Skip to main content

Burung Layang-layang


Dingin pagi. Kymu duduk tulang belakang menegak di sofa. Menghadap tv buruk yang tak pernah dia tukar siaran sejak antena sepuluh ringgit patah dipanah kilat seminggu yang lepas. Bintik hitam putih kabur jadi tatapan. Bingit menyemut ke telinga. Sikit demi sikit jadi pekak. Tuli. 

Diam tanpa seribu bahasa. Bukan seribu malah satu pun tak kedengaran. Tak bisu tapi dia jadi bisu. Ibu jari Kymu mula bergerak. Anak jari kaki pun turut tiru. Nak jugak bergerak-gerak. Bebola mata kaler hitam terpaku tajam. Boleh tahan hebat juga dia punya renungan. 

Dengan perlahan sekujur tubuh mula berdiri. Dua tiga empat lima langkah menghampiri kotak tv. Secara tak disangka, tangan yang tak sekuat kudrat seorang lelaki gagah menumbuk tembusi muka tv. Walaupun hanya tv jenama Sharp, tujahan kaca pecah tu tetap pedih. Jari-jemari erat dalam genggaman. Darah memancut keluar di celahan jari berkulit halus. 

Titis air mata Kymu bergenang. Mengalir melintasi pipi lalu singgah ke lantai. Nak saja aku tanya kenapa kau menangis Kymu? kau dah mental sampai teringat ke pakwe lama ke? bakal mak mertua demand tanah kebun manggis seratus ekar ke? Tapi malangnya aku tak ada dalam cerita ni. Tak boleh nak cakap apa la. So, aku diam.

Kepala si perempuan bermasalah ini terus pandang ke pintu tolak-tolak. Dalam bahasa omputeh, sliding door. Aku syak dia mesti tengah fikir pasal balkoni. Tempat yang paling best kalau nak kasi jiwa raga tenang. Boleh sembang dengan bulan kalau mau. Boleh sahut-menyahut salakan anjing. Boleh ludah atas kepala sesapa kat bawah tu.

Kaki Kymu yang keding cuba mengatur langkah seribu merempuh tirai biru yang baru pasang waktu raya haji dua bulan lepas. Sepenuh hati yang terneves bercampur kecewa gila babi tahap atasan, dia lompat melepasi besi penghadang balkoni. Kelihatan tubuh separuh bogel sedang terbang di udara. Macam burung layang-layang yang nak terbang menjunam. Paling laju dalam sejarah acara terjun. Kalah si Pandalela. Kalah si Bryan Lomas. Dia ja menang. Dia punya hebat sampai menjunam ke atas bumbung kereta kancil. Nasib baik jatuh atas kereta kancil. Tak la tuan empunya kereta terasa marah sangat. Nanti dapat duit ganti boleh modified jadi kereta Satria Neo. Siapa tahu kan?

Riuh siren memekak. 

Patah riuk tulang seksi-nya

Sia-sia; celaka !



|Didi.Andra

Comments

Popular posts from this blog

Ulangtahun Terakhir

Setiap ulangtahun aku cuba menanda.
Walau tidak selalunya bermakna.
Adakalanya, sekeping nota - mampu memberi bahagia.

Kita manusia, suka perkara-perkara kecil; untuk dicinta.
Kita manusia, alpa perkara-perkara kecil; lalu dilupa.

Akhirnya, kita di mana ?


| M. Rafi San


Kehilangan Mimpi

Pagi ini aku kehilangan mimpi. Paling aku khuatiri, hati sedang melonggar. Dek leka hujan berlarian tanpa endah seluruhnya. Sedikitpun aku tidak nikmati. Sungguh, ia meresahkan.

Kenangan apakah telah mati dan menjadi hantu ?

Aku diburu, terburu-buru.
Malam, adakah kau telah menjadi musuhku ?

Tak ada lagi yang indah, tentangmu.
Tak ada lagi yang manis, tentangmu.
Tak ada yang setenang separuh jiwamu - dibahuku,

Aku sedang kehilangan mimpi.

| M Rafi San

Bukan Perempuanku I

Dia.
Bukan perempuanku.

Asing. Katakan sahaja dia seorang asing. Dan, pisahnya daripada sebuah pasung mimpi, lalu kebiasaan itu biasa. Katakan lagi, dia bukan perempuanku. Cuma, aku gemarkan sia-sia.

Nanti--
Lihat aku dulu. Aku sedang kalah. Kalah dengan ghairah.
Mata bundarmu yang menjegil tika aku menewaskan egomu. Senyum lebihan yang tidak tahu dimana habisnya. Kau, peragut masa. Si gadis yang merampas tuan hati, yang dipenghuni sunyi. Dan, separuh jiwa kau telah lolos - tak henti mengunjungi. Nah, akhirnya kita dilahap dengan kata-kata sendiri. Kata-kata yang saling berbunuhan. Seperti aku katakan, kau sudah jadi tuan. Seperti aku telah lupakan, kau bukan perempuanku.

Tolol bukan? Jatuh pada yang bukan milik kita. Tak ada satu hati yang muat dua.

Bukan perempuanku.
Kau harus tahu ketika lampu membisu
gelap jadi sahabatku - ketika,
aku rindu tapi aku beku
aku mahu tapi tak mampu.

Engkau yang sebenar-benarnya telah jauh. Aku dipagar bentak mahukanmu. Aku menyantun diriku, haruslah b…