Monday, 18 March 2013

The Man Who Sold The World

Aku, Bali, Jijie dan Dayath. Malam itu semua duduk bersembang cerita bercampur-campur. Bising tak bising sangat lah. Bising cara orang bujang ini biasa-biasa saja. Setakat sampai nak pecah bilik yang besar dia serupa bilik hotel murah pun dianggap biasa. Asap rokok dah berkepul-kepul melangit. Sambil sembang mulut berasap. Kebetulan malam itu ada gosip sensasi antara Jijie dengan seorang makwe nama Bubu bukan nama sebenar.

So, aku nak kasi tahu pun rasa macam bersalah pulak. Tapi lantak lah kan. Aku nak kasi tahu jugak. Hal ini berlaku sebulan yang lalu apabila si Jijie leka tuit-menuit dengan Bubu di laman sosial Twitter. Rancak mereka bersembang. 
Bubu tuit Jijie. 
Jijie balas tuit Bubu. 
Jijie lambat balas, Bubu marah. 
Bubu lambat balas, Jijie gembira. 
Begitu lah selanjutnya. 


*


Bila dah masuk hari kelima keenam dan ketujuh, si Bubu macam dah fall in love sama Jijie. Memang terkejut sekejap la Jijie. Niat asal cuma nak bergurau senda saja. Tetiba jadi macam ini. Fikir sejenak si Jijie. Sudah lah Bubu ini boleh dikatakan makwe paling femes dalam carta makwe-makwe di kotaraya Kuala Lumpur. Mana nak sepadan. Jijie pun sedar siapa diri dia. Bak kata orang dulu-dulu, "bagai gagak takel merak, burung kasawari gelak dalam hati". Nampak tak bertapa jauh darjat mereka?.

Bubu ini baik orangnya, pengasih, penyayang, pencinta haiwan. Kadang-kadang hantu, jembalang, hawaq, loqlaq pun dia jugak. Tapi ramai orang suka dia, suka menyumpah. Tak kurang jugak yang menyampah. Aku dah lama kenal si Bubu ni. Pernah lepak sekaki dulu. Cuma tak rapat saja. Kalau boleh malas nak rapat. Bukan meluat. Cuma malas. 

Kalau nak cerita pasal fizikal, dia punya kapasiti bak kata Dafi. Memang baik punya. Bukan nak tipu lah, ramai lelaki dia dah kerjakan. Apa kau fikir zaman sekarang makwe tak boleh kerjakan lelaki ke?. Andai kata si Jijie ini ditakdirkan bercinta dan beramas mesra dengan Bubu, cuma satu saja aku nak tanya, boleh ke Jijie nak peluk dia? Serius aku musykil dan ragu-ragu tahap gaban. Kau tahu serupa cicak berangan nak peluk pokok balak? Dan dari sudut situ kau bayangkan lah apa akan jadi. Mahu mati lemas si Jijie. Tak pun kejang terus tulang belakang. Aku memang tak sanggup. Kalau Jijie sanggup, dia memang the man who sold the world !.


*


Berdekah-dekah kami gelak. Aku gelak kuat jugak kot. Tak rasa belas kasihan langsung. Sebab aku tak dapat terima kenyataan ini. Bali paling eksaited gelak sakan. Aku nampak tahi lalat dekat bawah hidung dia pun tumpang gelak sekaki. Berani betul. Dayath pulak gelak-gelak cover. Konon nak jaga hati Jijie. Aku tengok muka Jijie macam relax tak relax sangat. Naik merah muka dia sebab pendam malu. 

"Dah ah ! Aku malas nak layan tuit Bubu lagi lepas ni. Babi ahh". Jijie menyesal
"Hahahahahahaha!!!". Kami sambung gelak

Selain itu, kami buka jugak kisah pasal cerita Mamak Murder Mystery dalam novel KL Noir, sembang pasal bebudak black metal, pasal stoned lah apa benda merapu lagi sampai masing-masing diam tak ada cerita. Yang bestnya, entah dari mana datang lagu Nirvana sipi-sipi mencelah waktu kami bersembang. Kurt Cobain menyanyi langsung tak hirau orang sekeliling. Aku syak dia ambil weed. Sepuluh lagu jugak dia perform malam tu. Steady betul. Aku terharu. Aku nak ucapkan terima kasih pada Kurt Cobain dan kawan-kawan dia !. 



|Didi.Andra

No comments:

Post a Comment

Berteleku

Kini di lembaran baharu, aku menukil lagi, sisa yang tertinggal, di persembunyian rindu. Apakah kita yakin segalanya telah pergi? Begi...