Friday, 1 March 2013

Delusinafsi

Malam kelmarin, aku cuai. Aku tikam dada aku sendiri, aku tumbuk lumat isinya. Sumpah seranah ; bacaan mantera mengecam buai-buai rasa. Bingung. Marah, geram, rindu, sayang atau keliru. Aku sendiri rasa gawal. Aku sudah cuba lari, jauhi, dan hampir mati. Tiada siapa berhak berubah melainkan niat atas diri sendiri dan tempo pemahaman sendiri. Siapa percaya pada setia ? Aku sedih. Bila, sesuatu yg kau lepaskan. Kau layarkan jauh tanpa talinya lagi, di sesuatu tangan yg lainnya. Demikian jugalah sesuatu yg tidak patut dimurkakan. Agaknya begitu senangkah kita memuja satu bintang di waktu malam, tapi melupakan awan di waktu siang. Aku takut, kau kenal sesalnya terlalu lewat. Aku ertikan, siang terlalu singkat untuk kau bermimpikan, utk kau dakapkan yg indah-indah. Aku bimbang, bilamana kau bahagia dengan bintang-bintangmu, siang tak kunjung tiba lagi, dan pastinya bintang-bintang akan berguguran jatuh, cukup masanya, cukup gantungannya. Adakah aku terlalu menyibuk dalam percaturan hidup oranglain ? Kesemua rasa telah aku lelongkan.

Benar.
Aku sendiri buat silap. Khilafan bodoh. tapi sampai bila aku perlu diam, dan pandang seolah alam ini rata, cakerawala ini lompong, udara ini nipis. Aku sedut udaranya, dan aku sedar ini adalah realiti. Perkiraan kau, aku masih belum cukup membayar salah aku. Ya, kesalahan bukan sesuatu kalkulatif. Observasi dari Tuhan, aku harap aku sudah lunaskan bayarannya pada kau. Aku bukan mau ulangi gaduh-gaduh permusuhan. Aku cuma mau ajak berfikir, mengapa kita masih ditakuk lama meskipun kita tahu itu adalah merugikan ; kelak.Selepas beberapa lama, aku mendekati kau semula, cuba sehabis baik menjadi pendamping sementara walau siang itu masih ada. Tak apa, aku cuma mau melihat, mendengar, menjaga dan aku tahu usaha aku ini tak ubah hanya campuran air-minyak. Aku tahu ianya mungkin memudaratkan aku, aku akan sakit. Sekeliling yg rapat dari aku,maupun kau, soal-soalnya aku cuma senyum - tak apalah, aku cuma sementara. Apa sahaja yg aku rasa dia belum cukup bahagia, aku cuba sertakan. Aku tulis penuh senarainya dalam buku buat sesuatu tua nanti aku kenang. Oportuniskah si dia ? Sini, aku cuma membayangkan, aku cuba mengerti. Atas dasar sunyinya, aku berani mati. Aku cuba meletakkan dia sebagai satu mangsa, mangsa kehampaan dalam ruang waktu menanti siang. Yg jauh dari matanya. Aku tegar membantunya apapun sekali, agar ianya mudah selesai dan dia gembira. 

Hari-hari berlalu hingga penghabisannya. Akhirnya siang akan menjelang. Inilah masanya, aku kena pergi. Aku harap siang nanti kau tidak ketiduran, dan hayati masa-masanya. Aku mau kau senang nanti, aku tau masa kita telahpun lama tamat. Ianya kerja Tuhan. Dan perlahan-lahan aku rela kau balik ke dimensi yg aku mohon kau bahagia, dan lebih setia. Aku harap jangan ada lagi seperti kita. Tidak sepatutnya kan. Tapi itulah hidup. Di sebalik niat baik, ada syaitannya. Malangnya, ia tak seperti mimpi, seperi fantasi. Inilah hidup, inilah realiti. Malam buat kau curang, dan bintang membuat kau terbang ke sana. Melupakan siang buat sebentar. Aku bungkam taktahu nak tuju mana peritnya. Akukah yg salah? Mungkin, aku rasa begitu. Aku sudah lepaskan satu persatu dan pergi jauh-jauh. Tapi aku takkan lupa, siapa kita. Moga bahagia.


| M Rafi San

No comments:

Post a Comment

Berteleku

Kini di lembaran baharu, aku menukil lagi, sisa yang tertinggal, di persembunyian rindu. Apakah kita yakin segalanya telah pergi? Begi...