selamat tinggal, dia beredar. Kereta Walkwagen kaler merah kelihatan makin jauh tinggalkan kawasan rumah itu--memacu ke tempat lain.
22 Mac 2013
My Chemical Romance - kumpulan alternatif rock dari New Jersey, Amerika mengumumkan bahawa mereka sudah berpecah secara rasmi ke satu laman web selepas 12 tahun bersama, kemudiannya berita ini tersebar ke seluruh dunia; termasuk Malaysia. Hal ini amat mengejutkan ramai pihak, terutama-nya peminat MCR yang masih hidup ataupun yang telah mati. Sangat terkejut kau tau? Terkejut sangat.
Mereka sudah pun memberi yang terbaik sepanjang perjalanan karier, serta mengalami pengalaman yang penuh onak dan duri dalam industri muzik dunia. Perkara ini bukan mustahil jika berlaku pada suatu kumpulan muzik. Banyak kumpulan muzik yang berpecah kerana perkara yang remeh-temeh. Begitu jugak dengan kisah tragis MCR; Gerard Way dan Ray Toro bergaduh pasal rambut.
"Kami telah pun berkongsi pentas dengan orang yang kami minat, orang yang kami impi-kan selama ini, semua orang yang kami sayang, para peminat tegar dan kengkawan rapat. Paling tak boleh lupa, kami berkongsi pentas dengan M. Daud Kilau. Waktu tu persembahan kenduri kahwin di Kuala Pilah. Memori yang manis". - MCR
"Dan sekarang, ia menjadi kenangan yang hebat, ia sudah sampai ke penghujung-nya. Kami akur. Terima kasih kepada sokongan semua pihak, dan menjadi satu dari sejarah perjalanan kami. Pasal Gerard Way, kami dah maafkan dia. Dia memang keras kepala. Hari ni pun dia takmau mai sesi sidang media. Nampak tak dia bangang? Nampak? Dah la bangang, bajet emo!". - MCR
Ke mana hilang-nya Gerard Way selepas semua ini? Takkan dia berdiam diri? Lari dari semua orang?. Menurut seorang bomoh siam dari Kelantan, Gerard Way kini sedang giat dalam aktiviti bersama belia 4B. Gerard mula menetap di kawasan pendalaman sekitar Pahang. Cuma secara saintifik tak dapat dikenalpasti. Mungkin besama orang asli. Kata bomoh siam yang mahu nama beliau dikenali sebagai, Nunui. Comel pulak rasanya nama pakcik ni. Macam nak rembat lelaju kat halkum. Setakat ini saja kisah MCR untuk bacaan umum. Maklum la gua hanya pencerita, bukan pemberita buletin utama. Yang baik datang-nya dari gua, yang buruk busuk dan celaka, datang-nya dari bomoh siam. Tamat.
Gerard Way – vokalis utama (2001–2013)
Ray Toro – gitaris utama, 2nd vokalis (2001–2013)
Mikey Way – gitaris bass (2001–2013)
Frank Iero – gitaris rhythm, 3rd vokalis (2002–2013)
Matt Pelissier – pemain dram (2001–2004)
Bob Bryar – pemain dram (2004–2010)
#RIPMyChemicalRomance <3
|Didi.Andra
No comments:
Post a Comment