Semalam iaitu bertarikh 30 Mac 2013 bersamaan hari Sabtu yang cuaca dia hujan kemain lebat. Tak kasi can langsung ke aku nak keluar bersiar-siar awal di petang hari. Kau orang tau ke apa aku nak kasi tau ni? tak tau kan?. Kau orang relax, kau orang relax.
Sebuah syarikat penerbitan buku paling femes abad ini, FIXI dengan senang hati mengadakan satu re-launching untuk novel "Devil's Place" yang ditulis oleh lelaki berkulit hitam manis separa seksi, Brian Gomez (juga penulis cerpen "Mud" dalam buku KL Noir:Red). Acara ni dibuat di kedai buku Kinokuniya KLCC.
Jam dah pukul 4 petang, bagi aku ini waktu pagi bagi orang yang bercuti pada hari sabtu. Lepas bangun ja dari tidur, aku terus online twitter kejap. Nak usha apa mensi terbaru kat profil twitter aku; takda mensi langsung. Dengan perasaan penuh lapang dada dan masa itu bukan la emas bagi aku, aku scroll ja timeline dari atas sampai ke bawah. Aku scroll, aku scroll. Tetiba nampak satu tuit,
"KLCC mana tempat makan best?" dari Shafiz Mahmood (penulis cerpen "Adam" dalam buku antologi Dajjal").
Aku balas, "foodcourt menara maxis, wantan mee kat situ sedap."
"jom bro. Haha"
"sekarang ke?"
"around 9 maybe. Aku pergi kino dulu."
"sama lah. aku pun ke situ jugak. dm no fon. japg jumpak kat kino"
So, siap saja mandi aku terus bersiap. Sementara nak tunggu hujan reda sikit, aku sempat layan lagu Sean Lennon - Parachute. Dua tiga kali jugak la ulang lagu yang sama.
Sebelum keluar rumah, aku tuit "Out to #DevilsPlace novel re-launching at Kinokuniya KLCC. Bye !".
Tepat pukul 7:51pm aku berdiri dengan bergaya depan pintu Kinokuniya KLCC. Keluarkan handfon dari kocek seluar. Ingatkan nak mesej Hafiz kejap. Nak tanya dia kat mana. Memandangkan baki kredit pun macam cukup makan ja, aku masuk ja jenjalan dalam kedai buku tu. Kot-kot terserempak. Jimat sikit.
Aku masuk dalam Kinokuniya. Pusing semua kawasan dalam tu. Kemudian patah balik ke depan; tempat acara diadakan. Nampak Amir Muhammad, Brian Gomez dengan beberapa lagi penulis buku KL Noir:Red. Dia orang duduk sambil bersembang gelak-gelak. Entah apa yang disembang aku pun tak tau. Aku berdiri tepi rak sambil mencari-cari Hafiz. Tak lama lepas tu muncul depan mata. Muka suci, teruna pilihan mak ikan, dia senyum ke arah aku. Aku salam tangan sebelum sembang-sembang kecil.
(Devil's Place re-launching novel berlangsung)
(Aku beli novel Devil's Place dan Brian Gomez autograf atas buku tu)
Perut aku lapaq, perut aku lapaq. Aku dengan Hafiz lepak makan kat foodcourt area Menara Maxis. Kedarah nasi kerabu Kelantan. Minum pulak milo ais. Punya la kenyang macam setan.
Bosan jenjalan dalam Suria KLCC, kami turun dan keluar lepak depan tasik kat KLCC Park. Ramai pulak lepak situ. Semata-mata nak tengok air pancut kaler-maler yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia tu.
Sambil lepak, sambil berborak kosong, Hafiz tunjukkan aku aplikasi Keek yang baru di-muat turun. Dia rakam satu video pendek: http://www.keek.com/!pvA6bab . Video ini sebenarnya adalah video pekenalan kami secara face-to-face. Sebelum ni aku hanya kenal dia melalui buku antologi Dajjal dan lama Twitter saja. Kali ni lepak sekali, memang sekepala jugak la.
Jam dah menunjukkan pukul 10pm. Orang putih cakap, masa telah pun menjeleskan kita. Dia pun dah nak balik katanya. Sebab tinggal di asrama tak boleh masuk lambat. Aku pun okay ja. Kami berpisah bersaksikan pintu depan Suria KLCC. Dia buat hala tuju sendiri, begitu jugak aku. Jumpak lagi weh!. Tamat.
Devil's Place by Brian Gomez
|Didi.Andra
No comments:
Post a Comment