Hitam pekat menyelubungi malam yang bisu. Hanya renyaian hujan menabur-nabur penuh rasa tanpa peduli. Sang serigala yang lazimnya menyalak tepat jam 12:01, tidak lagi menjalankan tugasnya. Menurut member sekampung, ia pulang ke kampung atas urusan keluarga. Jadi tempatnya diambil alih oleh si katak puru.
Dentuman semakin riuh-rendah bermain di balik langit. Kilat pancar-memancar menampakkan siapa aku sebenarnya. Sang bulan pulak mula sembunyi-kan diri ke mana entah. Dari tepian jendela besi, aku melayang jauh bersama khayalan. Hidup aku disini bukan terperangkap, bahkan tiada jalan keluar untuk ke dunia seberang sana. Masih menempuh segala perubahan panorama yang tiada makna bagi makhluk persis aku. Sekian lama hampir 365 tahun mengabdi-kan diri bersama sekumpulan sahabat yang manusia gelarkan; Hantu!.
"Kalau kita tak kacau dia, dia pun tak kacau kita" - Anonymous
"Dulu waktu saya study selalu jugak la nampak benda ni muncul kat hostel. Terkencing terus" - Anonymous
"Balik kerja pukul 3 pagi kompom terjumpak. Pernah sekali terlanggar. Demam seminggu" - Anonymous
"Makhluk ini ada tapi sayangnya rancangan seram yang banyak kat tivi sekarang ini tak mendidik penonton. Terpesong aqidah anak aku!" - Anonymous
Masing-masing mula tunjuk muka paling buruk. Duduk dipenjuru dinding macam bebudak tengah emo. Jalan mundar-mandir dari satu sudut ke satu sudut yang lain. Mengamuk tak tentu pasal, frust ke makwe gamaknya. Tapi ada ke makwe nak ke dia ni? Dah la muka buruk, usus terburai ke lantai. Mustahil la kan.
Begini-lah jadi-nya pabila malam minggu. Kalau malam Jumaat ada la jugak aktiviti menarik nak dibuat. Ini malam minggu, memang jahanam la semua tak tau nak bikin apa. Aku pun sama. So, tanpa membuang masa kau orang, aku straight forward. Kesian ke kau orang nak baca ja kan?. Aku tak apa, masa aku masih banyak lagi.
Acara lepak bermula...
"Woi! Korang semua yang buruk rupa lagi tak berjenis, datang ah lepak sini. Kita sembang sambil buat unggun api. Lagipun dah lama kan tak duduk se-lantai bersama". Aku menyeru ke sekalian member. Terang-terang dah tau tengah bosan tapi eksyen semuanya. Dia orang pun datang dengan gaya masing-masing.
"Lu apahal? Tetiba ajak gua lepak malam ni? Buat tebiat? Lu bikin gua malu tau? Rasa macam first date kot. Cilaka! Haha" Sambut sang Hantu Gerek dalam nada eksaited.
"Alaaa. Dah lama kot tak sembang macam ni. Aku pun nak tau jugak sejarah korang". Aku balas bersahaja.
Hantu Gerek mula bercerita kisah lama dia. Aku dan beberapa member lain tekun mendengar. Sesekali tangan dengan kaki dia terangkat-angkat sebab terlalu hayati perjalanan cerita dulu.
Seman Dol adalah lelaki hensem, tidak bekerjaya, masih muda dan masih bujang. Menetap di sebuah kampung bernama Kampung Hebat. Penduduk disini semuanya hidup dengan aman damai. Kes-kes curi buah durian, pecah rumah waktu tengahari, intai janda mandi di sungai, curi selipar waktu solat Isyak; semua tak berlaku. Boleh dikatakan semua orang disini baik-baik belaka. Pijak semut pun tak mati. Bukan saja tak mati, Insyaallah semut tu boleh angkat balik kaki kau orang. Punya la baik.
Berbalik kepada Seman Dol atau nama glemer dia Mandol. Nama dia tak kelakar, cuma orang yang memberi gelaran ini lagi kelakar. Tolong jangan kasi nama orang sesuka hati boleh? Boleh tak?. Mandol ni ada hobi yang hebat; kayu gerek (basikal) lelaju sambil lepas kedua-dua tangan lalu menjerit. Maklum la tinggal pun kat Kampung Hebat. Kalau boleh nak lakukan benda yang hebat la. Setakat willie apa la sangat. Bebudak tadika pun terer.
Sampai la satu hari ni, Mandol kayuh gerek naik ke satu gunung. Dah berjaya ke puncak gunung, Mandol jerit Malaysiaaaaaaaaaaa boleh!. Suara Mandol memecah hening pagi. Sahutan itu didengari oleh sekalian alam. Sang haiwan dan para unggas di awangan bertepuk tangan tanda sokongan padu. Semangat macam ni la yang kita mau. Semua bersatu!.
Sebelum melakukan kayuhan berani mati serta boleh mengharumkan nama Malaysia, Samdol mengamalkan petua arwah nenek tiri dia. Sarung tangan dan helmet mesti lengkap menghiasi anggota badan. Utamakan keselamatan. Sepantas yang amat pantas, Mandol mengayuh menuruni curam gunung yang 99 kali lebih tinggi dari menara Eiffel di Paris. Menjerit dengan terlalu kuat adalah perkara biasa. Bukan gigil atau berasa ketakutan, tapi hepi yang terpaling hepi. Bagaikan kerdipan mata, Mandol dan gerek kebanggaan dia lenyap sebegitu saja.
"Mandol ni mesti pergi menziarah bekas makwe dia waktu sekolah dulu tu kat Kelantan. Nanti balik laa dia" - Wak Tenang
"Saya nampak dia dengan gerek buruk tu kat tepi sungai petang semalam. Tak pasti la dia ke orang lain" - Sulaiman Kencang
"Budak tu aku dah kenal dari kecik punai lagi. Pergi join Le Tour Di Langkawi la tu" - Tok Ketua
"Kali terakhir nampak dia kat warung Mak Kiah, tengah makan jeruk pelam" - Siti Nurhalipas
Kehilangan Mandol mula dirasai sekitar penduduk Kampung Hebat. Ada yang memberi pandangan yang positif, tak kurang jugak yang negatif. Ada jugak yang langsung tak ambil peduli. Peduli apa kat budak tu?. Dia retis? Dia sapa?. Setelah seminggu tak pulang-pulang ke jalan yang benar. Senang cerita; Mandol terbunuh!.
--
Sebenarnya kewujudan makhluk halus adalah suatu hakikat atau realiti yang wajib diyakini oleh umat Islam. Kewujudan mahkluk halus seperti iblis, syaitan dan jin adalah benar. Sebab itulah kita digalakkan membaca "A'uuzubillaahiminassyaitoonirrojiim" yang bermaksud "Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam'.
|Didi.Andra
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Berteleku
Kini di lembaran baharu, aku menukil lagi, sisa yang tertinggal, di persembunyian rindu. Apakah kita yakin segalanya telah pergi? Begi...
-
Kini di lembaran baharu, aku menukil lagi, sisa yang tertinggal, di persembunyian rindu. Apakah kita yakin segalanya telah pergi? Begi...
-
Berdikit-dikit berperasa lali . Diangkat tuk dicemuh, saban hari, kesekian minit berganti. Pabila ketetapan dianggap kemestian bagi-bag...
-
si dia -- bercita-cita mencari setia yg satu namun dia berani muncul pada yg t'lah 'dua' tidakkah si dia sudah menja...
No comments:
Post a Comment