Skip to main content

Kala Hujan


Selesai saja makan, segera aku menaik tangga ke tingkat atas rumah menuju ke kamar sendiri ; sebuah bilik empat segi tidak persegi.

Di luar, tetes-tetes deraian segera berkecai melanggar sekaligus membagi pesona dan kerinduan. Pergolakan di luar juga, adalah sebegitu panjang tidak kesampaian. Akhirnya kau menujah (hujan) , bagi kesempatan (simpati) buat aku. Aku cuba menghayati, merapati kehujanan di luar sana. Mencegat di depan tingkap, menyingkap, tolak langsir ke tepi dan renung jauh-jauh mulai dari dekat. Ada besi, penghalang besi sebelum tingkap dan hujan-hujan di luar masih menderu, ianya cukup cam hati aku yg tipu.

Rasa seperti terperangkap atau memang aku sendiri menjerat diri ke bilik ini. Bilik ini semakin menjadi-jadi. Tambahan malam ini, di luar adalah sebuah penyingkapan. Sama. Terperangkap di sini, di jendela besi ini, kian aku melengung ke luar, sama seperti kehidupan aku sendiri yg aku telah kurungkan. Mengurung segala emosi-pilu, kehidupan semalam yg cuba aku sembunyikan dalam pekat hujan ini. Persoalannya, adakah simpati malam ini di luar itu, reti menghapus segalanya ?

Langit, seolah-olah mendiamkan diri. Kelam berwarna kelam. Selapang-lapangnya, seluas-luasnya. Adakah sama seperti sosokan dada ini ? Kalau-lah. Tercegat lagi dengan seketika, waktu berhenti. Nampaknya, hujan di luar memberi efek-emosi, tentang di luar apatah lagi dalam. Membagi rasa-rasa yg tak pernah pergi. Aku masih terperangkap. Mengurung diri di sebalik jendela besi, mengurung isi-hati. Aku sendiri tak pernah tahu apa lagi di dalamnya. Kabur. Atau memang aku sendiri, paling sendiri, tak berani meluahkannya. Sebab juga mungkin, ianya seakan membunuh jiwa sendiri. 

Sudahlah, aku meninggalkan jendela besi. Merela pembaringan ke atas tilam. Ah, menghempas lelah semuanya. Aku belum mau tidur, belum sedia lelap. Tapi mau sebolehnya pejam mata, dan lepaskan semula kesembunyian tadi beransur pergi. Secepatnya-sebelum aku, 'rindu-kan' .

|Andika

Comments

Popular posts from this blog

Ulangtahun Terakhir

Setiap ulangtahun aku cuba menanda.
Walau tidak selalunya bermakna.
Adakalanya, sekeping nota - mampu memberi bahagia.

Kita manusia, suka perkara-perkara kecil; untuk dicinta.
Kita manusia, alpa perkara-perkara kecil; lalu dilupa.

Akhirnya, kita di mana ?


| M. Rafi San


Kehilangan Mimpi

Pagi ini aku kehilangan mimpi. Paling aku khuatiri, hati sedang melonggar. Dek leka hujan berlarian tanpa endah seluruhnya. Sedikitpun aku tidak nikmati. Sungguh, ia meresahkan.

Kenangan apakah telah mati dan menjadi hantu ?

Aku diburu, terburu-buru.
Malam, adakah kau telah menjadi musuhku ?

Tak ada lagi yang indah, tentangmu.
Tak ada lagi yang manis, tentangmu.
Tak ada yang setenang separuh jiwamu - dibahuku,

Aku sedang kehilangan mimpi.

| M Rafi San

Bukan Perempuanku I

Dia.
Bukan perempuanku.

Asing. Katakan sahaja dia seorang asing. Dan, pisahnya daripada sebuah pasung mimpi, lalu kebiasaan itu biasa. Katakan lagi, dia bukan perempuanku. Cuma, aku gemarkan sia-sia.

Nanti--
Lihat aku dulu. Aku sedang kalah. Kalah dengan ghairah.
Mata bundarmu yang menjegil tika aku menewaskan egomu. Senyum lebihan yang tidak tahu dimana habisnya. Kau, peragut masa. Si gadis yang merampas tuan hati, yang dipenghuni sunyi. Dan, separuh jiwa kau telah lolos - tak henti mengunjungi. Nah, akhirnya kita dilahap dengan kata-kata sendiri. Kata-kata yang saling berbunuhan. Seperti aku katakan, kau sudah jadi tuan. Seperti aku telah lupakan, kau bukan perempuanku.

Tolol bukan? Jatuh pada yang bukan milik kita. Tak ada satu hati yang muat dua.

Bukan perempuanku.
Kau harus tahu ketika lampu membisu
gelap jadi sahabatku - ketika,
aku rindu tapi aku beku
aku mahu tapi tak mampu.

Engkau yang sebenar-benarnya telah jauh. Aku dipagar bentak mahukanmu. Aku menyantun diriku, haruslah b…